"Siapa nak keluar angkat tangan." Masa yang aku tunggu-tunggu. Aku angkat tangan. Tinggi. Kalau boleh aku sentuh siling dewan kuliah ni aku dah sentuh dah. Memang cukup sial, cukup bangsat.
"Senja, jangan keluar Sen."
"Engkau serius nak keluar?"
"Nampak macam aku main-main ke?" Balasan aku membuatkan beberapa orang di sekeliling menjadi panas. Kedengaran maki-makian yang suruh aku menjaga adab berkumandang.
Bang!
Bilik yang gelap gelita tadi menjadi sedikit terang. Hasil kedatangan cahaya dari pintu yang dibuka. Mungkin diorang suruh aku keluar sebab aku angkat tangan tadi, "keluar ah! Tadi berlagak sangat nak keluar!" Tengking seorang malaun yang aku tak tahu siapa,
"Tapi sebelum tu, sabar jap." Aku buka langkah sebesar yang boleh berjalan dengan pantas ke arah satu orang yang dari tadi buatkan darah aku naik sampai ke kepala. Perangai dia kalaukan letak sebelah firaun, macam tak ada beza. Dua dua macam bangsat!
Berbekalkan kudrat aku yang terakhir, selepas hampir empat jam aku kena kurung dalam bilik gelap ini, aku lepaskan satu penumbuk tepat pada muka dia sampaikan dia jatuh terduduk. Bilik ini bertukar huru-hara. Lampu lantas menyala menerangi tempat yang gelap. Mamat yang baru makan tumbukkan seorang wanita itu meraung kesakitan.
Aku apa lagi? Aku cabut lari lepas aku dah buat onar. Ada beberapa orang cuba untuk mengejar namun aku lebih pantas. Sudah seperti lipas kudung aku berlari ke arah pintu dewan. Keluar sahaja dari dewan, aku terus menutup pintu agar mereka tidak sempat mengejar aku lagi.
Larian diteruskan lagi. Aku tak berhenti berlari walaupun sudah mulut tercungap-cungap cuba untuk merebut oksigen. Aku pasti, kalau aku kena tangkap; mati aku kena bantai. Kenapa aku pilih untuk buat onar? Tak tahu, mungkin sebab diorang bangsat sangat dan mamat tu layak kena penumbuk?
Beberapa minit berlari, aku akhirnya berjaya keluar dari kawasan pusat kemudahan umum tersebut. Sekarang, aku kena jalan lebih kurang 1 KM untuk balik ke kolej. Siot, apa pasal sekolah ni besar sangat?!
Telinga aku sudah berdesing dan jantung aku berdegup seperti mahu keluar dari tempatnya. Tidak fikir panjang, aku lantas duduk atas jalan tar. Fikirkan nak baring tapi tak ke pulak orang nampak dan fikir ada perempuan kena langgar lari? Kawasan sunyi sepi ini tidak mendatanglan efek seram langsung pada aku. Cop, mungkin ada sikit? Tapi disebabkan skala marah aku lagi tinggi berbanding skala takut, ia tidak mendatangkan apa-apa kesan.
"Woi Senja?"
"Arghh!" Keluar jeritan wanita aku, orang yang menegur aku turut menjerit sekali. Kami berdua diam buat beberapa saat sebelum dia sambung bersuara,
"Kau Senja kan? Kau buat apa dekat sini? Tengah malam? Sorang-sorang?" Dada aku masih berdegup kencang. Peluh jangan cerita, baju aku sudah berlecak kebasahan, "bangun sini. Kau kenapa? Cakap dekat aku sekarang, kau kenapa?"
Dia tarik aku untuk berdiri. Tak cukup dengan itu, dia goncangnya bahu aku macam mahu bawak keluar otak aku dari kepala. Aku tak tahu kenapa dia overprotective gila sekarang ni. Buatkan aku rasa serba salah sebab tak suka dia dari awal.
Benar, manusia dekat depan aku sekarang ni Khazin.
"Cakaplah bodoh! Kau dahlah perempuan, pukul 4 pagi duduk sorang-sorang macam ni! Apa jadi dekat kau?!" Aku tolak bahu dia untuk menjauhi aku. Kau ni der, kalau nak tolong cuba jangan memaksa. Lima jari aku angkat, beri isyarat sekejap kerana aku sedang betulkan otak yang sedang terkejut. Pukul 4 pagi, mana aku tak terkejut? Mamat ni berpakaian jersey sleeveless dan seluar pendek. Satu badan dia berpeluh, gaya seperti sedang jogging.
"Aku okay,"
"Okay kepala hotak kau lah. Kau ni nampak macam baru lepas kena kejar hantu tahu?"
"Sabar jap!" Aku terik nafas dan tangan cekak pinggang. Dada masih terasa berat dan sedikit payah untuk bernafas, "cerita dia macam ni, aku tak tahu apa jadi, tadi diorang bawak aku masuk bilik gelap. Lepastu aku kena maki-maki dekat dalam tu macam orang bodoh. Pastu ada pulak check point dalam lima ke enam check point tanya benda-benda bangang." Aku bercerita laju, entah kenapa aku ceritapun aku tak tahu. Mungkin sebab dia je manusia yang ada sekarang? Wajah lelaki itu berkerut-kerut dan kepala dia ditelengkan sedikit. Cuba memahami cerita aku agaknya.
"Eh, eh perempuan. Slow...slow. Okay? Cerita satu-satu." Aku diam dan tarik nafas, cuba untuk bertenang seketika, "hah cerita balik, bilik gelap? Siapa yang bawak kau pergi sana? Bagi tahu aku."
"Okay, tadi pukul 9 ada senior kelab leadership ajak aku kemas bilik. Lepastu dalam pukul 12 tadi baru diorang panggil balik, dia kata semua dah ready nak kemas. Sampai je dekat bilik tu, bilik tu gelap."
"Lepastu? Dia ada sentuh kau? Ada usik kau tak?" Sambil dia bertanya sambil matanya melihat satu badan aku, mungkin mahu melihat keadaan aku cedera atau tidak. Pantas aku geleng kepala,
"Takde, tapi kat dalam bilik tu diorang maki-maki, marah-marah tanya kenapa masuk bilik tu tak ada adab and so on. Out of no where diorang buat lima check point. Tanya soalan-soalan bodo."
"Soalan apa diorang tanya?"
"Pasal negara, latar belakang sekolah, latar belakang Jupiter."
"Dekat mana diorang? Bawak aku pergi sana sekarang." Aku halang, gila? Nak mati ke budak ni. Kaki langgar teruk?
"Kau nak mati ke? Tak payah, diorang ramai! Kalau kena bantai mati kita!"
"Beranilah diorang nak bantai aku?"
"Woo—solid point jugak sebenarnya." Hampir terlupa dia siapa dekat dalam sekolah ni, "tapi tak payah weh. Aku okay, serious."
"Kalau macam tu, kau cakap dekat aku. Siapa budak-budak tu?" Khazin peluk tubuh, cuba menampakkan keseriusan di dalam dirinya itu, "cepat bagi tahu, nanti aku tolong kau settle. Bangang ke budak-budak tu buat perempuan macam nia?"
"Yang itu aku tak boleh tolong weh."
"Asal pulak? Kau takut? Eh bodoh, tak payah takutlah dengan diorang. Lagi kau takut, lagi kau senang kena pijak!"
"Bukan, sebab aku tak kenal diorang siapa." Kuat dia mengeluh seakan seorang petani yang baru sahaja siap mengerjakan sawahnya, "tapi aku ada buat something..."
"Apa dia?"
"Aku ada tumbuk muka sorang daripada diorang. So esok, siapa yang muka lebam tu dialah orangnya."
"Kau...APA?!"
"Tapi slow je kot..."
YOU ARE READING
Rebellious
Teen FictionTentang kita yang menentang mereka. [Ini kisah Senja, Keilan dan Bakara tiga sekawan yang berbeza latarbelakang dan tujuan kehidupan. Perbezaan mereka membawa ke arah satu persamaan, iaitu mereka tidak mahu jadi anjing. Akan tetapi, mereka hidup di...