Biarkan Berlalu

135 7 0
                                    

Mungkin pernah suatu ketika,

Ada insan bernyawa telah menyakiti hatimu;

Menuduh; sehingga kau merasakan mereka itu tidak punya akal,

Menyebar; segala macam penyakit- sehingga persepsi "jijik" menyelubungi dirimu,

Mencaci; seperti binatang yang kekurangan akal- malah binatang juga kenal erti belas kasihan,

Kau marah,

Kau sentap,

Kau lara,

Biarkan saja.

"Biarkan?! Kenapa?!"

Ya, biarkan.

Kerana sekiranya engkau marah ianya tidak memberi kesan kepada mereka,

Marahnya engkau tidak akan mematikan mereka,

Tapi kau;

Hati kau akan mati,

Jadi biarkan ia berlalu pergi.

-sn-

LaraWhere stories live. Discover now