part 6

28 7 16
                                    


5:15 p.m.

"

Qairil tak datang sekali ke ? " tanya Siti.

" Tak datang. Kenapa Siti, rindu ke ? " usik Rafiz .

" Ish kamu ni Rafiz janganlah cakap macam tu, malu lah. " jawab Siti malu-malu.

" Auliya mana ? " tanya Zafril.

" Dia kata dia datang lambat sikit. Mommy dia minta dia beli barang dapur tadi. " jawab Mahera acuh tak acuh.

" Oh parents dia ada lagi ? " tanya Siti secara tiba-tiba tanpa memikirkan perasaan Auliya.

Mahera terus pandang wajah Siti hairan.

" Kenapa kau cakap macam tu ? " tanya Mahera tidak puas hati.

" Iye lah, mana pernah nampak Auliya dengan family dia. Itu yang saya tanya tu. Selalunya kalau balik pun dia naik motor bukannya parents ambil. Last saya nampak pun waktu form 3 haa tu jelah and tak silap saya dulu keluarga Auliya lah kan yang kena bunuh tu , oh maksudnya dia ada family lagi lah kan ? Ingatkan keluarga dia " tanya Siti bersahaja.

" Ad- " Mahera mahu jawab soalan Siti tapi suara lunak yang sangat mendalam memotong.

" Yes i have. Why ? Can you repeat again what you just said before. Please ? "

" Ahh nothinglah Auliya. Siti ni pelik sebab tak pernah nampak family kau itu sahaja. Tak perlulah ye besarkan masalah ni eh Auliya eh ? Aku nak order air ni korang nak air apa ? " ujar Taziq tidak mahu burukkan keadaan.

" Yeaa you are right. Tak perlu besarkan. " jawab Auliya dalam nada dingin dan tidak melepaskan pandangannya dari terus merenung Siti.

𝑵𝒂𝒎𝒑𝒂𝒌𝒏𝒚𝒂 𝒂𝒅𝒂 𝒌𝒖𝒍𝒊𝒕 𝒔𝒆𝒈𝒂𝒓 𝒃𝒂𝒉𝒂𝒓𝒖 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒅𝒊𝒋𝒂𝒎𝒂𝒉.

" Air limau." jawab Mahera.

" Latte lah. " jawab Rafiz.

" Latte juga. " jawab Siti.

" Air coklat. " jawab Zafril.

" Auliya ? " tanya Taziq.

" jus oren, nak yang 𝒇𝒓𝒆𝒔𝒉 tau. " jawab Auliya.

" Oh okey. "

Taziq berlalu pergi dari situ dan Zafril seperti biasa akan memulakan perbualan.

" Eh korang, agak-agak koranglah kan, siapa pembunuh bersiri tu ? Serious aku cakap seram tahu bila berita cakap kematian meningkat..ishh tak boleh bayang tau kalau pembunuh tu salah seorang daripada kita. " ujar Zafril dengan nada perlahan.

" Kau ni kan Zafril. Kita ni dahlah dekat tempat awam. Sekali dia dengar macam mana ? " jawab Rafiz.

" Entah kau ni, berani benar cakap pasal hal ni kat sini. " jawab Auliya.

" Jangan Zafril. Nanti kau hilang kang. Kitorang buat tak tahu tahu kalau tiba-tiba kau hilang " jawab Mahera.

" Kejam benar kamu ni Mahera. Kesian Zafril. " ujar Siti ketawa kecil.

" Better kita sembang pasal hal lain Zafril. Aku rasa macam dia ada sekitar sini. " jawab Rafiz.

" Penakut benar korang ni- "

" Sudah Zafril. " potong Auliya dingin.

" Hmm iye lah.. " jawab Zafril menghembuskan nafas perlahan.

" Air dah sampai !! " sampuk Taziq sambil membawa dulang yang dipenuhi air yang dipesan sebentar tadi.
____________________________


Her Personal Assistant (In Editing) Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang