Pada suatu malam di Istana Andra...
Gempa yang tersedar membuka matanya & masih belum menyedari dirinya sedang terbaring di atas sebuah katil yang besar & hanya mereka rasa tilam katil paling empuk yang tidak pernah dirinya rasai selama ini.
"Uughh....mana?..D-Di mana ni? Aku..tak pernah ingat pun...katil aku..empuk selesa macam ni.."kata Gempa perlahan dalam keadaan yang masih separuh sedar.
"Gempa! Awak dah sedar akhirnya. Alhamdulillah, baguslah,"kata Yaya yang sedang duduk di kerusi bersebelahan katil Gempa.
"Suara tu...M-Miss Yaya?"tanya Gempa sebelum mengalihkan pandangannya ke arah Yaya.
"Ya, Miss Yaya di sini. Awak baru je terbangun daripada pengsan, Gempa,"kata Yaya.
"P-Pengsan? Apa..maksud Miss Yaya? Apa..dah jadi?"tanya Gempa yang tidak ingat apa-apa.
Yaya yang menyedari hal itu mulai menceritakan apa yang terjadi..
Imbas kembali...
Gempa yang terbaring di atas katil hanya mampu mengerang kesakitan menahan rasa sakit yang menderita itu sementara Halilintar cuba sedaya-upaya untuk menenangkan Gempa sambil diperhatikan serta dibantu oleh Putera-putera yang lain.
"Bertahanlah, Yaya akan datang ke sini,"kata Halilintar.
"Macam mana keadaan dia boleh separah ni?"tanya Taufan yang risau.
"Tahan sikit ya, Gemgem. Yaya akan datang kejap je lagi. Duri tahu Gemgem kuat,"kata Duri sambil mengusap-usap kepala Gempa.
"Jangan mati, Gempa! Aku belum sempat cabar kau lawan pedang lagi!"kata Blaze sebelum di ketuk dengan buku oleh Solar
"Diamlah! Ini bukan waktunya untuk kau cakap benda merepek!"marah Solar.
Ais hanya diam sambil memerhatikan mereka begitu juga dengan Solar yang hanya mampu risau & tidak tahu mahu berbuat apa untuk membantu Gempa.
Setelah sejam menunggu, Yaya & Ying akhirnya tiba untuk membantu mereka. Yaya tanpa melengahkan masa terus bertindak pantas memberikan bantuan kepada Gempa.
"Bertahanlah Gempa! Saya ada di sini!"kata Yaya yang menggunakan kuasa penyembuhan miliknya untuk mengurangkan rasa sakit Gempa.
Perlahan-lahan, rasa sakit yang dirasai Gempa mulai mereda yang seketika membuatkan sang jejaka itu mulai bertenang namun masih dalam keadaan yang lemah.
"Sekurang-kurangnya, ini dapat kurangkan rasa sakitnya buat sementara waktu,"kata Yaya.
"Adakah dia akan baik-baik saja, Miss Yaya?"tanya Duri yang risau.
"Jangan risau, patik rasa dia akan membaik, Tuan Putera Duri,"kata Yaya sambil memeriksa Gempa.
"Huh, baguslah kalau begitu,"kata Halilintar yang sedikit lega.
YOU ARE READING
Kisah 7 Putera
FanfictionMengisahkan tentang 7 orang putera Kerajaan Nusantri yang mempunyai haluan & kisah hidup tersendiri. Namun salah seorang daripada putera kerajaan tersebut telah hilang tanpa diketahui oleh yang lain.. Gempa, seorang pahlawan & pengawal peribadi dira...