Bab 14

80 1 1
                                    

      SAMPAI sahaja makanan kami menjamu selera. Aqeel memimpin membaca doa makan.

"Makan la kalau tak kenyang oder lagi aku belanja" Aqeel berkata padaku.

Dhani melihat ke arahku.
"Ee bakal isteri you memang makan banyak ke Aqeel? Nanti gemuk mesti you cari lain kan?"

Ingin sahaja Aqeel menjawab pantas aku memotongnya. Takkan nak bagi dia menang kot A BIG NO!

"Excuse me Dhani you memang dengki eh dengan I? Ye la kesian I tengok you beria dekat bakal suami I mesti tak ada siapa nak you kan? Tengok I Aqeel nak I you ade?" Aku senyum kemenangan setelah nampak Dhani mendengus kasar.

"You ni memang kurang ajar kan?!" Dhani megangkat jarinya ke arahku.

"Hey ape ni tunjuk-tunjuk? Tau la I lawa tapi jangan tunjuk-tunjuk malu I,tengok orang lain pun tengok I" Ambik kau Dhani ape kau ingat aku lemah lembut kau boleh pijak-pijak?

"Ish Aqeel tengok Alya nii" Dhani mencebik manja ke Aqeel.

"Lah kau terasa ke? Padam la muka sapa suruh cari pasai" Aqeel tergelak kecil lalu geleng kepala.

"Don't ever mess with her if you still mess with her you will get the punishment" Ujar Aqeel berbaur amaran.

Tertelan air liur Dhani tengok Aqeel seperti tidak percaya.

Aku? Aku juga tergumam dengan ayatnya tadi.

"Aku dah habis makan nak pergi bayar jap kau berdua tunggu sini habiskan makanan tu" Aqeel bangun dan bergerak ke kaunter untuk membayar.

"You memang nak kena dengan I kan Alya?!" Dhani mula berdiri dan menghampiriku.

"Aik saya buat apa?" Kerut keningku apabila Dhani telah berdiri di sebelahku.

PANG!!!

Tangan Dhani singgah di pipiku. Dia mengambil air di atas meja itu lalu mencurahkan air itu ke mukaku.

Aqeel yang baru habis bayar di kaunter terus ke arah meja kami apabila kedengaran ada orang ditampar.

"DHANI!!" Terus Aqeel menghampiri kami berdua.

Semua orang di situ mata mereka sudah tertumpu ke meja kami.

Aku hanya tutup mata mengumpul segala kekuatan. Tanpa aku sedari aku sudah menitiskan air mata.

"Alya kau okay?" Aqeel gelisah melihat Alya menangis dia tak boleh tengok orang yang dia sayang nangis!

Terus sahaja aku menatap Aqeel dengan air mata yang ada di mataku. Lantas aku berdiri dan mengambil bag tanganku ke luar kedai makan itu.

"Alya!" Aqeel mahu mengejar langkah Alya yang telah keluar dari kedai makan itu tetapi Dhani menahan.

"Aqeel I minta maaf I tak sengaja lagipun-"
Belum sempat Dhani menghabiskan ayat terus Aqeel memotong ayatnya.

"Eh perempuan kau dengar sini kau kacau aku lagi siap kau perempuan! Yang kau pergi tampar Alya kenapa?! Kau tahu tak aku sayang dia?! Kau memang perempuan sial la!" Aqeel membuka langkah keluar dari kedai makan itu.

Aqeel mencari kelibat Alya tapi dia tak menjumpainya.

Terus sahaja Aqeel mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail nombor Alya.

"Ya Allah Alya kau kat mana kenapa tak angkat call ni" Risau Aqeel dibuatnya.

Terus Aqeel mendail nombor Amir.

"Angkat la cepat Amir pun" Aqeel berjalan ke hulu hilir.

"Yoo Qeel asal call rindu aku ke?" Suara Amir mula kedengaran di panggilan.

"Aku tak ada masa nak melawak Amir. Alya dia hilang aku tak tahu dia pergi mana kau kena tolong aku Amir"

"HAH?! ADIK AKU NURISSA ALYA TU HILANG?!" Jerit Amir di dalam panggilan itu.

"Kau tolong cari dia Amir dekat mana-mana aku tengah cari aku letak dulu Assalammulaikum" Terus Aqeel meletakkan panggilan nya Dan meneruskan mencari Alya.

Aku sedang melihat ke arah ombak yang beralun itu. Sekarang aku di pantai saja mahu menenangkan fikiran.

Teringat pada kejadian tadi buat aku rasa sebak kenapa sampai kena tampar aku dan simbah air ke arah mukaku?

Tetapi aku hanya memendam rasa itu tanpa aku mengetahui air mataku turun sekali lagi.

Dari jauh Aqeel sudah nampak Alya keseorangan di pantai. Akhirnya jumpa pun Alya! Risau Aqeel cari merata tak jumpa ada dekat pantai rupanya.

Terus Aqeel mengeluarkan iPhone 13 Pro Max nya dari poket seluar.

Aqeel membuka aplikasi WhatsApp dan tangkap gambar Alya dari jauh untuk memaklumkan pada Amir yang Alya dia dah jumpa kat pantai.

'Tak payah cari aku dah jumpa'
- Aqeel -

'Ya Allah dia okay tak tu? Apa yang jadi Aqeel sampai dia boleh hilang?'
-Amir-

'Balik nanti aku cerita aku nak pergi dekat Alya pape roger'
- Aqeel -

Aqeel membuka langkah menghampiri ke arah Alya.

Berkerut keningnya apabila mendengar tangisan kecil Alya.

"Cry if that makes you calm, sometimes crying does not mean we are weak" Aqeel berdiri di sebelah Alya.

Aku angkat kepala dengan baki tangisan aku.

Tak pernah aku menangis di depan lelaki
Aqeel ialah orang pertama melihat tangisanku.

Aqeel duduk di sebelahku.
"Aku minta maaf gagal lindungi kau tadi"

Aku hanya menggeleng.
"Bukan salah Abang Qeel tak apa"

Selepas aku bercakap terus kami memilih untuk diam buat seketika.

"Kau tahu kan lagi 2 minggu majlis akad nikah kita?"
Ujar Aqeel.

Aku cuma pandangnya dan mengangguk.

"Kau sedia jadi isteri kepada suami kau bernama Aqeel Luthfi ni?"
Ujar Aqeel lagi.

Aku cuma mengganguk.

"Kau faham kan pekerjaan aku yang kena berkhidmat dengan negara?"
Aqeel menoleh kepalanya ke arahku.

"Saya faham, Abang Qeel kena berkhidmat dengan negara. Tak apa asalkan Abang Qeel pulang dengan selamat itu dah berita gembira untuk saya" Ujarku pula.

                                                                       

Esok ialah majlis akad nikah dan majlis perkahwinan aku dan Aqeel. Sekejap saja masa berlalu tup tup dah 2 bulan esok pula dah akad nikah dan majlis perkahwinan.

Harap semua berjalan lancar la esok.

Hatiku? Begitu berdebar takut,gelisah, gembira,sedih semua perasaan itu bercampur.


Leftenan Aqeel Luthfi  Where stories live. Discover now