Pucuk Rindu

146 2 0
                                    

Aku imbas halus memori kita. Namun, aku tidak mampu mengenang topik perbualan kita pada waktu itu. Kerana aku hanyut; hanyut dek keindahan yang kau pancarkan dari kedua mata hazelmu. Bersinarnya ia membuatkan jiwa yang sedang punah itu kembali menerima cahaya- pasca kelam berbulan lama. Ku tilik bibirmu yang terang bak merahnya delima dengan penuh puja. Jitunya sangkaanku suaramu memeluk hatiku serta menerkam kasih kerana terlalu merdu. Berbisik hatiku, "Indahnya ciptaanMu". Tergapai aku realiti, aku tersenyum sendiri. Kasih yang tersimpan di hati, mekar dengan subur dalam diri. Aku tidak percayakan diriku, kerana aku terlalu rindu. Membayangkan wajahmu saja, zahirnya aku terus terduduk dan tersimpul malu. Apatah lagi hatiku (?) Kugapai pena biru yang kau beri pada aku; dan aku utuskan sepucuk rindu. Biar menanti lama berminggu, engkau perlu tahu; gilanya aku rindu.

_akasah
23:02

LaraWhere stories live. Discover now