Pemilihan ketua kelas, pada awalnya aku fikirkan Keilan akan menang celah gigi je benda ni. Dia pun nampak yakin kalau jadi ketua kelas. Tapi, tanggapan aku salah sepenuhnya salah. Ada seorang lagi budak yang ada potensi macam dia. Tapi kalau ikutkan aku, budak tu punya potensi lagi besar daripada Keilan sendiri. Tengoklah? Belum mula apa-apa lagi guru-guru dah suka dia.
Mahu dipendekkan cerita, budak lelaki tu nama...Zamrin.
Zamrin claim yang dia banyak join sukarelawan dan aktiviti-aktiviti luar. Dia dekat Jupiter pun boleh tahan aktif. Betullah agaknya sebab aku selalu nampak dia bersuara di dalam group new intake Jupiter. Dia menang tanpa bertanding macam tu je. Tapi no wonder lah, dia pun nampak macam orang yang boleh buat kerja.
"Kamu ni kenapa bah? Kamu boleh diam tidak?" Ada sorang budak sabah ni, boleh tahan bising jugak tapi bagi aku bising dia boleh diterima. Dia pun nampak macam ada potensi besar untuk jadi seorang ketua. Seharian kelas ni, Khazin tak habis-habis kacau dia. Walaupun bukan aku yang diganggu, aku turut terganggu dengan dia punya perangai. Dia typical lelaki yang akan bodyshame orang dengan harapan orang fikir dia kelakar.
"Sis slayy! Aku ada tea!" Batu datang mengisi kekosongan di meja sebelah aku. Sengaja aku biarkan meja aku kosong. Kami duduk berpasangan dua-dua. Ramai je lagi meja yang kosong, aku bukanlah loner sangat okay?
"Apa dia?"
"You know what? You know what?" Teruja betul nadanya ingin bercerita, "tadi aku tolong cikgu ambik nombor matriks untuk buat group teams tu kan?" Aku angguk kepala, memang tadi perempuan ni sibuk pusing satu kelas minta nombor matriks semua orang, "sampai je dekat Khazin, nombor matriks dia tak boleh guna babe."
"Maksud kau tak boleh guna?" Batu jungkit bahu,
"Dia tulis dekat situ matric number not available."
"System down kot?"
Laju dia gelengkan kepala untuk menidakkan jawapan aku itu, "kenapa satu kelas boleh log in sampai dia tak boleh? Specific pulak tu, Tengku Khazin adik kepada timbalan pengetua. Oh?! Kau tak baca ke news dekat confession?"
"Aku malas ambik tahu kah weh," haruslah aku menipu, "tapi ada je baca gitu-gitu je."
"Aku rasalah weh, dia masuk ikut abang dia. Kalau cakap dia tu second intake. Minggu depan baru second intake masuk."
"Oh kita ada second intake?"
"Haah, kau tak tahu?"
╭──────────────────────────────
╰──➤ ✎*ೃ [Kemasukkan Second Intake]Harini aku pilih untuk pergi kelas awal sedikit. Tapi duduk Jupiter ni agak menyusahkan lah sebabnya bangunan aliran aku dekat lagi kalau duduk Pluto.
YOU ARE READING
Rebellious
Teen FictionTentang kita yang menentang mereka. [Ini kisah Senja, Keilan dan Bakara tiga sekawan yang berbeza latarbelakang dan tujuan kehidupan. Perbezaan mereka membawa ke arah satu persamaan, iaitu mereka tidak mahu jadi anjing. Akan tetapi, mereka hidup di...