01

153 18 1
                                    

"Hang tak lapaq ka Sen?" Petikkan gitar langsung mati

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Hang tak lapaq ka Sen?" Petikkan gitar langsung mati. Aku alihkan kepala melihat Kei yang sedang baring sambil tangannya mengusap perut. Dia yang lapar padahal tapi dia tanya soalan tu dekat aku pulak? Malas mahu membalas soalannya itu, aku pusing volum speaker ke arah maksimum dan petik tali gitar elektrik sekuat mungkin.

Keilan lantas bangun daripada perbaringannya. Dia menekup kedua belah tangan pada telinga tanda kelakuan aku itu mendatangkan kebingitan kepadanya, "tak kelakar syi*l Sen!"

Pap! Lantas bunyi bingit itu mati. Serentak kami berdua menoleh ke arah suiz yang berada berhampiran pintu, Bakara baru sahaja matikan suiz speaker dan berjalan masuk bersama satu plastik di tangannya.

"Aku bawak roti jala dok!" Teriaknya penuh bangga, plastik tersebut diletakkan bersebelahan Keilan dan dia duduk bersila di bawah sofa yang Kei sedang baring, "jom main T, aku beli daun dah, 6 ringgit tahu?"

"What the fu*k? 6 ringgit? Kau beli dekat mana siot? Kalau dekat tempat aku boleh dapat 3 kotak dengan harga tu." Aku letak gitar ke tepi sambil mulut masih membebel-bebel,

"Aku beli dekat KK Mart, kedai Acheh kat sini takde jual daun terup ah." Bakara keluarkan satu kotak daun terup yang dia baru beli, kotak tersebut diketuk-ketuk terlebih dahulu seperti kotak rokok,

"Amende kedai Acheh tak ada jual daun?" Soal aku serius, pertama kali tahu aku pergi kedai Acheh dan kedai tu tak ada jual daun terup? Ini macam melanggar typical kedai Acheh!

"Bapak sceptical nya hang? Dahtu asal Acheh aje berjudi?" Sudah mula Keilan dengan perangai bodo dia, mamat tersebut tunjuk muka serius sambil mengunyah roti jala. Aku cuma lepaskan keluhan malas dan sambung borak bersama Bakara,

"Tapi kau kenapa out of no where beli roti jala?"

"Entahnya Bak? Orang waktu malam ni beli lah burger ke. Ini roti jala? Hang nak bagi atok hang makan boleh ah." Tambah Keilan walaupun dia sudah telan dua gulung roti tersebut, aku duduk bersila bersebelahan mereka berdua yang sudah sedia duduk dalam satu bulatan,

Bakara tenang sambil leka cong daun terup yang baru sahaja dibelinya tadi, "eh kira okey lah aku belikan kau makanan daripada si Sen ni?"

"Ye dok Sen, tak braders siot kau." Aku pulak yang salah dalam hal ni? Malas aku mahu berlawan mulut dengan mamat-mamat ni semua. Lebih baik aku gunakan mulut aku untuk melantak roti jala.

"Anyways, aku ada teori baru weh hangpa."

Aku meraup wajah, ahhhhh! Sakit otak aku tiap kali si mamat Keilan ni buka mulut, dia punya analisis tu dah lah serupa nak buat satu thesis, "apa lagi kali ni Comot?"

"Fak man! Aku hampir lupa dengan nama tu." Dia serabutkan rambutnya, menunjukkan betapa pasrahnya dia dengan panggilan itu,

"Haah lah! Comot, apa teori kau?"

Sebelum kita bergerak ke topik yang lebih berat, mesti korang terfikir; macam mana aku boleh ada dekat situasi ni? Macam mana aku boleh tersangkut duduk melepak dengan dua ketul jantan tak siap ni? Cerita dia macam ni,

Bermula pada tahun 1986,

Sebelum tahun 1987,

Dan selepas tahun 1985.

Okay, bermula dengan hari pertama aku jejakkan kaki di Achiever Highschool ini. Hari yang boleh aku klasifikasikan sebagai hari kejatuhan...Nur Senja.


╭──────────────────────────────
╰──➤ ✎*ೃ [hari pertama persekolahan]


Hari pertama, kami perlu berkumpul beramai-ramai ikut kelas dan aliran. Kami berkumpul di dewan utama, aku agak terkejut tengok dewan ni sebab besar gila nak mati. Tapi paling aku terkejut adalah melihat penampilan pelajar yang ada di sini lah. Semuanya gaya tak seperti pelajar sekolah.

"Hai semua saya Keilansyah boleh panggil Keilan, before this saya dari sekolah menengah biasa dekat Pineng. Salam perkenalan." Suara lelaki bersama dialek utara yang pekat menarik perhatian aku. Oh, aku rasa aku kenal dia. Mamat ni sama-sama ada dengan aku waktu interview kelmarin. To be honest, aku rasa dia ada potensi tinggi untuk jadi seorang pemimpin dengan gaya dia bercakap dan bawa diri di ke depan.

"Salam semua, aku Tengku Khazin. Salam kenal." Seorang lagi budak lelaki perkenalkan diri. Pandang aje dia, aku dapat rasakan yang aku tak akan suka dia. Muka dia annoying dan dia bawa satu negatif vibe yang kuat gila. Tapi, orang sekeliling semua puji memuji dia. Siapa dia ni?

"Oh, dia ni ke influencer tu?" Aku terdengar perbualan kumpulan perempuan yang sedang berbual di sebelah aku ini, "patutlah macam pernah nampak!"

Sekali lagi aku curi-curi pandang, mereka sedang buka profile lelaki tersebut. Oh, boleh tahan famous. Dia ada 100 ribu lebih followers jugak. Balik ni akan aku stalk dengan lebih mendalam.


╭──────────────────────────────
╰──➤ ✎*ೃ [selesai orientasi]


Selesai orientasi, kami pulang ke kolej. Apa yang aku tahu, dekat sekolah ni ada dua kolej iaitu Pluto and Jupiter. Aku ditempatkan di kolej Jupiter. Pada awalnya aku fikirkan, kolej dibahagi ikut kelas atau aliran. Tapi tidak, pembahagian kolej agak random dan benda paling bala ialah,

Aku satu kolej dengan Khazin.

Mungkin silap aku lah terlalu tak suka dia sangat sampaikan aku ditakdirkan untuk duduk dekat dengan dia. Apa yang aku harapkan cumalah semua ni berjalan dengan lancar.

Itu je lah kot, aku ni siapa je nak berharap lebih?

RebelliousWhere stories live. Discover now