Bab 16

94 2 0
                                    

      SUDAH dua minggu aku menjadi isteri kepada Aqeel Luthfi. Lagi seminggu Aqeel akan kembali ke pangkalan.

Sekarang aku berada di rumah mak mentua aku, setelah seminggu yang lepas aku ber-honeymoon dengan Aqeel.

Aku berada di luar balkoni bilik Aqeel sambil duduk memandang menuju ke arah tanaman-tanaman yang ada di rumah banglo keluarga Aqeel.

Sudah malam tetapi aku hanya untuk mengambil angin yang segar.

Sedang ralit aku termenung di luar balkoni bilik, Aqeel mula menghampiriku.

"Sayangg" Meleret sahaja Aqeel memanggilku.

"Hm ye abang nak ape?" Terus aku mengalihkan pandangan ke arah Aqeel.

"Sayang termenung ape Abang tengok sayang termenung jauh sangat sampai mana dah?" Mula dah Aqeel buat lawak basi dia.

"Amboi melawak pulak ye Abang ni" Terus sahaja aku tergelak kecil.

"Sayang nak bagitahu apa-apa dekat Abang? Nampak macam ada sesuatu tak kena aje" Terus Aqeel mengambil tempat disebelahku.

Ditarik kerusi merapat ke arahku.

"Saya takut Abang.." Terus aku keluluhan kecil.

"Hey kenapa takut pulak sayang? Bagitahu Abang ada apa-apa kacau fikiran sayang ke?" Terus muka Aqeel berpaling ke arahku.

Aku membalas pandangan Aqeel.
"Saya takut nanti Abang balik pangkalan saya sorang-sorang aje dalam rumah lagipun saya tak biasa lagi dengan mummy daddy Abang tu.."

Terus Aqeel mengganguk.
"Macam ni sayang nak balik rumah mama papa sayang ke? Ataupun duduk dengan mummy daddy dekat sini?"

"Kalau boleh tu la saya nak minta izin Abang.. Saya balik rumah mama papa saya tapi sampai bila saya tak nak rapat dengan mummy daddy kan? Jadi biarlaa saya duduk sini" Terus aku bangun dari kerusi ingin ke katil badanku sudah merayu untuk ke katil berehat.

Pantas Aqeel mengambil tanganku untuk duduk semula.

"Sayangg.. sit down Abang nak cakap lagi dengan sayang" Keluar dah perangai Aqeel ni.

"Abang saya mengantuk la nak tidur ni"
Teruk sahaja aku merengek.

"Alaa sayang layan la Abang dulu baru tidur nanti Abang dah balik pangkalan dah tak boleh nak manja-manja dengan sayang" Terus muka Aqeel berubah sedih.

"Alolo tak comel pun la Abang buat muka masam macam tu tak macam budak-budak pun!" Terus sahaja aku lari masuk ke dalam bilik.

"Aik hodoh sangat ke muka aku kalau acah-acah manja pastu buat-buat sedih"
Gumam Aqeel seorang diri.

Aku yang terbaring di katil tidak lekang dengan senyuman apabila Aqeel buat muka macam tu comel tahu tak! Cuma taknak la bagitahu maluu!

"Sayang dah kenapa ambil bantal tutup muka nak mati cepat ke?" Terus Aqeel melabuhkan punggungnya di sebelah isterinya.

"Ishh apa Abang ni nak saya mati cepat ke pastu Abang nak kahwin lain macam tu?!" Terus aku menukar posisi dari baring ke posisi duduk.

YA SEKARANG AKU TENGAH MARAH!

"Eh sayang apa pula cakap macam tu sayang aje Abang minat tak ada sapa-sapa dah sumpahh" Terus Aqeel mengangkat tangan tanda dia bersumpah.

"Dah la saya nak tidur!" Terus sahaja aku baring belakangi Aqeel. Aku merajuk dengannya!!

"Aip sayang tidur membelakangi suami berdosa tau, baik sayang pusing dekat abang balik dapat pahala" Aqeel sedang memujukku untuk tidur menghadap dia.

Tau pun pujuk ingat tak nak pujuk!
Aku pusingkan badan menghadapnya sambil menutup mata malas nak tengok Aqeel aku marah lagi ni!

"Sayang buat-buat tidur ee" Aqeel mengusap kedua pipi aku.

"Ee comei nyee pipi ni dah la cantik comei pulak tu" Aqeel main pipi aku macam pau! Ishh geram!!!!

"Abang ni saya nak tidur jangan la kacau" Aku membuka mata melihat suamiku.

"Tak payah tidur la kita buat ulang kaji nak?" Terjongket-jongket kening Aqeel.

"Ulang kaji? Ulang kaji apa Abang malam-malam pun ulang kaji patutnya pagi-pagi la ulang kaji boleh otak cergas" Kataku malam-malam nak ulang kaji huh dia ingat aku budak sekolah lagi ke?

"Ala sayang ni tak faham maksud abang ke?" Terus muka Aqeel berubah masam.

"Maksud abang ape?" Aku hanya ikut sahaja Aqeel haih apa la dia ni.

"Kita ulang kaji untuk buat-" Belum sempat Aqeel menghabiskan ayatnya terus aku ambik bantal menutup mukanya.

"Sayangg apa ni tutup muka abang" Merengek Aqeel.

Leftenan Aqeel Luthfi  Where stories live. Discover now