BAB 3

139 23 0
                                    


"BILA masa aku cakap aku setuju nak buat program realiti? Kau ingat aku ada masa?" Zeanissa mencampakkan beg tangannya di atas sofa. Terkejut Tengku Fatma menerima kehadiran Zeanissa. Sedang elok membaca dokumen, suara nyaring Zeanissa mengganggu kosentrasinya.

"Errr...." Tengku Fatma lorek senyuman paksa. Perlahan dia tarik nafas sebelum memandang wajah Zeanissa yang sudah terpacul di depan mejanya. Hal ini sebenarnya adalah idea mengejut yang dia hamparkan pada Tan Sri Aziz. Selaku publicist, dia hampir kekeringan idea untuk mempromosikan Kota Pualam. Dan yang dia nampak, Zeanissa adalah manusia yang paling ideal untuk dijadikan bahan promosi.

Gadis itu cantik, bijak, bekerjaya... dan... satu lagi, dia tidak akan berani cakap tidak kepada Tan Sri Aziz. Sudah semestinya Zeanissa akan akur dengan permintaan bapanya itu walaupun tidak setuju.

"Kau yang paling perfect untuk aku jadikan personal branding syarikat..." sambung Tengku Fatma. Terdengar dengusan kuat dari mulut Zeanissa.

"Personal branding atau maskot maksud kau?" Zeanissa sudah bercekak pinggang di hadapan Tengku Fatma yang menahan senyum. Takut-takut kalau Zeanissa terasa hati dengan riaknya.

Dan hal ini juga sudah dipersetujui oleh Tan Sri Aziz malah Tan Sri Aziz juga yang beria-ia untuk menjadikan Zeanissa sebagai muka utama Kota Pualam.

Kota Pualam perlukan orang macam Zeanissa kerana tempat ini adalah pusat tarikan yang baru sahaja dibina oleh Empayar Tan Sri Aziz. Hampir puluhan bilion dia laburkan untuk Kota Pualam maka kini adalah masanya untuk menarik pelancong datang ke lembah yang penuh dengan pelbagai tarikan.

Salah satu yang paling besar belanjanya adalah pusat seni, pentas teater yang mengambil teknologi luar dimana pentasnya mampu bergerak tiga ratus enam puluh darjah. Walaupun pada mulanya Zeanissa terasa mustahil dengan angan-angan Tan Sri Aziz, kini Tan Sri Aziz mampu buktikan mimpinya menjadi kenyataan.

"Jea... please. Lagipun Tan Sri dah setuju untuk keluarkan duit."

"Aku tak kisahlah Tan Sri ke, siapa ke yang nak sponsor program realiti tu. Tapi kenapa tak tanya aku dulu masalah nya?" tanya Zeanissa laju. Berdebar jantung dia saat menerima panggilan dari pihak produksi tentang mesyuarat yang bakal berlangsung minggu hadapan. Dia yang tak tahu hujung pangkal terus tergamam di buatnya.

"Sebab kalau aku tanya aku tahu jawapannya. Kau takkan setuju. Jadi aku dah selesaikan separuh hal untuk jadikan program ini berjaya. Yang penting pihak pre-production dah selesai. Sekarang tinggal jalan je," ujar Tengku Fatma tanpa rasa bersalah.

Zeanissa mengerdipkan matanya memandang Tengku Fatma yang mengalihkan pandangannya pada skrin komputer. Melarikan wajahnya dari terus ditenung dengan pandangan tajam Zeanissa.

"Batalkan. Aku tak ada masa." tegas suaranya bernada. Tangannya sudah dililitkan pada tubuhnya.

"Duit dah jalan. Direktor dah ada. Team pun dah ada. Aku tak boleh batalkan," ujar Tengku Fatma tegas. Sama juga melawan dengan tegas.

Zeanissa mengeleng-gelengkan kepalanya. Dia tidak bersetuju dan tidak percaya dengan apa dia dengar. Tengku Fatma pentingkan diri. Sanggup ketepikan privasinya demi syarikat.

"Ini urusan hidup aku, Fatma! Aku bukan perempuan kejar glamour nak ada 24 jam kamera ikut aku!" terik suara Zeanissa melantunkan kata kata. Geram. Dia ingat ini rancangan korban kasih agaknya. Mengorbankan kehidupan sendiri demi tontonan orang ramai.

"6 episod sahaja Zeanissa. Sebulan pun tak sampai proses rakamannya. Boleh tak kau setuju je dulu. Pergi jumpa dengan produksi." Tengku Fatma menjawab.

Zeanissa terdiam mendengar kata-kata Tengku Fatma. Lebih menyakitkan saat melihat Tengku Fatma tersengih menyindir. Kalau diikutkan hati marahnya ini, mahu dia siram dengan air panas. Bagi rasa macam mana menggelegaknya hatinya buat masa sekarang.

Kepantangan Zeanissa adalah dicabar dan diperlekeh dalam keadaan begini. Dia tak ada masalah kalau hal besar ini di bawa berbincang. Yang di marahkan sekarang keputusan dibuat tanpa persetujuan dia.

Ikutkan, dalam tempoh dua minggu ini sahaja pelbagai majlis harus dia uruskan. Belum lagi kerja-kerja yang berkaitan dengan pemasaran dan pengurusan syarikat. Nak menguruskan hidup pun tak termampu apatah lagi menambah kerja yang ada.

Lepas tu, bila fikir ia adalah konsep realiti, dia jadi tak keruan. Konsep realiti show ini lebih kepada bersifat peribadi. Akan ada sekumpulan manusia yang akan mengikut dia kehulu ke hilir dalam apa tugas sekali pun. Masalahnya sekarang, mampukah dia untuk galas urusan yang besar macam ni? Sedangkan hidupnya... terumbang ambing ketika ini.

"Batalkan. Aku tak nak terlibat!"

Malas berlama-lama di bilik Tengku Fatma, Zeanissa tarik beg tangan di atas sofa. Sebelum dia hilang kawalan dari menampar wajah cantik Tengku Fatma, lebih baik dia angkat kaki.


********************************************************************************



DETAK jantung yang laju dari tadi sama laju dengan deruman keretanya. Kuat dia tekan pedal minyak untuk melampiaskan rasa marah. Marahnya itu sampai rasa terbeban. Kepalanya berlagu hebat dengan pelbagai andaian. Andaian yang memenatkan hingga sampai satu masa dia seperti tidak lagi mahu bernafas.

Masalah dan marah ini semuanya berpunca dari keputusan mengejut yang dilakukan oleh Kota Pualam. Semuanya harus dia turuti segala kehendak hingga dia terasa keputusannya tak pernah penting.

Reality show?

Bibirnya naik senyum hambar.

Tak ada kerja dia nak menayang diri depan kamera. Tak cukup itu, hal peribadi pula jadi tontonan umum. Dan yang pastinya apa yang bakal dia tayang tu bukan betul kisah hidupnya. Kisah yang dibuat-buat yang datangnya idea dari Tan SriAziz. Bapanya sendiri.

Kadangkala, dia tak sabar. Kadangkala dia tak mampu lagi menahan rasa yang menggunung hebat. Mahu dia pergi tinggalkan semuanya.

Dia marah bersebab. Dia marah ada punca. Kerana dia sentiasa fikirkan keselamatan zahra. Kalau reality show ini bakal meletup satu hari nanti, kedudukan Zahra dalam keluarga pasti akan dipersoalkan.

Dan kehidupan dia? Mana akan ada privasi selepas ini. 

ZEANISSAWhere stories live. Discover now