BAB 2

245 23 2
                                    


"SO... ini lah dia Cik Zeanissa." Tengku Fatma menayangkan beberapa keping gambar pada skrin. Eldar mengamati wajah Zeanissa lama.

Cantik. Tapi wajahnya keras.

"Boleh saya tahu kenapa Kota Pualam mahu jadikan dia sebagai frontface? Kenapa tak gunakan artis?"

Tengku Fatma senyum mendengar soalan Eldar. Kemudian dia buka slide seterusnya. Terpapar gambar Zeanissa sekeluarga. Tan Sri Aziz, Puan Sri Azura, Zairil Aziz dan akhir sekali adalah Zeanissa. Kemas memakai baju kurung. Senyumnya ada tapi kurang iklas pada pengamatan Eldar.

"Dia ni anak kepada Tan Sri Aziz dan Tan Sri Aziz tak nak gunakan mana mana influencer, artis kerana tahu mereka ni based on kontrak. Kita tak nak sekali jalan.. lepas tu orang lupa. Tapi Zeanissa... dia akan ada selama-lamanya dengan Kota Pualam. Bila orang ingat Kota Pualam, orang akan ingat Zeanissa. It is a long-term project. Kenapa ? Tuan Eldar tak selesa untuk berurusan dengan Cik Zeanissa?"

"Tak lah. Selalunya syarikat besar begini dia akan gunakan khidmat artis yang sudah ada nama. Tapi itu semua teknik marketing. Kalau Tan Sri Aziz ada sebab, I can understand that."

"Good. So, Cik Zeanissa ni, kita boleh agak dia sibuk. Dia bekerja di bahagian PR Department. Jadi akan banyak aktiviti yang melihatkan syarikat-syarikat lain."

"Okay. Jadi, bagaimana target kita?"

"Kita akan tunjukkan life Zeanissa sebagai yang bekerja rapat dengan Kota Pualam, anak kepada Tan Sri Aziz dan... yang penting imej Kota Pualam. Dua tiga bulan lagi kita akan buat dinner. Jadi kalau boleh kita jadikan dia sebagai salah satu konten."

Eldar angguk. Matanya masih tertancap pada wajah Zeanissa.

"Muka dia ni tak friendly camera." Komen Eldar jujur. Tengoklah. Keras. Tak mesra.

Tengku Fatma ketawa kecil. "We can work on it, I guess."

"Okay. Bila saya boleh discuss dengan dia? Kita akan bentang storyboard dan lain-lain."

"Dua tiga hari saya akan confirmkan dengan Tuan Eldar."

"Ok. Ada apa apa pantang larang ke nak menjaga dia ni?"

"No night shooting. Office shooting kena beritahu dua hari sebelum."

"Sure."

Eldar tarik nafas dalam. No night shooting bermaksud masa untuk rakaman akan jadi lebih terhad. Semua harus dilakukan waktu siang. Mungkin anak emas ini mahu tidur yang lena setiap malam agaknya.





ELDAR tarik nafas dalam. Baru dia dapat berehat dengan tenang malam ini selepas beberapa malam dia menghabiskan masanya untuk membuat persediaan rakaman Zeanissa. Setakat ini dia belum lagi bertentang mata dengan Zeanissa. Dia ingatkan mudah juga urusan Cik Zeanissa ni. Tapi rupa-rupanya sibuk mengalahkan menteri.

Surat yang terdampar lemah di atas meja di tarik dan mata meliar pada isi surat. Sudah tiga malam dia biarkan surat tawaran untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah kedoktoran itu menjadi penemannya. Ikut kan hati, memang dia mahu terima sahaja tawaran ini.

Pack your things and go, Eldar. Hatinya berdesis sendiri.

Dia letakkan kembali surat itu di atas meja kopi. Tin coca-cola di capai dan suakan pada bibirnya. Walaupun wajahnya tidak beriak ketika ini, tapi otaknya ligat memikirkan insiden yang berlaku tahun lepas.

ZEANISSATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang