Bab 4

101 4 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



      AKU melihat rumah yang besar itu. Entah kenapa Aqeel ni bawak aku ke sini.

"Abang Qeel kita buat apa dekat sini rumah siapa Abang Qeel pergi?"
Aku hanya menanti jawapan dari Aqeel.

Aqeel milihat ke arahku lalu keluar dari perut kereta. Dia pergi ke pintu aku lalu membukanya untukku. Macam gentleman pun ada Aqeel ni.

Aku keluar dari perut kereta itu. Aku masih terpegun dengan kemewahan rumah itu.

"Ni rumah parents aku tapi kau jangan risau mereka tak ada dekat rumah ni mereka kat oversea sekarang aku nak ambik barang jap kau masuk la dulu duduk"
Aqeel menuju ke arah pintu lalu membukanya aku hanya melihat hiasan di dalam rumah itu.

"Duduk la dulu kalau nak apa-apa, minta pembantu rumah aku, aku nak pergi naik atas jap"
Aqeel menaiki anak tangga itu.

"Besarnya rumah Abang Qeel ni dah la mak ayah ada company sendiri pastu Abang Qeel pulak jadi Tentera Abang Amir bidang Sama dengan Abang Qeel mesti gaji mereka sama uish kaya-kaya"
Bicaraku sendiri lalu berjalan-jalan melihat isi rumah itu.

Setelah beberapa minit Aqeel muncul semula.
"Dah jom aku dah ambik barang"

Aku cuma mengangguk lalu mengikutnya keluar rumah.

Di dalam kereta itu sunyi kedua-dua tidak membuka mulut dahulu untuk bercakap lalu setelah beberapa minit suara Aqeel mula bercakap.
"Aku tak pernah bawa balik mana-mana perempuan sebelum ni"

Aku pula mencebik pelik lalu pusing kepala menghadap dia takkan la orang kacak macam Aqeel ni tak pernah bawak perempuan ke rumahnya.

"Kau dah kenapa tengok aku macam tu tau la aku hensem"
Dia perasan aku tengok dia kot haish ceni boleh kantoi ni.

"Tak ada la, pelik Abang Qeel ni dah la hensem takkan perempuan tak suka dekat Abang Qeel"

Aqeel hanya menjongket sebelah bahunya.

"Mungkin aku tak minat dekat perempuan lain sebab aku dah jatuh cinta dengan cinta pandangan pertama?"
Kata Aqeel.

Aku pula yang terkejut siapa lah yang dapat mencuri hati Aqeel ni tak silap aku dia ni layanan dia beku nak cakap dengan orang nak tak nak ja beruntung sungguh perempuan yang Aqeel suka tu.

Aqeel membawa aku ke shopping mall. Seperti dijanjikan dia akan membelanja aku makan. Masuk sahaja di mall kami terus masuk ke 'Sushi Ya' tekakku rasa nak makan sushi pulak.

Aku oder banyak juga sushi, Aqeel hanya makan 3 pinggan aku pula dah 8 pinggan makan. Nama pun perempuan kalau bab makanan memang menambah makan la jawabnya pastu ada pulak orang belanja fuhh nikmatnya lain macam.

Selesai sahaja makan Aqeel terus ke kaunter untuk membayar.
Habis sahaja membayar di kaunter dia kembali ke meja. Dia memandang mukaku, tapi aku tidak balas pandangannya aku hanya minum air sampai habis membazir kalau tak habis minum.

Leftenan Aqeel Luthfi  Where stories live. Discover now