Bab 8

76 2 0
                                    

      SAMPAI sahaja aku di rumah. Aku baru pulang dari shopping mall. Ala biasa la perempuan kalau pi shopping mall mesti cuci mata.

Aku parking kereta di depan rumah. Mahu sahaja aku melangkah untuk masuk ke rumah aku pelik kenapa banyak kasut ni mesti ada tetamu datang.

"Assalammulaikum"
Aku memberi salam dahulu sebelum masuk ke rumah.

Semua mata menoleh ke arahku dan menjawap salam.
"Waalaikummussalam"

Aku terus salam mama dan papa aku.
"Mama papa siapa tetamu ni?"
Aku bertanya.

"Nanti mama dan papa bagitahu Alya pergi cari Abang Amir panggil dia boleh?"
Mama bercakap kepadaku.

"Abang Amir dah balik ke mama?"
Aku bertanya kalau Abang Amir balik mesti dia bagitahu aku dulu ni tak bagitahu apa-apa pun.

"Baru je balik tu pi panggil dia untuk mama ya?"
Aku mengangguk kepala lalu ingin menaiki tangga aku tunduk hormat kepada tetamu itu.

"Bagus bakal menantu kita bang.. pandai hormat orang tua pandai Qeel pilih kan?"
Datin Sri Amira bercakap bersama suaminya.

Dato Sri Ariffin hanya mengangguk kepala.

"Itu la ke anak perempuan kamu Nurissa Alya yang kami masuk meminang ni ya?"
Datin Sri Amira mula bertanya kepada Puan Nadine ibu kepada Nurissa Alya.

"Betul tu Datin satu-satunya anak perempuan saya"
Puan Nadine tersenyum manis ke Datin Sri Amira.

"Jangan la panggil Datin ni lagipun nanti anak-anak kita bakal bertunang juga panggil saja Amira atau Mira"
Datin Sri Amira membalas senyuman itu.

Aku ketuk pintu bilik Abang Amir.

"Abang Amir tu mama panggil Abang Amir suruh turun"
Aku mula buka pintu bilik Abang Amir lalu aku nampak Aqeel di situ bersama Abang Amir.

"Eh Abang Qeel pun ada?"
Aku muka tersenyum manis kepada Aqeel.

"Dik jom turun sama-sama kat bawah tu mak ayah Aqeel"
Aku mula mengangguk faham lalu turun bersama Abang Amir dan Aqeel.

Selepas sahaja Aqeel sekeluarga balik terus mama ajak kami sekeluarga untuk berbincang sesuatu.

"Dik kami semua ada sesuatu nak bagitahu kau"
Abang Amir mula bercakap setelah sekian lama kami sekeluarga diam.

"Alya jangan terkejut kalau mama,papa dan Abang Amir bagitahu.."
Aku hanya mengangguk berdebar hatiku menanti sambungannya.

"Alya tadi keluarga Aqeel dah masuk meminang kamu mama dan Abang Amir pun setuju dan terima pinangan tu"
Papa mula bercakap.

"Owh masuk meminang Alya"
Aku mula mengangguk.

Abang Amir, mama dan papa seolah-olah terkejut dengan jawapanku.

"JAP TADI PAPA CAKAP KELUARGA AQEEL TU MASUK MEMINANG ALYA!?"
Aku mula tersedar perkara itu.

"Eh tadi relax je ni kenapa tiba-tiba gelabah"
Abang Amir mula gelak.

"MAMA PAPA ABANG AMIR! KENAPA TAK BINCANG DENGAN ALYA DULU!!"
Aku mula membuat muka marah kepada Abang Amir.

"Kami dah terima pinangan tu kau kena terima juga dik ini namanya takdir"
Abang Amir mula membuat drama.

Aku mula mengutuk kepala Abang Amir.
"BANYAK LA ABANG AMIR TAKDIR INI SOAL HIDUP DAN MATI ABANG AMIR ISH!"

"WOI SAKITLAH GILA! TERIMA JE LA AQEEL TU SUKA DEKAT KAU TU DIA MASUK MEMINANG"
Abang Amir mula menggosok kepalanya.

"kenapa kena masuk meminang senyap-senyap? Alya tak berapa kenal dengan Abang Aqeel kenapa tak bagitahu Alya dulu mama papa?"
Aku ingin menangis tapi aku tahan.

"Alya.."
Belum sempat mama pujuk aku, aku telah mengambil langkah untuk ke bilik.

"Ish tu la Abang dengan Amir ni senang-senang terima pinangan tak bincang dengan anak perempuan kita dulu tengok kan dah merajuk!"
Puan Nadine mula membebel kepada Amir Qushairi dan Tuan Emir.

Di dalam bilik aku hanya menangis menerima kenyataannya mungkin ini jodoh aku yang Tuhan kirim kepadaku dan aku harus menerimanya dengan hati yang terbuka.

Tapi kenapa Abang Qeel pilih aku? Tak ada perempuan lain ke dia nak pilih. Nasib handsome dengan kaya kalau dia bagi kasih sayang itu bonus!

"Ish tak suka, tak suka! Kenapa kena masuk meminang senyap-senyap! Orang bincang la dulu ini tidak! Dia datang tabrak, tabrak masuk je" Dengan nada yang tak puas hati aku berbicara.

Leftenan Aqeel Luthfi  Where stories live. Discover now