Part 8 :: Jinn, Is That You ?

97 11 1
                                    

Hampir sebulan sudah aku bekerja di agensi ini, tetapi aku tidak pernah menemui pemilik sebenar syarikat ini. Semua perkara kami rujuk kepada Cik Narsha, ketua bahagian Bahasa Melayu. Kata Cik Narsha, sejak bangunan kecil syarikat ini dibina bermula 4 bulan lalu, itulah kali terakhir pemiliknya datang melihat, sehingga kini masih belum pernah muncul lagi. Aku mengangguk perlahan.
" Sebenarnya, pemilik agensi ni muda lagi, V. Dia pun baru balik dari Malaysia dekat 6 bulan yang lalu. " beritahu Cik Narsha. Aku mengangguk lagi.
" Dulu sebelum kaunter bahasa Melayu nak dibuka, unnie bertugas dekat kaunter bahasa Inggeris dan Korea di syarikat Mr. Kim, tapi sejak anak Mr. Kim balik dari Malaysia, dia nakkan kaunter bahasa Melayu dibuka di syarikat besar ayahnya yang bertempat di Gangnam tu, tapi ayahnya nakkan dia mempunyai syarikat sendiri jika mahukan kaunter bahasa Melayu, sebab tulah bangunan ni dibina atas namanya di kawasan ni.
" Mungkin dia ada dekat syarikat ayahnya, kot. " usikku. Cik Narsha turut tergelak.
" Cik Seokjin tu kacak orangnya,
" Siapa? " Aku tersentak. Senyumanku yang terukir tiba-tiba terasa pahit. Syukur Cik Narsha tidak menyedari riak mukaku, dan aku cepat-cepat tersenyum semula. Aku teringatkan Jinn. Namanya Kim Seokjin, bukan? Aku segera menepis perasaanku. Di Korea ini, tidak mustahil ada 1000 lelaki bernama Kim Seokjin, bukan hanya Jinn seorang.
" Cik Seokjin. Kim Seokjin. Dia dan ibunya Mrs. Ian baru balik dari Malaysia tak lama dulu. Tak banyak yang orang tahu tentang budak lelaki tu sebab dia pun macam tak kenal sangat dengan dirinya.
" Maksud unnie? " Aku semakin berdebar. Mrs. Ian? Itukan ibu Jinn? Teringat aku sewaktu aku menyentuh tubuh kaku Jinn 6 bulan lalu, ianya masih hangat. Jinn, adakah dia masih hidup?
" Tak tahulah, V. Unnie pun tak pernah nak tanya. Unnie tak pernah tahu pun Mr. Kim ada anak lelaki selama bekerja dengan dia, tapi baru tahun ni unnie tahu yang dia ada anak. Oh ya, mungkin selama ni dia tinggal di Malaysia kot, dan baru 6 bulan lalu Mrs. Ian bawa dia balik ke sini. Sebab tulah Bahasa Melayu Cik Seokjin fasih sangat. " kata Cik Narsha lagi tanpa berselindung. Aku semakin bergetar. Jika itu adalah Jinn, tidak mungkin aku akan beritahu Cik Narsha seawal ini, yang aku dan Jinn pernah berkasih-sayang satu masa dahulu. Sambung Cik Narsha lagi, mereka tidak kenal rapat dengan Mrs. Ian kerana Mrs. Ian mempunyai syarikat lain dan tidak pernah masuk campur urusan kerja suaminya, kerana itulah mereka semua tidak pernah mengenali Mrs. Ian dengan lebih dekat, termasuk Jinn.
Aku meminta diri untuk ke bilik rehat sebentar. Di situ aku menangis semahunya. Jinn masih hidup?! Kenapa aku tidak tahu? Mengapa Mrs. Ian tidak menghubungi aku jika Jinn masih hidup? Mengapa?! Dan apa yang telah ditentukan untuk aku sehingga aku ditakdirkan untuk bekerja di sebuah syarikat agensi yang dimilik oleh Jinn?
" Kalau Jinn tak ada dengan V nanti, V akan cari pengganti Jinn, tak? " Aku teringat akan kata-kata Jinn, dan jawapanku ketika itu, " Kalau V dapat cari pun, V akan pastikan yang dia tu adalah Jinn! " Aku menekup mukaku. Perasaanku kembali lemah. Terasa longlai kakiku hendak memijak lantai. TIba-tiba aku merasakan, aku takut jika itu adalah Jinn, Kim Seokjin yang sangat aku sayangi dulu. Aku keluar dari bilik rehat selepas membaiki mekap, dan aku sangat terkejut melihat Cik Narsha sedang memegang telefon bimbitku sambil keningnya sedang berkerut.
" V? " Aku melangkah ke arahnya, dan cuba merampas telefon bimbitku, tetapi Cik Narsha menepis perlahan. Syukur hanya aku dan dia berada di sini, Ivy dan Elina keluar makan kerana waktu rehat. " Unnie, give me back my phone,
" This is Kim Seokjin~
" Unnie! " Airmataku terus bergenang, dan mengalir pantas seperti biasa. Secepat itu Cik Narsha segera memelukku. Aku kembali menjadi Aviella yang cengeng sejak aku kehilangan Seokjin-ku. Cik Narsha telah terlihat gambar Jinn yang ku tetapkan sebagai wallpaper tanpa sengaja ketika dia membuka laci meja kerja untuk mengambil telefon bimbitnya.
" Aviella, if u have something to tell me, just tell me. "

I REMEMBER ( LET ME KNOW ) #wattys2016 / COMPLETEDWhere stories live. Discover now