ACHTUNG
Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya
•••♦◄♥►♦•••
Seperti yang dijanjikan, layan je teaser pendek untuk citer 'Budak Kebun Jagung' yang sedang aku usahakan. Harap korang terhibur & ade rasa seram sejuk suam, ekk? 🥴
Untuk lebih mengujakan pembacaan anda, sila le dengar video baby kat atas tu sesambil bace teaser ni. Sejam baby tu punya dok renggah nangis, sian dia.. hee. Moga ia memberikan pengalaman yang penuh extreme umpama anda sedang layan filem in 3D.. kih kih 😁
•••♦◄♥►♦•••
TANGISAN SERAM SEJUK TENGAH MALAM
"Uwek."
"Uwek."
"Hurm hurm mu."
"Wengkh wengkh."
"Heh heh."
"Eee eee."
Sayup-sayup kedengaran lagi suara bayi menangis teresak-esak nun dari arah kebun jagung.
Nek Temah semakin mengeratkan dakapannya ke tubuh kekar Tok Agus. Jam sudah melewati dua belas tengah malam.
"Kanda. Ape mesti kita buat ni? Dah empat malam suara tangisan tu tak henti-henti menguek. Dinda dah naik migrain ni. Itu tangisan anak hantu ke atau bayi manusia?" soal Nek Temah, cemas seperti malam-malam sebelumnya.
"Ish, mana ade bayi manusia yang nangis macam tu tak henti-henti? Lagipun, bunyi tu dari arah kebun jagung kita. Sebelah sana kan tak ade rumah orang? Semak, hutan dan anak sungai je," jawab Tok Agus seraya membalas pelukan si isteri lalu meramas-ramas punggung kempis Nek Temah.
"Habis? Ape kejadahnya benda tu? Dinda takut le, kanda. Dua tiga hari ni tidur pun dah tak lena, esok awal-awal pagi kita kena ke kebun. Lemah badan le nanti sebab tak cukup tidur.. hu hu."
"Dinda tak payah ke kebun. Biar kanda je sorang. Dinda dok rumah, berehat. Tengah hari sikit baru dinda sertai kanda, okey?"
"Hmm. Tapi, sekarang ni ape tindakan kita? Takkan nak biar je suara tu ganggu kita selama-lamanya?"
Mendengar pertanyaan maha logik itu, segera Tok Agus melepaskan pelukan. Dia lantas bangun mengenakan seluar panjang namun tanpa baju.
Dicapainya parang serta lampu picit ubat empat dari bawah katil.
"Tak ape, dinda. Malam ni kanda akan cari puncanya dan senyapkan bayi tu. Sebenarnya, memang kanda pun dah tak tahan dengar suara tangisan tu."
Langsung Tok Agus menapak keluar dari rumah dan terus turun ke tanah, menuju ke arah kebunnya.
"Kanda. Hati-hati. Jangan sampai tercedera diri. Dinda akan setia menanti di katil ini.. hu hu."
"Baik le, dinda. Itu umpama kata-kata perangsang buat kanda."
Melalui tingkap bilik tidur, Nek Temah melihat suami tersayang hilang ditelan gelap malam.
Dengan berpandukan cahaya lampu picit, Tok Agus mencari dari mana datangnya bunyi tangisan tersebut. Dia menapak ke arah sebatang pokok jagung yang agak tinggi di antara pokok-pokok jagung lain di kebunnya.
Jelas dan nyata yang tangisan itu datangnya dari pokok yang tinggi itu. Ada setongkol jagung yang gemuk dengan kulit hijau gelap. Lelaki tua itu memberanikan diri menghampirinya. Cuma satu saja jagung yang tumbuh pada pokok tersebut.
"Pelik. Aneh. Sebelum ini aku tak perasan pun pokok jagung yang tinggi ni," gumamnya.
Tetiba, suara tangisan tak kedengaran lagi. Suasana jadi sunyi sepi. Senyap dan hening.
Angin malam yang sejuk menampar sekali gus membelai tubuh tua Tok Agus. Dia menggenggam erat hulu parang sambil mulut terkumat-kamit, berdoa.
Kedengaran bunyi berkerik-kerik umpama bunyi kertas direnyuk-renyuk. Datangnya dari jagung tersebut. Dia menyuluh untuk melihat dengan lebih jelas.
Matanya tepat merenung jagung hijau gelap itu yang kini perlahan-lahan terbuka kulitnya, sehelai demi sehelai.
Ternganga dan terlopong mulutnya tatkala melihat apa yang muncul dari sebalik kulit jagung yang terburai saat itu.
"Ya Allah. Makhluk apakah ini?"
Tok Agus terkaku. Tak mampu bergerak. Cuma nafasnya tercungap-cungap. Ketakutan.
Parang terlepas dari genggaman.
•••♦◄♥►♦•••
Pergh, saspens tak? Ape benda la yang muncul tu, ekk? Nak tau? Tunggu chapter pertama nanti.. hee 😛
• SATbtu | 10022024 | 632 words | 3 minutes •
YOU ARE READING
• budak kebun ja𝑔ung • {bkj}
Short StorySebuah kisah misteri seram sejuk suam, hangat-hangat tahi ayam, semua ada. Pendek je, tak panjang mana pun, mungkin dua atau tiga 𝘤𝘩𝘢𝘱𝘵𝘦𝘳 je, kot. Malas nak buat panjang berjela, 𝘮𝘰𝘰𝘥 pun masih 𝘵𝘰 𝘵𝘩𝘦 𝘴𝘦𝘢.. hee. Macam biasa, citer...