Seminggu telah berlalu, aku dapat kalsifikasikan sekolah ni sebagai separuh best. Mungkin kerana aku masih tak nampak apa yang best dekat sini. Aku baru ada total 3 orang kawan. Itupun roommate aku sorang dan kawan random sorang lagi yang aku buat waktu orientasi. Aku cuba trick bagi gula-gula untuk buat kawan, tapi ramai orang tolak pelawaan gula-gula aku. Kawan dekat kelas masih tak ada lagi.
Kolej aku ni tak banyak budak yang satu aliran dengan aku. Lebih banyak budak budak aliran sains tulen, agama dan aviation. Ke bilangan sains sosial sikit? Itu aku belum pasti lagi.
"Hi, Senja kan?" Lamunan aku mati bila aku ditegur oleh seseorang. Aku cabut sebelah earphone yang sedang ligat bermain lagu Evaluasi daripada Hindia itu untuk memberi perhatian sepenuhnya terhadap perbualan. Seorang lelaki tinggi lampai tanpa meminta izin duduk di sebelah aku, "nama I Noah, kita satu kelas."
"Oh, hi Noah. By the way aku tengah tunggu grab nak keluar ni. Kau buat apa dekat sini?" Tidak mahu dia kekal melepak dengan aku, pantas aku beritahu niat mengapa aku di sini.
"Oh, I nak pergi Pluto. Keilan ajak I lepak. You kenal Keilan kan?" Noah ni personality dia soft boy. Typical lelaki yang akan jadi kawan para perempuan. Aku tak terkejut kalau dia come out yang dia cakap dia suka lelaki. Cara dia bercakap sekarangpun more to professional talking sebenarnya bukannya macam lelaki lembut yang dilabel sotong tu pun.
"Mamat Pineng tu kan? Kenal macam tu je lah, kitorang dulu saing masa interview." Keningnya terjungkit sebelah membawa riaksi muka pelik,
"Saing?"
"Sekali."
"Oh...sorry do first time dengar. By the way, you main gitar?" Matanya melekat pada gitar elektrik yang aku letak di sebelah tempat duduk. Aku cuma angguk,
"Haah, ni keluar nak pergi jamming dengan member ah."
"Stail doh you. Okaylah, have a safe journey. I pun nak gerak dulu. Bye!" Dia berlalu pergi. Aku balas lambaiannya sambil mata mengekori dia hingga hilang daripada pandangan. Kalau sekali pandang, dia nampak macam golongan spoiled brats yang suka habiskan duit mak bapak. Tapi biarlah, itukan masalah dia bukannya masalah aku.
'Tengku Khazin adik Timbalan Pengetua sekolah?!'
Amboi, headline confession Achiever High bukan main menarik perhatian. Laju tangan aku menekan notifikasi yang muncul tadi. Confession tersebut mengandungi puluhan balasan dan reaksi. Tapi aku tak terkejutpun dengan semua benda ni sebab aku dah siap-siap stalk benda ni waktu minggu orientasi lagi.
Ada banyak benda yang aku tahu pasal dia. Pertama, macam confession tu cakap yang dia adik kepada timbalan pengetua sekolah. Kedua, timbalan pengetua sekolah je yang gred DG41 taraf guru dan kakitangan tertinggi yang lain semuanya atas daripada dia. Tapi macam mana dia boleh duduk dekat jawatan tu mengalahkan mereka yang ada gred tinggi? Ketiga, mamat Khazin tu tak dapat tawaran mana mana sekolah professional pun permohonan Persekolahan Pusat dia gagal. Dia tak layak pun masuk sini kalau ikut 10 stages of exam. Jadi yang itu aku letak tepi dulu, sebab boleh aje dia masuk pakai duit macam 60 persen budak-budak kaya dekat sini.
YOU ARE READING
Rebellious
Teen FictionTentang kita yang menentang mereka. [Ini kisah Senja, Keilan dan Bakara tiga sekawan yang berbeza latarbelakang dan tujuan kehidupan. Perbezaan mereka membawa ke arah satu persamaan, iaitu mereka tidak mahu jadi anjing. Akan tetapi, mereka hidup di...