Hmm, sementara aku dok mengarang chapter 2 'Budak Kebun Jagung' & chapter 46 'Empati' yang entah bila dapat aku publish, aku nak citerkan kat korang satu lagi pengalaman paranormal aku. Itupun kalau ia boleh dikategorikan cam tu le 😬
BEGINI KISAHNYA..
Aku ni memang peminat tegar lagu lama & retis lama (penyanyi & pelakon) Itu semua ade aku mention dalam autobiografi 'Kikilala - Citer Sorang Aku'. Kejadian atau peristiwa ini berlaku time aku berkursus di sebuah bandar yang terletak berhampiran dengan Taman Negara yang besar & banyak tarikan alam semula jadi di tengah Malaysia satu ketika dulu. Sesampai je kami di hotel kat situ, tup-tup aku nampak sorang retis (penyanyi) yang amat aku minat sejak kecil. Lagu-lagu beliau memang best giler (bagi aku le) Korang tentu tak minat dia.
Terus aku tegur beliau yang sedang berdiri di kaunter lobi mungkin sedang mendaftar ke atau sesaja borak-borak, maklum le, beliau kan penyanyi terkenal? Sempat gak le bagitau yang aku ni minat sangat kat beliau, semua lagu beliau aku suka terutama time bebudak dulu. Tak sangka akhirnya dapat gak aku jumpak beliau yang menjadi idola aku, secara bersemuka/live.. hee.
Aku sempat bergambar guna kamera digital aku. Maka, kekawan satu geng kursus pun turut sama tumpang sekaki nak masuk frame.. hee. Time tu, handphone belum lagi ade kamera dengan meluas cam sekarang ni, so, kamera aku le yang jadi mangsa. Ape khabar R, N, F, T & lelain? Korang masih ade simpan foto kenangan tu ke? 😏
Yang membuatkan kisah ni tergolong dalam unsur paranormal ialah bila aku belek & kelebek balik foto-foto yang aku tangkap ketika kami berkursus tu, termasuk time kat hotel. Semua foto yang lain hilang. Cuma satu dua je yang masih selamat. Antaranya foto aku bersama retis idola aku tu. Sampai hari ni aku tak tau puncanya. Hmm, pelik, kan? Tapi aku bernasib baik & rasa beruntung sebab ade gak kenangan dengan retis tu.
FYI, ade lagu beliau yang aku gunakan dalam beberapa karya aku kat Wattpad ni. Sekarang beliau dah tiada lagi, meninggal dunia beberapa tahun je selepas pertemuan bersejarah kami tu. Al-Fatihah untuk arwah. Namun, aku rasa bersyukur & bertuah sangat sebab dapat gak bertemu retis yang amat aku minat. Jumpa plak nun jauh di tengah pedalaman negara, jauh dari tempat asal aku. Adakah ini sesuatu yang paranormal? 😑
Mungkin kalau terbuka hati, aku nak upload foto kenangan tu kat sini suatu hari nanti, dapat le korang tatap. Harap-harap la kan, tapi, wajah aku & kekawan lain mungkin akan aku blur le kot.. hee
Lagu 'Kenangan Lalu' kat atas tu tak ade kena-mengena dengan entry ini, ye?
• MONin | 18032024 | 473 words | 2 minutes •
YOU ARE READING
• budak kebun ja𝑔ung • {bkj}
Short StorySebuah kisah misteri seram sejuk suam, hangat-hangat tahi ayam, semua ada. Pendek je, tak panjang mana pun, mungkin dua atau tiga 𝘤𝘩𝘢𝘱𝘵𝘦𝘳 je, kot. Malas nak buat panjang berjela, 𝘮𝘰𝘰𝘥 pun masih 𝘵𝘰 𝘵𝘩𝘦 𝘴𝘦𝘢.. hee. Macam biasa, citer...