Bab 19

32 3 2
                                    

SUDAH 2 bulan setengah aku berjauhan dengan Aqeel. Nak cakap dia pujuk tak pun, busy agaknya tapi takkan busy sampai tak call ataupun message aku?

Aish nak call ke tak?

Call jela rindu sangat ni! Nak cakap aku manja biarlah ini suami aku! Siapa suruh single?

Terus aku mencapai telefon bimbitku dan mendail nombor Aqeel.

"Haish Aqeel ni merajuk balik ke dengan Alya? Call pun tak angkat" Merungutku.

"Try call Abang Amir pulak lah"

Abang Amir letak.

Ish dah kenapa pakat tak angkat call aku ni? Apa ingat artis ke? Geram la aku!

Mengeluh kecil Amir. Haih kesian adik dia macam tu aje dia tolak panggilan.

Amir duduk di katil Aqeel. Haih macam teruk aje keadaan sahabat dia yang sorang ni.
"Weh Qeel. Kau ni tak kesian ke bini kau? Bini kau tu adik aku tahu tak? Dia call aku, terpaksa aku letak sebab kau"

"Aku tak nak dia risau la Mir. Tak ke naya pak karim kalau dia datang pangkalan ni sebab risaukan aku aje? Kalau datang dengan keadaan selamat tak apa ni sebelum dia datang kemalangan ke apa tak ke rasa bersalah aku?" Jelas Aqeel. Bukan taknak jawap panggilan isterinya tapi dia tak sihat ni dia taknak Alya risau dengan keadaannya.

Lagipun dia tak suka menyusahkan orang. Nantilah dia call Alya balik.

"Ni salah satu sebabnya aku tak suka kahwin awal. Macam-macam betul lah perangai semak aku" Amir geleng kepala.

"Diam lah Mir bising lah kau ni" Aqeel tutup telinganya dengan bantal.

"Kau demam rindu ni aku rasa. Alah rilek bro lagi seminggu kau akan jumpa isteri kesayangan kau iaitu adik aku yang bala tu HAHAHA!" Tergelak gelak Amir apabila dapat mengusik Aqeel.

KEDEBUK!

Aqeel baling bantal tepat kena muka Amir.

"Fuh headshot!" Aqeel buat muka berlagak.

"Senang senang je cakap bini aku bala, nasib aku tak bawak Sukhoi tau sekarang. Kalau aku tengah bawak sekarang, kau orang pertama aku bom dari atas" Aqeel mengambil semula bantalnya dan kembali baringkan badan ke atas katil.

"Weh Qeel" Amir tersenyum nakal dan mendekati Aqeel.

"Nak apa lagi Mir? Aku nak tidur tak larat ni" Merengus Aqeel kacau betul lah Amir ni.

"Bila nak bagi aku anak buah? Tak sabar ni nak dukung baby" Amir sambil buat gaya dukung tu tengah bayangkan.

Kalau tengah minum airnya mahu tak tersembur air dekat depan muka Amir ni? Nasib dia tak minum air.

"Merepek la soalan kau Mir" Malas Aqeel nak melayan.

Leftenan Aqeel Luthfi  Where stories live. Discover now