Tok! Tok! Tok!" Urmm ada orang ke kat dalam? " soalku selepas mengetuk beberapa kali pintu bilik dihadapanku.
" Siapa tu? " jawab penghuni di dalam bilik ini.
" Manusia berkaki dua mempunyai sepasang mata dan mampu berkata-kata. " jawabku sambil membetulkan posisiku lalu menyilangkan tanganku di bahagian dada.
" Hmm pelik. Nak apa? "
" Saya nak awak boleh? Dah lama saya tak makan daging budak perempuan. " bisik Aliya perlahan.
PIAK ! Aku menampar pipiku sekuat hati sampai berdarah pipiku. 𝑨𝒖𝒄𝒉𝒈𝒈--
Pintu dihadapanku terbuka kecil dan tubuh remaja perempuan dihadapanku jelas kelihatan. Raut wajahnya seperti risau.
" Kenapa dengan pipi akak tu? " soalnya. Dah nampak tanya lagi.
" Takde apa. Akak suka main tampar-tampar pipi. Kamu suka tak ? " soalku bersahaja.
" Ah..pelik betul ciptaan tuhan dihadapanku ini. Urmm nak apa datang bilik saya kak and nama akak siapa? " soalnya bertubi-tubi sambil menarik lenganku masuk ke dalam biliknya yang berwarna biru Doraemon.
" My name's Auliya and akak datang nak cakap sikit pasal diri akak. Kamu sudi dengar tak? " tanyaku dengan raut wajah sedikit dingin.
" Boleh. Saya suka dengar luahan orang. " jawab Qairina tersenyum.
" Okey. Akak nak kamu jangan bagitau abang kamu, adik kamu dan umi kamu pasal hal ni ye. "
" Abah? " soalnya pelik.
" He knows. "
" Oh. Okey. Apa dia? " soal Qairina ingin tahu sangat.
" I lost all my family masa tingkatan 3 and you know what..i miss them a lot. "
Qairina memandang raut wajahku dengan penuh teliti. Dia nak makan aku ke?
" Mereka semua dibunuh serentak. Kamu tahu tak, setiap hari akak tunggu diorang balik. Tapi..diorang dah pergi buat selamanya. "
Qairina tunduk sedikit wajahnya ke bawah.
" Akak selalu berharap yang akak akan jadi salah seorang anak yang bertuah yang mempunyai keluarga besar dan sempurna. Tapi semuanya hancur sekelip mata. Dulu, akak setiap hari balik sekolah, pergi sekolah dengan mommy and daddy tapi sekarang kelibat diorang pun akak dah tak nampak. Diorang selalu tunggu akak depan pintu rumah tau..tak kisahlah waktu balik ke waktu bila sekalipun, diorang tetap ada. "
Qairina semakin lama semakin sebak.
" Senyuman, gelak tawa, masa yang sepatutnya diluangkan oleh ahli keluarga..akak tak dapat rasa pun dik. Apa yang akak rasa sekarang ? Sesal. Rindu. Dendam. Ini sahaja dik. "
Qairina menjatuhkan air matanya yang sudah lama bertakung di kelopak matanya.
" Kamu masih lagi mempunyai keluarga yang lengkap dik. Jagalah keluarga kamu, jangan sampai salah seorang daripadanya hilang. I know..dah takde guna rindu. Sebab apa? Sebab masa takkan berputar kembali dik. Akak tak dapat nak peluk diorang dik. Tak sempat. Akak tak sempat nak tunjuk kejayaan akak dik. Ye akak hidup senang. Tapi ada guna ke hidup senang tanpa kasih sayang? "
Qairina terasa kesal. Dia segera bangun dari duduknya.
" Kamu nak pergi mana dik? " soalku blur.
" Akak cakap jangan bazirkan masa kan? Now saya nak spend time masa saya dengan keluarga saya je. Saya nak pergi minta maaf dekat abah saya. T-tolong teman saya kak. " Qairina mengelap air matanya dan bahunya sedikit terhinjut-hinjut.

ANDA SEDANG MEMBACA
Her Personal Assistant (In Editing)
غموض / إثارة-𝐀𝐮𝐥𝐢𝐲𝐚 𝐧𝐚𝐭𝐚𝐥𝐲𝐢𝐚 " Selagi dia tak mati, aku takkan mati. Itu sumpah aku " Konflik antara sahabat. Obses. Dendam. Tikam belakang. Khianat. Semuanya terjadi apabila Auliya menjadi seorang sebatang kara yang kehilangan keluarganya. Wal...