003

113 1 0
                                    

Bermula dengan hujan rintik-rintik, kerana hiba itu baru singgah. Berlari masa hujan pula mula renyai, seiring dengan mataku yang sudah berkaca. Sedu yang berbunyi melajukan lagi airmata aku yang mula mengalir. Peritnya hati menanggung derita. Bukan derita yang nyata. Bukan derita yang dipendam. Akan tetapi derita yang tidak mampu terluahkan. Ini bukan masalah sahabat, sama sekali bukan cinta apatah lagi keluarga. Cuma-- ini masalah antara salah satu tapi bukan mereka. Bagaimana? Engkau juga pusing bukan? Aku tahu. Ini sukar. Teramat. Kalau mata sudah menangis, hati sudah robek, kasih sudah terhakis. Berjalan aku melihat dunia dengan kekosongan, mengharapkan yang satu itu kembali biasa. Satu yang bukan antara mereka tetapi mereka.

_akasah

LaraWhere stories live. Discover now