Bab 1

349 13 2
                                    

      "ABANG Amir bila Abang Amir nak balik? Alya rindu Abang Amir laa, ke Abang Amir tak sayang Alya dah? Abang Amir suka kan bagi Alya duduk sorang-sorang?" bebelku di dalam telefon yang sedang bercakap dengan Abang Amir , aku dah lama tak jumpa dia. Abang Amir ialah abang aku , dia berkerja sebagai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tanggungjawabnya sangat besar kerana ia menanggung untuk berbakti bagi negara ini.

Abang Amir bercakap dalam telefon. "Alah kau, kalau aku balik kau suka cari pasai ngan aku baik aku tak payah balik kalau aku balik pun kau kikis duit aku habisla duit aku nanti" kata Abang Amir kepadaku.

Aku mendengus geram. Geram dengan perangai Abang Amir ni. Terus mukaku masam.
"Ish Abang Amir ni orang cakap rindu , rindu la lagipun mama papa pun rindu Abang Amir balik la cepat tapi betul jugak apa Abang Amir cakap memang Alya nak kikis duit Abang Amir macam tahu tahu je"

Abang Amir menjegilkan matanya ke atas.
"cakap dekat mama papa esok aku balik tapi tak pasti pukul berapa balik , maybe aku gerak pagi sampai petang ataupun balik petang sampai malam. Kau nak apa-apa tak kalau nak aku belikan untuk kau , kalau tak nak alhamdullilah jimat duit aku"

Muka aku dari masam terus bertukar ceria.
"ehh rezeki jangan ditolak mestilahh nak Abang Amir nanti balik belikan Alya chocolate banyak-banyak tau dah lama Alya tak makan chocolate craving la pulak"

"Haa ye la aku ada kerja ni nak kena buat , aku kena letak telefon ni kirim salam dekat mama papa ingat pesanan aku ni jangan layan sangat dengan jantan luaq sana tu kita tak tau apa depa nak buat kat kita ha ni aku nak pi dah jaga diri assalammulaikum"
kata Amir lalu meletakkan telefonnya.

Alya membalas salam Abang Amir.

Amir Qushairi kembali ke dormnya untuk mengemas baju untuk pulang ke rumahnya esok. Semasa dia berkemas bahunya ditepuk oleh Aqeel Luthfi
"Oi mak kau hijau! ish Qeel kau dah kenapa tiba-tiba tepuk bahu aku terkejut aku tau dak aku liku pala hang satgi kut"

Aqeel Luthfi tersenyum menampakkan lesung pipitnya dengan wajah tidak bersalahnya.
"Alahh kau ni bukan selalu aku kenakan kau eh kau kemas baju ni nak balik rumah parents kau ke?"

Amir Qushairi hanya mengganguk kepalanya.
"Haa la hang nak tau dak adik aku Alya tu duk bising kat aku bila aku ni nak balik dia kata rindu aku la apala tapi macam aku tak tau perangai adik aku Alya tu , nanti balik dia cari gaduh ngan aku pastu dia kikis duit aku tapi tak apala nama pun adik-beradik aku pun ada adik sorang ja dia ja adik aku so kalau apa-apa dia nak aku kena tunaikan aku ada dia ja apa-apa masalah aku, dia yang akan jadi pendengar, kami selalu kongsi masalah tapi kadang-kadang cakap dengan dia kena tahan sabar jugak aku pernah cerita kan betapa annoyingnya adik aku Alya tu haihh"

Aqeel Luthfi hanya mengganguk kepalanya. Memang setiap kali Amir Qushairi ni geram dengan adik perempuannya mesti dia cerita dekat Aqeel Luthfi.

Amir angkat kepalanya setelah siap mengemas barangnya.
"Eh kau tak kemas baju kau ke? tak balik rumah parents kau?"

Aqeel Luthfi hanya menggeleng kepala.
"nanti aku balik la , lagipun ada kerja aku nak buat kat pangkalan ni eh aku nak ajak kau makan jom aku belanja"

Amir hanya mengganguk kepalanya.
"Jarang kau belanja aku ni tapi kalau namanya rezeki boleh la jomm!"

Setelah sampai di kedai mamak , mereka membuat pesanan terlebih dahulu.

Amir memanggil pelayan untuk mengambil oder mereka berdua.

"Bagi 1 teh tarik panas , Teh O panas 1 dan Mee Goreng mamak 2"
Kata Amir kepada pelayan yang mengambil oder mereka.

Setelah membuat pesanan amir membuka perbualan.

"Weh Qeel nanti teman aku pi kedai , aku nak beli chocolate"
Kata Amir kepada Aqeel.

Kening Aqeel terangkat sebelah
"Tak silap aku kau bukan suka makan benda manis tetiba nak makan kau beli untuk awek kau ke? Ada awek tak bagitau aku"

Amir menjegilkan matanya ke atas
"Aku? Aku ada awek? Perhh lambat lagi. Aku tak ada masa fikir pasai cinta aku focus kerja aku ngan family aku , aku nak beli chocolate sebab adik aku Alya tu yang mintak"

Aqeel membuat mulut 'O' tanda dia faham

Setelah makanan mereka sampai mereka menjamu selera dahulu.Selepas habis sahaja makan Aqeel ke kaunter untuk membayar.Mereka masuk ke dalam kereta lalu bergerak untuk pergi ke kedai membeli chocolate.

Sampai sahaja di kedai banyak pilihan chocolate Amir sudah tidak tahu untuk membeli yang mana dia bukan pengemar makan chocolate jadi dia serahkan kepada Aqeel untuk tolong memilihkan chocolate yang harus dibeli.

Habis sahaja memilih, mereka ke kaunter untuk membayar chocolate yang dipilih oleh Aqeel pilihan chocolate Aqeel ialah chocolate Kinder Bueno White Chocolate kerana dia tahu semua wanita pasti suka chocolate itu.

Mereka terus balik ke pangkalan mereka untuk berehat.

Leftenan Aqeel Luthfi  (OG)Where stories live. Discover now