Setelah menjamu selera, Halilintar bangun dari kerusinya & berjalan pergi ke luar istana untuk melihat keadaan padang rumput luas di belakang Istana.
"HAHAHA!!! Kau takkan menang!!!"kata Blaze sambil ketawa & menyerang Taufan.
Taufan yang mendapatkan kesempatan itu terus saja mengelak serangan Blaze lalu menendang Blaze.
"Lawan! Lawan!! Blaze & Taufan hebat!!!"laung Duri yang bersorak menyokong mereka berdua tanpa memilih mana-mana pihak.
"Hahaha, mereka memang tak pernah berubah sejak dari dulu,"kata Gempa yang tertawa kecil melihat gelagat ketiga putera tersebut.
Halilintar hanya mampu tersenyum kelat setelah melihat keadaan itu memandangkan dirinya tidak mahu merosakkan suasana hati rindu Gempa yang sedang diubati itu.
"Temankan aku kejap. Ini waktu pemeriksaan aku dengan doktor,"kata Halilintar.
Gempa hanya mengangguk lalu menemani Halilintar.
Di sebuah bilik...
Ketika mereka masuk ke dalam bilik tersebut, kelihatan seorang wanita bangsawan yang cantik sedang sibuk membaca sesuatu sambil menyelongkar begnya sebelum dirinya menyedari kehadiran Halilintar & Gempa.
"Telah lama saya menantikan kedatangan Tuanku,"kata Yaya sambil tunduk hormat.
"Yaya? Beta tidak sangka kamu telah datang rupanya,"Kata Halilintar yang terus duduk di atas katilnya.
"Sudah semestinya Patik datang, Tuanku. Ini sudah menjadi kewajipan patik untuk terus datang memeriksa Tuanku setiap minggu. Jadi, izinkan patik memeriksa keadaan Tuanku ya,"kata Yaya sambil tersenyum.
Setelah mendapat keizinan, Yaya tanpa melengahkan masa, terus memeriksa badan Halilintar sambil mencatat beberapa perkara ke dalam bukunya sambil diawasi oleh Gempa.
"Nampaknya keadaan Tuanku semakin membaik tapi Tuanku tetap perlu menjaga pemakanan & rehat secukupnya supaya tidak kerap jatuh sakit,"kata Yaya.
"Yaya, bolehkah kamu memeriksa pengawal peribadi beta juga?"tanya Halilintar sehingga seketika membuat Gempa terkejut.
"Menjunjung perintah, Tuanku. Patik akan periksa keadaan Gempa sebentar lagi,"kata Yaya yang siap melaksanakan perintah Halilintar.
"Maafkan hamba, tapi Tuanku... keadaan hamba tidak penting. Jadi, Tuanku tidak perlu risau.."kata Gempa yang kurang setuju.
"Tidak kira, beta tetap mahu kamu diperiksa. Jangan melawan perintah beta,"kata Halilintar dengan dingin.
"Hm...baik, Tuanku. Hamba menjunjung perintahnya,"kata Gempa yang terpaksa akur.
Sekarang merupakan giliran Gempa untuk diperiksa oleh Yaya sementara Halilintar hanya memerhatikan mereka.
"Nampak seperti ada beberapa bahagian badan yang terluka tapi tidak terlalu parah dibahagian lengan. Tapi luka seperti ini harus dibersihkan & dibalut dengan rapi. Adakah Gempa tercedera ketika menjalankan misi?"tanya Yaya sambil membersihkan luka Gempa.
YOU ARE READING
Kisah 7 Putera
FanfictionMengisahkan tentang 7 orang putera Kerajaan Nusantri yang mempunyai haluan & kisah hidup tersendiri. Namun salah seorang daripada putera kerajaan tersebut telah hilang tanpa diketahui oleh yang lain.. Gempa, seorang pahlawan & pengawal peribadi dira...