" Esok ada kelas ke? " bebelku seorang diri sebelum merebahkan badan ke atas tilam empukku." Tak payah datang Universiti esok Auliya. Esok aku perlukan badan ni untuk pergi syarikat. " Aliya duduk di sebelahku yang sedang terbaring di atas katil empukku.
" Kau cakap senanglah. Siapa yang tanggung nanti? Aku kan? " balasku sedikit marah dan frust!
" Kau cakap macam aku ni tak pernah tolong kau kan? Ingat sikit siapa yang ada time kau susah! " Aliya sedikit menekankan ayatnya supaya Auliya sedar siapa dirinya tanpa Aliya. Semestinyalah aku tahu siapa diri aku. Eh tibe.
" Aku risau esok ada programlah kat U. Itu yang aku kena pergi tu. " aku membalas ringkas. Harap Aliya faham dengan keadaanku.
" Esok ada meeting Auliya. Meeting tu penting untuk syarikat Golden Lyi. Fikirlah sikit Auliya. Tanpa duit, kau tak boleh sambung belajar tau. Lagi-lagi kau dah takde mak ayah- "
" Memang aku takde mak ayah. Aku ada mommy and daddy. Kau siapa nak cakap banyak pasal family aku?! And you need to set this in your mind Aliya. Tanpa aku, kau takde. Get it ? " balasku sedikit menaikkan amarah. Ye aku marah. Aku masih lagi ada family tapi mereka jauh dariku itu sahaja.
" And remember this Auliya, your daddy give you that company because he trust you that you can handle everything. Jangan sebab Universiti, kau nak gadaikan syarikat. Dah lah. Aku malas nak cakap dengan kau lagi. Pandai-pandai lah kau fikir mana baik mana buruk. " bidas Aliya selamba dan sedikit marah dengan keputusanku yang mahu pergi juga ke Universiti.
Aku hanya menghantar Aliya menggunakan anak mataku dan menghembuskan nafas lega. Tapi tidak mindaku.
" Ahh buat apa aku nak fikir apa yang dia cakap- " percakapanku terhenti selepasku sedar apa yang Aliya cakap tadi ada betulnya juga. " Aku boleh handle everything? " aku tatap wajahku pada pantulan cermin di hadapanku.
" Nantilah aku fikir. Aku nak mandi dulu. But jap. Tadi Zalikha cakap kakak dia hilang. Ayah dia tak balik lagi?..Mana diorang pergi? Ke diorang ada chat aku tapi aku tak balas? "
Aku mengeluarkan Samsungku dari beg dan terus membuka aplikasi telegram. Tapi nampak macam..takde siapa chat melainkan group Universiti. Itu pun hanya seorang sahaja yang tanya soalan 'esok ada apa-apa program ke Prof ? '
" Mana diorang ni. Aku dahlah penat ni. Tak reti ke nak balik- " Samsungku berdering dengan kuat seperti emergency. Aku perlahan-lahan mengeluarkan Samsungku dan melihat nama di paparan screen telefon ku.
Unknown number.
" Siapa pulak kacau aku malam-malam buta ni. Dah nak pagi kot. " keluhku berat. Aku mengangkat panggilan dengan bersahaja.
" Hm. "
" Anak buah kau dah balik belum? " soalnya dengan suara yang agak mendalam.
" Wrong number thank you. " balasku ringkas, tepat dan padat.
Panggilan ini ditukarkan kepada video call dan dia menunjukkan satu budak perempuan yang mulutnya diikat kain dan seorang lelaki disebelahnya yang sudah rebah di lantai.
" Still wrong number miss Auliya Natalyia? "
soalnya sedikit sinis lalu dikeluarkan pistol dan diacukan pada budak perempuan di hadapannya dan tanpa sengaja telefonnya ke arah lain. Mungkin dia tengah bercakap dengan seseorang." Ok. Aku dah faham. " aku mematikan panggilan dan terus bersiul mengambil langkah ke bilik mandi ku.
____________________________________________" Tapi bos saya dah buat apa yang bos mintak! Kenapa bos tetap nak ambil anak saya? " amarah lelaki yang berpakaian serba hitam jelas kelihatan di matanya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Her Personal Assistant (In Editing)
Misterio / Suspenso-𝐀𝐮𝐥𝐢𝐲𝐚 𝐧𝐚𝐭𝐚𝐥𝐲𝐢𝐚 " Selagi dia tak mati, aku takkan mati. Itu sumpah aku " Konflik antara sahabat. Obses. Dendam. Tikam belakang. Khianat. Semuanya terjadi apabila Auliya menjadi seorang sebatang kara yang kehilangan keluarganya. Wal...