AKHIR [END]

201 4 0
                                    

2 Feb '16- Setelah sekian lama aku tidak menulis puisi disini, aku membuat keputusan untuk berhenti. Entah mengapa, banyak waktu yang telah ku ambil untuk menyendiri dan akhirnya aku sedar; aku tidak layak untuk bersedih, tiada hasil jika aku bersedih. Kerana aku perlu yakin, setiap kesedihan merupakan sebuah ujian. Setiap ujian punya jalan penyelesaian. Sampai bila? Sampai bila kita mahu tertekan? Sampai bila kita mahu melayan rasa sehingga emosi kita rosak, punah- sampai bila? Juga, aku perlu bersyukur kerana adanya mereka disisi. Aku mahu menyimpulkan segala anasir yang menghasut untuk aku jatuh dengan sebuah kekuatan yang tersepit di kisi hati aku. Terima kasih kerana sudi untuk membaca secebis Lara yang picisan ini. Dalam pada kau bersedih, jika kau sampai ke akhir bab ini, aku harap kau juga mampu. Mampu untuk meninggalkan lara-mu seperti aku. Salam akhir, dari pencetus lara.

SitiNorakasah

LaraWhere stories live. Discover now