PJD: |5|NA

57 4 0
                                    

"Ketakutan akan sesuatu itu semakin menghampiri."




                    SEBAIK sahaja menuruni anak tangga, langkah Nadeera terhenti seketika tatkala melihat sosok tubuh seorang wanita yang agak berumur berdiri bersebelahan Nadhir.

"Abang, siapa makcik ni," soal Nadeera dengan nada yang lembut. Sambil tangannya menyalam lembut tangan Nadhir.

"Perkenalkan ni Mak Kamsiah, pembantu rumah kita," ujar Nadhir.

"Assalamualaikum Puan. Apa khabar? Sihat?" tanya Mak Kamsiah. Lembut.

"Waalaikumussalam Mak Kamsiah. Alhamdulillah saya sihat," balas Nadeera.

Mereka pun berjabat tangan tanda menyapa dan ingin berkenalan.

"Bob," panggil Nadhir.

"Yes boss? Ada apa yang boleh saya bantu?" soal orang suruhannya.

"Kau tolong tunjukkan bilik Mak Kamsiah dekat mana. Aku dan Puan nak pergi naik ke bilik sekejap," arah Nadhir.

"Mak Kamsiah rehat dulu ya dalam bilik tu. Kalau bab tugas Mak Kamsiah nanti Bob akan jelaskan ya," ujar Nadhir lembut.

"Baik Tuan. Terima kasih Tuan," ucap Mak Kamsiah.

"Sama-sama," balasnya pendek.

"Baik, boss! Mak Kamsiah mari ikut saya ke sana," ajak Bob.

"Baik dik," balas Mak Kamsiah.

"Tuan... Puan saya minta izin pergi ke bilik dulu ya," ujarnya.

"Baik, silakan..." balas Nadhir.

Mereka berdua pun mula mendaki menaiki setiap anak tangga itu. Pintu bilik dibuka perlahan, sebelum ditutup semula agar tiada siapa yang mendengar perbualan mereka.

"Abang... kenapa tak bincang dulu soal nak cari pembantu rumah?" soalnya.

"Aku bukan apa Deera. Aku cuma nak kurangkan beban kerja kau saja. Takkan semua kerja kau nak kena lakukan dekat rumah ni? Kalau aku tak ada dekat rumah siapa nak tolong kau siapkan kerja rumah?" balas Nadhir. Tegas saja nadanya.

"Betul juga tu abang. Saya tengok Mak Kamsiah tu macam baik saja orangnya," kata Nadeera.

"Ya Nadeera. Dia tu orang kampung aku dulu. Memang aku kenal lah," balasnya.

"Baru saya tahu, saya ingat abang dulu jarang bergaul dengan orang. Alamak..." Ditekup terus bibirnya. Bahaya betul mulut ni, sampai terlepas cakap.

"Jarang bergaul? Haih... Deera... Deera. Aku ni tak adalah teruk mana, kenal lah juga orang. Bukannya tak kenal langsung," balas Nadhir. Kepala terus digeleng mendengar kenyataan si isteri.

"Maaflah abang... lagipun saya belum kenal perangai abang sepenuhnya lagi," ujar Nadeera sambil menayang sengih bak kerang busuk.

"Iyalah Deera. Nanti lama - lama kau kenal lah juga siapa suami kau ni," balas Nadhir penuh redha nada suaranya.


















                DI pagi hari yang indah, seperti biasa Nadeera pasti bangun seawal jam 6 pagi untuk bangun menunaikan solat subuh bersama suami tercinta, Nadhir Arsyad.

"Abang... bangun abang... dah subuh ni," seru suara itu lembut.

Kini Nadeera Aleesya sudah tidak kekok untuk memanggil Nadhir Arsyad dengan panggilan abang. Nadhir pun makin hari makin nampak sisi kelembutannya. Cakap dengan gaya yang agak lembut, tolong si isteri membuat kerja rumah dan bermacam lagi lah! Memang material husband!

Pergilah Jauh Deritaku| OGWhere stories live. Discover now