Luth & Orked Backstory

30 2 24
                                    

haluception series.

●●●

Macam mana Luth dengan Orked boleh kenal?

Sebab lif kolej rosak.

Dulu masa zaman belajar, Orked selalu terlambat sampai ke kolej sebab bas selalu skip asrama dia. Nak naik grab pula mahal.

Nak jadikan cerita, satu pagi tu Orked dah lambat sangat. Dia terpaksa naik grab ke kolej sebab kelas pertama pada pagi itu kelas dengan lecturer killer dia.

Orked dah berazam tak nak masuk ke dalam list buruk pensyarahnya yang satu itu. Jadi dia pun relakan sahaja duit grab.

"Eh, tunggu kejap! Tunggu kejaappp!" Dari jauh lagi Orked dah menjerit bila nampak pintu lif dah nak tertutup.

Orked pun apalagi, dia terus berlari pecut lah semata nak kejar lif tu je. Sebab Orked tahu kalau nak tunggu lif seterusnya nanti mesti lama.

"Haa... ya Allah nasib baik sempat..." Orked mampu tarik nafas lega sebaik sahaja dia berjaya masuk ke dalam lif atas bantuan orang yang berada di dalam lif itu.

"Weh thank you do tolong tahankan lif." Ucap Orked kepada lelaki berkemeja putih di sebelahnya itu.

"Hm, sama-sama."

Orked sempat kerling lelaki di sebelahnya itu sebelum menekan butang tingkat 5.

Segak. Helok betul paras wajahnya. Mesti pakwe orang ni, fikir Orked.

Keduanya hanya diam tanpa ada sebarang interaksi lagi. Sampailah tiba-tiba sahaja lampu dalam lif menjadi malap.

Orked dah mula rasa macam tak sedap hati.

"BUM!" Bunyi dentuman yang kuat buatkan Orked menjerit sebab terkejut. Ditambah lagi lif berhenti secara mendadak buatkan Orked hilang keseimbangan.

Tahu tahu sahaja Orked sudah terpeluk lelaki berkemeja putih itu.

"ASTAGHFIRULLAHHAL'AZIM!!!"

Orked terus menarik tubuhnya menjauh dari lelaki asing itu.

"Sorry sorry. Sumpah tak sengaja!" Dengan panik Orked mengucapkan kata maaf.

Risau pula Orked kalau-kalau lelaki itu fikir dia perempuan gatal atau apa.

"Kau okay tak?" Suara berat itu kedengaran lagi.

"Err, okay je. Okay okay."

"Cuba tekan butang dekat belakang kau tu. Rasanya lif ni stuck." Balas si lelaki itu lagi.

"Yang warna merah ni ke?"

"Haah yang tu."

Orked pun tekan butang yang disuruh. Tapi tiada sebarang respon.

"Aduh no response pulak." Lelaki itu mengeluh.

"Aduh kelas Madam Katty..." Orked gigit bawah bibir.

"Phone kau ada line tak?" Orked terkejut apabila lelaki itu tiba-tiba bersuara lagi.

Skrin telefon dilihatnya. Line internet dia jadi H+.

"Err H+." Balas Orked.

"Samalah. Aku pun E je ni ha." Lelaki itu mengeluh lagi.

"Duduk lah dulu. Nak tunggu orang selamatkan kita dari sini pun macam lambat je lagi." Lelaki itu terus duduk bersila di atas lantai lif.

Orked cuma berkerut dahi melihat lelaki itu yang selamba sahaja duduk di lantai begitu. Tapi akhirnya Orked pun duduk juga.

Semicolon; Light A FlameTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang