"Pukul 3.. Pihak produksi nak jumpa kau pukul 3." suara Tengku Fatma terngiang ngiang dibenaknya.Demi ikutkan sahaja rancangan Tengku Fatma, dia gagahkan juga untuk bertemu dengan produksi yang bertempat di Wisma Studio Unik Media. Sampai sahaja di depan pintu studio yang sama keluasaanya seperti gudang, Zeanissa memakirkan keretanya di depan pintu masuk.
Nafas di hela perlahan. Sempat mata mengerling pada cermin untuk merapikan mekapnya. Tudung dibahagian dahi dirapinya dengan jemari halusnya. Eyeliner yang tajam di bahagian tepi di usap perlahan agar kelihatan kemas. Dan gincu merah yang tercalit di tambahkan lagi dengan lipgloss agar nampak lebih segar.
Zeanissa pandang wisma itu lama sebelum mematikan enjin kereta. Antara banyak-banyak benda yang dia paling malas nak buat adalah bertemu dengan orang baru. Dia bukan jenis yang ramah atau pandai bawa berbual. Dia jenis yang suka berdiam diri. Tapi sejak bekerja, dia terpaksa lakukan hubungan baik dengan semua orang dan ianya digelar networking.
Selepas mendapat gelaran anak emas Tan Sri Aziz , tentulah dia akan memaksa dirinya sendiri untuk nampak yakin pada mata yang memerhati. Sedangkan, tiada sekelumit pun dia rasa bahagia untuk melakukan semua ini. Jiwa kecilnya terseksa.
Selesai memastikan kasut tumit tingginya tersarung kemas, dia melangkah keluar dari kereta. Dia tegakkan tubuh dan matanya mencanang keadaan sekeliling. Sunyi. Yang ada cuma seorang lelaki yang sedang bersandar di dinding sambil matanya tertancap pada telefon bimbit di tangan.
"staf kan?" tanya Zeanissa pada lelaki yang memakai baju kemaja lusuh dan seluar jeans. Lelaki itu panggung kepala memandang Zeanissa. Soalan Zeanissa hanya di balas dengan riak kosong.
"Huh?" tanya lelaki itu selepas menarik putung rokok yang tersemat di bibir.
"You kerja sini ke?" tanya Zeanissa dengan nada tegas.
"Ya. Kenapa?" lelaki itu datang mendekat. Sempat mengalih pandangan memerhatikan kereta Zeanissa yang tersadai betul-betul di depan pintu Wisma.
"Good. Parking kan kereta. Thanks," ujar Zeanissa laju sebelum melambungkan kunci itu kepada lelaki yang sudah cemberut memandangnya. Mujur kunci sempat di capai sebelum jatuh ke tanah.
"What?" alun suara lelaki tu seperti tidak percaya dengan arahan Zeanissa.
"Park my car. Nanti cari dekat dalam," arahnya lagi sebelum melangkah pergi meninggalkan lelaki yang terdiam memegang kunci kereta di tangan.
********************************************************
ELDAR HAIYAN menyedut rokok sebelum menghembuskan kepul-kepul asap yang memenuhi rengkung paru-parunya. Puas. Lapang. Baru terasa lapang kepalanya dapat menyedut rasa nikotin. Bila stress mulalah dia mencari batang rokok ini.
Sedutannya mati saat terlihat kereta hitam BMW parkir dengan rasa tidak bersalahnya di depan Wisma Studio UnikMedia. Lama dia memandang susuk tubuh yang leka merapikan mekap.
Nak ditegur tapi dia malas. Lalu dia biarkan sahaja. Pandai-pandailah penguatkuasa clamp atau saman kereta ini nanti kerana kawasan ini terang-terangan bukan tempat memakirkan kereta.
Melihat seorang perempuan keluar dari kereta, tubuh gadis di baluti dengan baju gaun labuh, beg Dior pula tersangkut di bahagian bahu. Dia yakin, ini adalah subjek yang bakal berurusan dengannya.
Belum apa-apa sudah ketara gaya divanya. Laju benaknya teringatkan hal semalam. Hal dua influencer yang telah memeningkan kepalanya. Kes semalam belum selesai lagi. Ini nak tambah lagi perangai influencer muda.
YOU ARE READING
ZEANISSA
RomanceWajahnya cantik, hidupnya sempurna pada mata yang memandang. Namun disebalik kesempurnaan itu, tersimpan seribu satu rahsia tentang hidupnya. Ada sisi gelap yang tidak terpandang oleh mata manusia. Selepas mendengar saranan Tan Sri Aziz untuk menja...