Gempa hanya memandang sang wanita berkelas permaisuri itu tanpa mampu berkata apa-apa sambil cuba mengawal perasaannya yang mulai bercampur-baur.
"Hahaha, siapa sangka orang terbuang macam kau dapat bekerja dengan pangkat setinggi ni. Beta pasti Hali terlalu kasihan pada kau. Sungguh menyedihkan sekali,"kata Alisa sambil tersenyum sinis.
"Yang m-mulia, hamba hanya menjalankan tugas di sini & sama sekali..tidak ingin mencari masalah. Hamba telah menerima takdir yang terjadi,"kata Gempa yang mulai sedikit berani berkata-kata.
"Cis, berani kau melawa beta ya! Kau patut sedar siapa yang lebih tinggi di sini,"kata Alisa yang tidak berpuas hati untuk menganggu Gempa.
"Maafkan hamba, Yang mulia. Hamba cuma mengatakan hal yang sebenar memandangkan kita masing-masing telah dewasa & matang terutamanya Yang mulia yang sudah separuh umur sekarang,"kata Gempa yang sedikit keterlaluan & geram tapi masih cuba bercakap dengan lembut serta sopan.
"Berani betul! Beta bukannya orang tua dimata kau!! Beta masih cantik & elegen! Jangan berani kau hina beta!"marah Alisa yang sedikit tersinggung dengan kata-kata Gempa.
Tiba-tiba, seorang lelaki datang mendekati mereka & mulai membentak dengan marahnya.
"Siapa yang bising-bising di istana beta ni?!"bentak Sultan Fahrim.
Gempa yang mendengar bentakan Sang sultan terus terkaku seolah-olah diselubungi oleh ketakutan yang tidak mampu dikatakan.
"Oh, kanda~ orang buangan ni menghina & melawan adinda! Sungguh biadap sekali,"kata Alisa yang mulai berdrama seolah-olah dia adalah mangsa di situ.
"Tu-Tuanku, h-hamba boleh terangk-"belum sempat Gempa cuba menerangkan hal sebenar, Sultan Fahrim terus sahaja menampar Gempa.
Tamparan itu sangatlah kuat sehingga Gempa hampir terjatuh namun masih cuba memaksa dirinya untuk berdiri di hadapan sang sultan sambil memegang pipi serta bahagian wajahnya yang terasa pedih terkena tamparan itu.
"Keluar kau dari istana ni!!! Beta tak mahu tengok lagi muka orang buangan seperti kau!! Kau cumalah sampah yang tak berguna di sini! Kau bertuah kerana anak beta masih ada belas kasihan pada manusia tak bersyukur macam kau!!"bentak Sultan Fahrim lagi.
Halilintar yang baru sahaja tiba sama sekali tidak sempat menghalang sang ayahanda daripada melakukan sesuatu pada Gempa & itu membuatkan dirinya hanya mampu melihat hal itu terjadi sebelum menghalang Sultan Fahrim daripada memukul Gempa.
"Ayahanda! Hentikan! Jangan apa-apa kan Pengawal Hali!"marah Halilintar yang cuba mempertahankan Gempa.
"Anakanda, Halilintar. Kamu dah buat kesilapan ambil sampah ni jadi pengawal anakanda & adik-adik kamu! Buang dia & gantikan dengan orang lain!"kata Sultan Fahrim yang mempertahankan Alisa.
"Ayahanda tak berhak untuk arahkan Hali untuk tukar Gempa dengan orang lain! Kita dah buat perjanjian tentang ni. Sepatutnya ayahanda kena bersikap adil & bukannya pertahanan perempuan tu je!!"marah Halilintar.
"Huh, dasar degil! Buat sajalah apa anakanda mahu! Yang penting jangan bawanya ke sini lagi!!"marah Sultan Fahrim yang berjalan pergi meninggalkan mereka.
"Kanda! Tunggu adinda!"kata Alisa yang terus mengikuti Sultan Fahrim.
"Cih, aku benci perempuan tak guna tu,"kata Halilintar yang memegang kepalanya yang terasa sakit kerana stres sebelum dirinya terpegun melihat keadaan Gempa.
"H-Hali, k-kau ok?"tanya Gempa yang sedang menutup mulutnya yang mulai menitiskan darah namun masih mementingkan keadaan Halilintar.
"Gempa?! Kau patut risau tentang diri kau dulu bukannya aku! Mari pulang ke istana sekarang! Lihatlah keadaan kau ni!!"kata Halilintar yang menutup mulut Gempa dengan sapu tangan miliknya sebelum membawa Gempa pergi ke kereta kuda.
Ketika menuruni tangga diluar istana, Gempa merasakan seolah-olah perutnya seperti ditikam sehingga menyebabkan dirinya merasakan kesakitan yang amat sangat & memegang perutnya itu sebelum berakhir terjatuh tidak berdaya dihadapan kereta kuda.
"Urghhh...Hu-h..H-Hali...s..sakit...sa..sakit..ughh...u..uhuk...s..saki..t.."ucap Gempa yang tanpa henti mengatakan sakit kerana apa yang dirasai di bahagian perutnya.
"Bertahan Gempa! Aku ada kat sini!"kata Halilintar yang cuba membantu Gempa.
"Ughh..H-Hali..."kata Gempa yang menggenggam tangan Halilintar sambil menahan rasa sakit.
"Pengawal!!! Tolong bantu dia masuk ke dalam kereta kuda!!"laung Halilintar kepada pengawal yang lain.
Di kediaman Keluarga Bangsawan Masrina....
Kelihatan Yaya sedang sibuk menyusun nota tentang kajian ubatan herba di dalam fail sementara sang Selayang membancuh teh buatnya.
"Miss Yaya, hamba telah buatkan teh,"kata Ying yang baru selesai menuangkan teh ke dalam cawan.
"Terima kasih, Ying. Marilah duduk minum bersama,"kata Yaya yang mengajak Ying.
Ying yang sudah mengenali diri Yaya tanpa segan duduk bersamanya. Walaupun mereka memiliki pangkat kelas sosial yang berbeza, persahabatan mereka tidak pernah mementingkan hal itu sama sekali selama mereka hanya berada berdua di situ.
"Ying, maaflah kalau aku nak kata tapi aku rasa macam tak sedap hati je. Macam ada sesuatu yang terjadi,"kata Yaya sambil memegang dadanya.
"Kenapa ni, Miss Yaya? Ada sesuatu yang mengganggu ke?"tanya Ying.
"Tidak, tapi mungkin cuma perasaan aku saja,"kata Yaya lalu menghirup teh miliknya.
Tiba-tiba seorang pelayan menyerbu masuk sambil membawakan surat dalam keadaan yang tercungap-cungap seolah-olah ada sesuatu yang terjadi.
"Huh.. huh..Miss Yaya, ada surat yang dikirimkan oleh Tuan Putera Halilintar daripada Istana Andra! Surat kecemasan yang meminta Miss untuk pergi ke sana sekarang!"kata sang pelayan.
"Huh?! Apa dah jadi?!"tanya Yaya yang terkejut sehingga terbangun daripada tempat duduknya.
"Tuan Putera Halilintar, ada menyatakan seorang pengawal sedang sakit & memerlukan bantuan dengan segera!"jawab Pelayan.
"Ying! Cepat kemas barang-barang! Kita akan berangkat ke Istana Andra sekarang!"arah Yaya.
Di Istana Andra....
Gempa yang terbaring di atas katil hanya mampu mengerang kesakitan menahan rasa sakit yang menderita itu sementara Halilintar cuba sedaya-upaya untuk menenangkan Gempa sambil diperhatikan serta dibantu oleh Putera-putera yang lain.
"Bertahanlah, Yaya akan datang ke sini,"kata Halilintar.
"Macam mana keadaan dia boleh separah ni?"tanya Taufan yang risau.
"Tahan sikit ya, Gemgem. Yaya akan datang kejap je lagi. Duri tahu Gemgem kuat,"kata Duri sambil mengusap-usap kepala Gempa.
"Jangan mati, Gempa! Aku belum sempat cabar kau lawan pedang lagi!"kata Blaze sebelum di ketuk dengan buku oleh Solar
"Diamlah! Ini bukan waktunya untuk kau cakap benda merepek!"marah Solar.
Ais hanya diam sambil memerhatikan mereka begitu juga dengan Solar yang hanya mampu risau & tidak tahu mahu berbuat apa untuk membantu Gempa.
Walaupun Gempa cumalah pengawal peribadi mereka, para Putera tetap menyayangi dirinya kerana sifatnya yang penyabar dalam menjaga mereka semua serta seseorang yang memahami diri mereka masing-masing sehingga mewujudkan hubungan yang erat sesama mereka.
BERSAMBUNG...
YOU ARE READING
Kisah 7 Putera
FanfictionMengisahkan tentang 7 orang putera Kerajaan Nusantri yang mempunyai haluan & kisah hidup tersendiri. Namun salah seorang daripada putera kerajaan tersebut telah hilang tanpa diketahui oleh yang lain.. Gempa, seorang pahlawan & pengawal peribadi dira...