Part 10 :: Seokjin, Or Jinn ?

92 11 0
                                    

Semangat kerjaku semakin kurang sejak dari hari itu, tetapi Jinn pula sering muncul sejak kebelakangan ini. Dia nampak sangat kacak dengan kemeja rasmi agensi kami. Dia nampak sudah cukup matang dan tegas. Lebih menyakitkan lagi dia tidak pernah menyedari kehadiranku di situ. Aku hanya mampu memandangnya setiap kali dia tiba. Sakit rasanya jika dia ikut menyertai aku dan Elina di kaunter pertanyaan Bahasa Melayu. Mungkin kerana aku sering berdiam diri jika bekerja bersamanya, dia kurang berbual dengan aku. Jinn, tak tahukah awak betapa kecewanya saya dengan kelakuan awak sekarang, ni? Awak dah kecewakan saya, Jinn!
" Kak Aviella, telefon berbunyi, tu! " Ivy menegurku. Aku tersentak. Sekejap aku berdehem perlahan, kemudian menghulurkan tangan untuk menjawab panggilan tersebut. Ketika itu aku terkedu, tangan Jinn sudah berada di atas tanganku selepas kami hampir serentak mengangkat ganggang tersebut. Aku sangkakan Jinn akan menjawabnya, tetapi dia telah mengangkat ganggang itu dan menyuakan ganggang tersebut ke telingaku, sementara tanganku juga masih berada di bawah tangannya. Terketar-ketar aku menjawab panggilan itu, dan menjawab semua pertanyaan pelanggan dengan kurang yakin dan sepanjang masa itulah tangan Jinn masih menggenggam tanganku. Akhirnya perbualan selama 2minit itu tamat dan ganggang pun diletakkan. Jinn masih belum melepaskan tangan kami yang sama-sama berada di atas telefon, aku bingung.
" Boleh lepaskan tangan saya, Encik Seokjin? " Aku menarik tanganku, dan Jinn masih berkeras. Cik Narsha menahan senyumnya di sebelahku, Ivy juga turut mengerling, geli hati.
" Saya tengok awak macam tak semangat untuk bekerja. Awak ada masalah, ke? " tanya Jinn. Aku mengerutkan keningku. 6 bulan aku berlinang airmata, tetapi ini yang Jinn berikan kepadaku selepas kami bertemu? Aku harus menemui Mrs. Ian dengan segera, untuk bertanya mengapa Jinn seperti tidak mengendahkan aku seperti ini. Aku berdehem perlahan.
" Saya tak sihat. " jawabku tegas. Jinn tersenyum.
" Tak sihat ambillah cuti, dan sihat nanti baru datang kerja. " Jinn melepaskan tanganku, kemudian duduk di sebelahku, kerusi yang ditinggalkan Elina. Aku menggenggam tanganku, sentuhan Jinn. Aku memejamkan mata sekejap, benar-benar kecewa.
" Cik Seokjin, boleh saya tanya sikit? " Suara Ivy menarik perhatian kami, Jinn juga terus memandang ke arahnya. " Kenapa Cik Seokjin tak bertugas dekat kaunter Bahasa Korea, ya? " tanya Ivy. Jinn tersengih, perlahan dia mengangkat bahu.
" I feel so special to be here, in Malaysian counter. I dont know why. " jawab Jinn. Cik Narsha memandangku, aku hanya menundukkan kepala.
" Cik Seokjin pernah tinggal dekat Malaysia, ke ? Bahasa Melayu Cik Seokjin lancar sangat, lah! " Cik Narsha tergelak perlahan, Jinn juga, cuma aku yang masih lagi menundukkan kepala.
" I dont know. Maybe,
" Why maybe? " Ivy mengerutkan kening. Jinn sekali lagi mengangkat bahunya. " When i wake up from my long sleep, i was noticed that i can speak in Malay. " jawab Jinn. Cik Narsha menyepak kakiku, aku terkedu. Apa yang telah berlaku sebaik tubuh kaku Jinn diterbangkan ke Korea selepas kemalangan itu, aku benar-benar ingin tahu. Mengapa Jinn tidak mengenaliku lagi, dan paling mengerikan mengapa dia masih hidup? >< Aku sendiri sudah melihat tubuhnya berada di dalam peti mayat! Ah!!
" Cik Seokjin,
" Stop calling me Cik Seokjin, call Jinn is enough, right? "
" Jinn? " tanya Ivy lagi. Aku sebal. Banyak sungguh soalan Ivy, " I think someone special call me as Jinn, before, but i dont know who. I dont remember. "
" You dont remember? " Ivy semakin ingin tahu. Segalanya terasa cepat berlaku bagiku. Dalam masa sebulan Cik Narsha sudah tahu hubunganku dengan Jinn, dan kini aku perlu tahu apa yang telah berlaku sebelum ini. Jinn berdehem perlahan, dia menyentuh dahinya sekejap.
" I got headache, we will talk again later. " Aku memandang Cik Narsha. Perasaanku berdebar.

I REMEMBER ( LET ME KNOW ) #wattys2016 / COMPLETEDWhere stories live. Discover now