BAB 5

149 23 0
                                    


"Tiga dari enam episod saya tak setuju untuk jalankan..." ujar Zeanissa selepas mendengar rancangan dan melihat storyboard yang dibentangkan oleh pihak produksi. Selepas dia beri peluang kepada Tengku Fatma untuk menjadi pengantara dia dan UnikMedia, dia biarkan. Terkejut Eldar bersetuju untuk datang hari ini. Ingatkan bila pergaduhan kecil itu berlaku, Eldar akan tarik diri. Sangkaannya jauh sekali.

"Yang mana?" Eldar yang duduk setentang dengannya memberikan pandangan tajam. Kak Zati yang usai membentangkan storyboard terkulat-kulat melihat Eldar dan Zeanissa seperti mahu berperang.

"Tentang keluarga saya, dan tentang kehidupan peribadi saya.."

"Tan Sri Aziz minta kami untuk masukkan...."

"I tak nak..."

Eldar terdiam. Ahli produksi sudah memandang sesama sendiri. Rata-rata semuanya mempunyai pandangan yang berbeza mengenai Zeanissa.

"Tunjukkan sisi yang lain. Tentang hidup Zeanssa yang fancy, tentang Zeanissa yang berjaya atau apa-apa sahaja. I tak nak you masukkan tentang kehidupan peribadi I..." balas Zeanissa. Ada satu perkara yang dia takutkan. Tentang rahsianya peribadinya. Tentang seseorang yang dia cuba untuk simpan selama ini.

"Tapi ini yang diarahkan oleh Tengku Fatma..."

"You ni faham ke tidak? I taknak program ini sentuh hal peribadi. You sepatutnya mempromosikan Kota Pualam! Bukan canang hal peribadi I! This is idiot program!" tengking Zeanissa.

"Tunjukkanlah kepada semua tentang hidup saya yang sibuk ni. Saya sibuk dan tak ada masa nak buat program yang semata-mata untuk khabarkan kisah kehidupan peribadi saya. Saya tak nak jadikan itu sebagai umpan kepada rating. Saya tak nak orang lihat ini adalah rancangan bodoh!"

Ruap kesabaran Eldar kini berada dipuncaknya. Puas dia mengusap dada untuk bersabar.

"The idiot program as you mention, memang aku pun tak berminat nak buat kalau subjeknya bodoh-bodoh. Kalau kau nak nampak bodoh dalam rancangan kau sendiri... you can dare me. Dengan senang hati aku boleh buat. I will potray you as an idiot women." ujarnya sinis sambil menarik senyum di hujung bibir. Senyumannya itu seakan-akan membalas dendam. Kali ini dia takkan berlembut lagi. Setakat tadi, boleh lagi dia nak berlembut. Sekarang tak perlu. Kalau Zeanissa kasar. Dia akan balas dengan cara yang kasar. Susah betul nak ajar budak sorang ni!

"Kalau kau nak program ini berjalan dengan baik...ikut apa yang aku arahkan. Faham?" Eldar menggertak dengan lebih kasar. Dia tahu apa yang dia lakukan. Dia tahu apa yang harus dia lakukan.

"Bos... boss.. chil..." Kak Zati menyampuk. Melihat dari perjalanan mensyuarat ni, boleh terbakar HQ kota Pualam nanti. Dia jadi tak senang melihat Zeanissa sudah berubah riak. Terkedu.

Zeanissa mati kata. Matanya mencerlung memandang Eldar yang sedang tajam memandangnya. Mata helang itu sedikit pun tidak berkelip berlaga dengannya. Melampiskan marah yang menggunung tinggi dengan padnangan mata. Tapi dia tak kira itu semua. Tajam mana pun mata itu menusuk wajahnya, dia akan lawan habis-habisan.

"Nak nampak sebagai perempuan bodoh? Atau kau mahu aku ibaratkan kau sebagai anak muda yang bijak, kaya, berjaya? Mana satu karakter yang kau mahukan?" Sambungnya lagi.

Diam. Zeanissa gigit bibir. Geram. Walaupun dia terasa malu dimarahkan didepan ahli-ahli produksi yang lain, dia tak kira! Dia masih mahu menang. Sejenak dia teguk liur. Nafas dihela dalam. Namun belum sempat dia buka mulut untuk menyembur Eldar, lelaki itu sudah menyambung kata.

"Tentulah anak muda yang bijak, kaya dan berjaya kan? Dengan mudah aku boleh jatuhkan reputasi kau kalau itu yang kau nak." Jawab Eldar selepas melihat Zeanissa diam tak terkutik. Mungkin mati kata dengannya.

Zeanissa tidak membalas Cuma matanya masih mendapat pada wajah keras Eldar. Dadanya berombak kecil. Bagaimana agaknya lepas ni dia akan berurusan dengan manusia yang bernama Eldar?

Tak pernah lagi ada manusia yang melawan kata-katanya. Dengan penuh sarkastik. Penuh sinis sehingga dia...

Rasa...

Menyampah!

"Cik Zea... boleh Cik Zea beritahu bahagian mana yang Cik Zea tak berkenan? Akak boleh selesaikan dari sudut skrip. Tapi apa yang ada, kita mulakan dahulu. Boleh macam tu?"

Zeanissa hela nafas dalam. Pandangannya beralih pada wajah Kak Zati. Dan wajah tenang itu serba sedikit menenangkan hatinya. Kalau ikutkan hati, Eldar tu mahu ditempik lagi kuat.

"Boleh. Hand me over the script. I semak sebelum kita buat rakaman." 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 02 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

ZEANISSAWhere stories live. Discover now