PROLOG

556 32 0
                                    


Rengkungnya tidak mengembang dengan baik saat melihat manusia berkumpul di depan mata. Terlalu ramai hingga menimbulkan rasa takut. Wajah mereka penuh curiga. Senyum langsung tidak terukir. Walaupun dia anak kecil, dia masih mampu untuk mentafsirkan cara pandangan itu.

Malam itu gelap. Sunyi. Yang terlihat hanyalah biasan cahaya lampu merah dan biru yang tak henti berdenyut di dalam samar malam itu. Suasana kawasan itu pula di penuhi dengan lelaki yang beruniform biru gelap.

Dia anak kecil yang kehilangan. Terlalu kecil untuk memahami apa yang berlaku. Cuma yang terlintas ditelinganya esakkan manusia bersahut-sahutan. Tangis manusia yang tidak henti-henti bergema di telinganya.

Sekumpulan manusia yang kini berdiri di depannya mula mengeluarkan satu alat yang berwarna hitam. Serta-merta pancaran kilat dari jurugambar buat dia terpempan. Mengembang korneanya saat anak matanya dipancar dengan cahaya yang kuat. Pipinya terasa tegang dan jantung mula berdetak kuat...

Takut.

"Mama.... Jea... Jea nak mama..." rengek anak kecil mula bergema. Cuba untuk menyeru kekuatan yang masih bersisa.

"Jea... Jea nak mama...." ujarnya lagi. Jemari halusnya menggenggam patung arnab dengan kuat utuk menyalurkan rasa takut.

Teriaknya makin kuat.

Bahunya terhenjut-henjut menahan tangis. Dia makin penat berteriak namu tiada yang bersimpati dengannya. Pancaran lampu kamera masih tidak henti-henti menerpa pada kulit mulusnya.

Dia terpaku. Jiwanya bungkam melihat manusia yang sedikit pun tidak menunjukkan belas kesian kepadanya.

Apa dosa anak kecil yang berusia lima tahun ini? Hingga teriaknya tidak ada yang ambil peduli. Jiwa anak kecil itu merentan ketakutan. Pancaran lampu itu sunguh-sungguh menakutkan.

"Jea... jea... nak mama..."

"Zeanissa...." satu suara garau membuatkan dia berpaling.

"I'm here Zea...I'm here..." satu huluran tangan tepat-tepat berada di depannya. Dek ketakutan yang meraja dijiwa, terus digapai tangan kasar itu. Dia mahu berlindung kerana dia hanya anak kecil yang tidak mengerti betapa kejamnya diperlakukan begini. 

ZEANISSAWhere stories live. Discover now