☆Bab 1:Pengawal Peribadi diraja

950 106 20
                                    

Di sebuah kerajaan yang aman damai bernama Kerajaan Nusantri, para penduduk sibuk melakukan pekerjaan harian mereka berniaga di pasar, membuka kedai makan, menempa senjata atau baju besi buat para kesatria yang melindungi kerajaan pada setiap hari & waktu sementara penduduk yang tinggal di kawasan perkampungan sibuk bercucuk tanam, menternak, memburu & menenun kain atau songket.

Tidak jauh daripada kawasan perkampungan tersebut, terdapat sebuah rumah yang dihuni oleh seorang lelaki tua yang digelar dengan nama, Tok Aba yang dikenal sebagai pemilik kedai makan di kampung tersebut, bernama Kedai Kokotiam.

Tok Aba tinggal di rumah tersebut bersama seorang remaja muda bernama Ochobi & seorang lelaki muda bernama Gempa. Walaupun mereka tiada ikatan sedarah, mereka masih hidup sebagai satu keluarga yang bahagia.

"Ochobi, tolong kejutkan Gempa. Dah pagi ni. Budak tu memang takkan bangun selagi tak kejut. Maklumlah dia balik lewat malam semalam,"kata Tok Aba sambil membancuh minuman di kedai yang berada tidak jauh daripada rumahnya.

"Baik, Tok!"kata Ochobi sambil berlari pergi ke arah rumah.

Ketika ochobi memasuki sebuah bilik, dia melihat Gempa yang masih tidur nyenyak di atas katilnya lalu cuba mengejutkan Gempa bangun dari tidur.

"Gempa! Bangun! Berapa lama lagi kau nak tidur ni?!"bebel Ochobi sambil memandang Gempa.

"Umm, l..lima..lima minit lagi,"keluh Gempa yang masih mengantuk.

"Haih, dah pukul 8 pagi ni,"kata Ochobi.

"Hah?!! 9 pagi?!! Alamak!! Aku dah lambat!! Wargh?!"laung Gempa yang kelam-kabut bangun sehingga terjatuh dari katil.

"Gempa?! Kau ok tak?!"tanya Ochobi yang risau.

"Aku ok! Aku kena cepat pergi jumpa Hali! Mesti dia tengah tunggu aku sekarang!"kata Gempa yang bergegas ke arah almari & mencapai segala pakaian yang ingin dia pakai.

Setelah memakai bajunya, Gempa yang kelam-kabut terus saja berlari keluar daripada rumah sambil dikejar oleh Ochobi & dilihat oleh Tok Aba yang sedang mengurus pelanggan di kedai.

"Eh, Gempa! Tak nak makan sarapan dulu ke?!"laung Tok Aba.

"Dah lambat ni, Tok! Nanti jelah!! Gempa pergi kerja dulu!!!"sahut Gempa yang membalas laungan Tok Aba lalu menunggang kudanya menuju ke arah istana ke-2 kerajaan.

Di istana ke-2 kerajaan, Istana Andra..

Kelihatan Halilintar yang duduk seorang diri sedang menjamu sarapan pagi yang disediakan oleh pelayan istana sambil menantikan kedatangan seseorang di ruangan makan istana.

Tiba-tiba, pintu ruangan tersebut dibuka oleh Gempa yang tercungap-cungap kelelahan sehingga seketika membuat Halilintar terbangun dari kerusi kerana keadaannya yang sebegitu.

"Huh..huh..M..Maaf kerana patik telah terlambat, Tuanku,"kata Gempa yang tunduk hormat.

"Huh..Gempa, berapa kali aku nak kata? Kau tak perlu bersikap formal kalau kita berdua je dan apa dah jadi pada kau?"kata Halilintar sambil mendekati Gempa.

"Hahaha, aku cuma terlambat untuk jumpa kau seperti yang dijanjikan. Jadi, aku segera datang ke sini sebab tak nak buat kau menunggu,"kata Gempa sambil tersenyum.

"Aku tahu kau penat lepas buat misi malam semalam, Gempa. Aku tak kisah pun kalau kau datang lambat. Lagipun, aku panggil kau ke sini cuma untuk bercakap dengan kau sebagai orang lain,"kata Halilintar sambil duduk di kerusinya semula.

Tiba-tiba, perut Gempa berkeroncong kerana lapar & keadaan itu seketika membuatkan insan tersebut hanya menundukkan kepalanya ke bawah menahan malu.

"Kau belum makan lagi ya? Pelayan, bawa makanan lebih kali ni,"arah Halilintar.

"Baiklah, Tuanku,"kata pelayan lalu membawakan beberapa makanan lalu menghidangkannya.

"Silakan tinggalkan kami berdua di sini,"arah Halilintar.

Kesemua pelayan terus keluar dari ruangan tersebut meninggalkan mereka berdua di sana.

"Jom makan bersama. Aku tahu kau lapar,"kata Halilintar sambil makan.

"T.. Terima kasih, Hali. Yang lain sah makan ke?"tanya Gempa yang duduk di kerusi bersebelahan Halilintar.

"Ya, mereka dah makan lebih awal daripada aku & pergi buat hal masing-masing,"kata Halilintar.

Gempa hanya mengangguk lalu makan bersama Halilintar. Sementara itu di ruangan lain, kelihatan Putera ke-3 iaitu, Taufan yang sedang sibuk menyiapkan kertas kerjanya.

 Sementara itu di ruangan lain, kelihatan Putera ke-3 iaitu, Taufan yang sedang sibuk menyiapkan kertas kerjanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Huh...apa ni? Apa semua ni?"keluh Taufan yang sudah penat menghadap kesemua kertas kerja tersebut.

"Ufan!! Jom pergi berlatih!"laung Putera ke-6, Duri yang masuk ke dalam bilik tersebut.

"Marilah berlatih bersama!"kata Putera ke-4, Blaze yang turut serta mengajar Taufan.

"Ala, kertas kerja ni tak siap lagi,"kata Taufan yang sedih.

"Kertas kerja tu nanti pun boleh buat! Jom pergi berlatih dulu!"kata Blaze yang terus mengheret Taufan keluar daripada ruangan itu.

"Eh?! Blaze?! Nantilah dulu!"kata Taufan yang terus diheret keluar daripada situ.

"Yeay!!! Berlatih dengan Ufan & Aze!"laung Duri yang teruja sambil mengikuti mereka berdua di belakang.

Putera ke-7 atau Putera bongsu, Solar yang kebetulan melalui kawasan itu hanya melihat ketiga orang abangnya itu sambil menghelakan nafas.

"Huh, asyik nak berlatih je. Kertas kerja pun penting jugak. Patutnya dah besar macam tu dah kena serius buat kerja,"kata Solar sambil menggelengkan kepalanya.

"Biarkan sahaja mereka, Solar. Mereka pun masih remaja muda seperti kamu. Tak boleh terkurung dalam istana & bilik selalu jugak buat kerja,"kata Putera ke-5, Ais yang kebetulan baru ingin keluar membuat rondaan bersama pasukannya.

"Abang Ais, mereka seperti perlu bersikap matang kalau nak jadi pemerintah yang bagus. Mereka kena fokus pada kertas kerja juga & bukannya main-main macam tu,"kata Solar yang tidak puas hati dengan kata-kata Ais.

"Solar, suatu hari nanti kamu akan faham. Menjadi pemimpin yang bagus bukannya hanya fokus pada menjaga kerajaan & kertas kerja je tapi kepada kebahagiaan orang lain serta penduduk kita. Semua orang ada cara mereka sendiri untuk menjadi pemerintah & ketua yang baik. Jadi, jangan terlalu memaksa diri kamu juga ya,"kata Ais sambil mengusap-usap kepala Solar lalu berjalan pergi.

Solar yang terdiam mulai berfikir sejenak sambil berjalan menuju ke perpustakaan istana lalu duduk di situ.

"Hmm, Abang Ais patutnya kena ingat macam mana Ayahanda & bonda duduk kita. Abang lupa ke betapa terpaksanya diri kita waktu kecil dulu untuk jadi putera yang terbaik seperti sekarang,"kata Solar yang sebelum membelek-belek beberapa buah buku untuk menyambung ulangkaji.

Bersambung....

Kisah 7 PuteraWhere stories live. Discover now