05

89 10 3
                                    

Okay penumbuk aku rupanya tak slow

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Okay penumbuk aku rupanya tak slow.

Tadi aku berselisih dengan sorang lelaki yang muka dia bengkak habis. Aku sure itu mamat yang aku tumbuk semalam sebab ketinggian dengan suara mereka agak sama. Bila dia nampak sahaja aku, terus muka dia berubah tiada riaksi.

Paling memecahkan kepala, lelaki tu rupa-rupanya ketua pelajar Kolej Jupiter. Macam mana ketua pelajar pun boleh terfikir nak buat benda bebal macam tu dekat student? Itu bukan kiranya sama macam ragging ke?

"Hi Senja!" Noah tegur aku dari jauh. Aku cuma balas lambaiannya itu dengan bersahaja. Dua tiga hari ni aku mula berkawan dengan dia. Mungkin sebab kami satu kelas agaknya, "jom makan weh. Aku sumpah lapar."

"Engkau bila aje tak lapar?" Soal aku bersama nada bergurau, mamat Noah ni kurus keding tapi kalau sekali melantak dua pinggan tak lari. Aku ada juga tanya dia yang keluarga dia ada bela saka atau dialah saka keluarga, tapi jawapan dia bahawa dia tak pasti. Pertama kali aku makan dengan dia pun aku dah terkejut, nasi yang dia ambil bukan main berbukit lagi tingginya.

"Excuse me sis, aku tak makan dari pagi tahu?" Oh ya, sejak kami dah bertambah rapat, Noah dah tak guna panggilan I-U dengan aku. Adakah sebab dia fikir aku terlalu kampung untuk semua ni? Agaknya, "tapi member aku ikut sekalilah. Kau okay je ke?"

"Siapa member kau?"

"Weh Noah! Aku cari kau dari tadi sibat!" Suara bingit itu menyapa telinga. Ahhh! Aku dah letak pada impian hari Rabu aku (hari ini) untuk tak terserempak dengan mamat ni! Khazin memeluk bahu Noah yang lebih tinggi darinya itu. Meninjit kaki lelaki mulut becok itu sedikit,

"Eh Senja? Kau okay? Aku dah tahu dah siapa punya kerja malam tadi. Kau tak payah risau lah eh? Benda kecik je tu." Aku seakan terkesima seketika, kening sebelah kanan terjungkit memberi riaksi 'apa?' Kerana aku betul betul tak faham, apa yang dia borakkan. Tak akan pagi pagi dah khayal?

"Pasal semalam tu? Benda kecik je weh, itu benda biasa je. Memang patutpun diorang buat macam tu sebabnya itu satu kepentingan gak." Bukan ke semalam bukan main lagi dia mengamuk bila dengar benda ni? Aku rasa aku dah totally selamat bila Khazin side aku. Kenapa out of no where dia berubah side macam ni sekali? "Lepas ni kalau ada apa-apa kau ikut je Senja, benda tu penting. Lagi-lagi kalau kau nak stay kolej lah."

"Eh, aku caw dulu. Nak benda nak settle. Noah, kau makan ah dengan Khazin." Sakit hati aku mahu dengar borak lelaki otak tiga suku itu, aku minta izin untuk beredar. Jadi dia nak cakap aku layak diperlakukan macam budak-budak bodo malam tadi? Apa masalah dia sebenarnya siot? Otak aku macam hilang sekejap lepas dengar dia punya borak tadi.

Sekarang aku ada tiga jam masa free sebelum kelas petang bermula. Aku semestinya taknak pergi cafe sebab jantan otak tiga suku tu ada dekat situ. Tambahan lagi aku masih tak ada kawan yang boleh aku duduk melepak sepanjang tiga jam. Jadi?

RebelliousWhere stories live. Discover now