Part 9 :: He Dont Remember Me ?

89 11 0
                                    

Sejak aku menceritakan semuanya kepada Cik Narsha, hubungan kami semakin rapat, malah setiap hari Cik Narsha mengharapkan bahawa Jinn akan datang ke agensi kami. Tidak tahu mengapa, Jinn tidak pernah datang ke sini. Lagipun, aku juga belum bersedia untuk bertentang mata semula dengannya. Setiap detik ku rasakan Cik Narsha mengeluh apabila keadaan agensi kami kurang sibuk, bila aku tanya mengapa, jawabnya dia masih tidak mengerti kenapa Mrs. Ian tidak pernah memaklumkan kepadaku jika benar Jinn masih hidup atau tidak. Aku juga masih menanti peluang untuk bertemu dengan Mrs. Ian.
Sebuah kereta berjenama muncul di hadapan agensi pada hari itu. Aku tidak endah, kerana sibuk melayan pelanggan yang ramai. Gembira dapat bertemu dengan lebih ramai komuniti pelancong Malaysia di sini. Cik Narsha turut sibuk, tetapi pergerakannya terhenti selepas seseorang telah memanggilnya.
" Nuna, dekat mana nak dapat fail pekerja dekat sini? " Suara itu membuatkan aku tersentak. Sungguhpun ketika itu aku sedang menjawab panggilan telefon yang bertanyakan arah ke Namsan Tower, aku tetap dapat menangkap suara itu, cuma aku malas hendak menoleh kerana aku takut. Bau aroma minyak wangi yang sangat aku kenal menusuk masuk ke rongga pernafasan.
" Seokjin! Baru hendak datang? " Cik Narsha mengusik. Suara ketawa itu membuatkan aku terketar-ketar sewaktu meletakkan ganggang telefon. Suara ketawa itu milik Jinn. Memang sah! " Saya sibuk sikit dekat Gangnam. Saya pergi dengan mama. Banyak sangat nak kena buat. " jawab suara itu. Aku menundukkan kepala. Aku hanya terkejut sewaktu Cik Narsha memukul bahuku menggunakan fail staf dengan perlahan, cepat aku menoleh ke arahnya. " Ya?
" Dia dah ada, ni. Beri fail ni padanya, dia perlu tahu V ada dekat sini. " Cik Narsha segera menyerahkan kepadaku fail tersebut, dan terus meninggalkan aku. Aku memberanikan diriku untuk menoleh ke arah Seokjin, dan dia memang Jinn-ku, aku kenal benar dengan raut wajahnya, bibirnya, bentuk badannya. Aku menghampirinya yang ketika itu sedang membaca artikel yang dibingkaikan di permukaan dinding, dengan berdebar aku cuba untuk memanggilnya setenang mungkin.
" Cik Seokjin~ " Jinn menoleh, dan kami bertentang mata setelah sekian lama tidak bertemu. Rasa rinduku terbias, tanpa sedar aku tersenyum. Jinn menghulurkan tangan untuk menyambut fail itu, membeleknya kemudian memandangku, agak lama.
" Terima kasih, " ucapnya dan dia terus berlalu. Aku sangat terkejut dengan reaksi itu, senyumku hilang begitu sahaja. Dadaku berdebar. Jinn tidak kenal pada aku lagi, kah? Aku hanya mampu melihat dia berlalu, masuk ke dalam keretanya dan langsung tidak menoleh lagi kepadaku. Aku menyentuh dada, sakit!
" V? " Aku tersentak, segera aku menoleh ke belakang, Cik Narsha juga telah melihat tingkahlaku Jinn kepadaku. " Dia tak kenal dengan V lagi, unnie~ "

I REMEMBER ( LET ME KNOW ) #wattys2016 / COMPLETEDWhere stories live. Discover now