Menyambut anniversary kewujudan resort "retreat"Dalam kesibukan tok Mahir dan puan Siti mentadbir resort "retreat" dan dalam diam- diam masa berlalu begitu pantas tanpa disedari dengan kewujudan resort "retreat" ini telah menjangkau setahun. Mereka berjaya mengumpul sebahagian besar ahli yang membeli "membership" secara seumur hidup dan sebahagian nya lagi ahli "membership" biasa yang ahli nya boleh di tukar milik. Kejayaan besar yang di perolehi kedua entrepreneur ini adalah di sebabkan rata-rata majoriti ahli adalah terdiri dari golongan profesional yang berstatus golongan berada. Yuran untuk maintenance resort dan sumbangan, "contribution" dari ahli mudah di peroleh.. Apa saja keperluan samada tenaga kemahiran atau wang sumbangan "donations" yang di perlukan oleh resort pasti ada ahli yang bersedia untuk menyumbang. Kelebihan untuk menyediakan perkhidmatan terbaik resort tergantung kepada aliran tunai mantap resort. Ini membolehkan pentadbiran resort "retreat" ini dapat di urus dengan baik. Fasiliti resort dapat di tingkat kan dari masa ke masa. Program yang di anjurkan pula oleh pengurusan juga di pertingkatkan dan menjadi sebutan ahli- ahli golongan elite yang duduk mastautin di ibukota. Tapi glamor nya resort ini tidak di ketahui dan dikenali oleh penduduk setempat. Jumlah keahlian resort "retreat" yang eksklusif dan private ini telah mencecah puluhan dan sedang meningkat mengikut masa. Daya tarikan fasiliti dan kemudahan perkhidmatan taraf lima bintang dan kemudahan peralatan yang menarik tersedia untuk di nikmati oleh ahli berdaftar. Promosi kad ahli "membership" tidak di lakukan dengan mengiklankan secara lansung dalam media masa tapi resort mengambil pendekatan strategi yang terbaik dalam memasarkan produk mereka melalui berita yang di viral kan oleh ahli sendiri yang telah menjadi ahli resort retreat ini terdahulu dan kemudian nya mereka telah menyebarkan kelebihan resort ini serta perkhidmatan yang ditawar
kan yang tidak di tawarkan oleh resort lain. Perkhidmatan ekstra peribadi lagi personal juga di sediakan kepada ahli jika mereka memerlukan nya. Berita ini secara meluas telah viral di kalangan rakan dan kenalan rapat ahli-ahli yang telah mendaftar. Gandaan keahlian berlaku dengan pantas dan keahlian tertutup bertambah mengikut masa. Apa yang membuatkan resort ini mendapat sambutan menggalakkan dari kalangan profesional dan kalangan orang berada adalah package yang di sediakan untuk ahli-ahli nya itu komplit hampir menyeluruh tidak langsung dapat di tandingi oleh pengendali resort lain. Kebebasan yang ahli dapat untuk memilih apa-apa yang di kehendaki dan menolak apa-apa yang tidak sesuai dengan mereka telah menjadi satu sebab utama kejayaan resort dapat memberi khidmat terbaik "first class". Ahli-ahli boleh memilih mengikut selera masing-masing keperluan jasmani dan juga keperluan rohani di resort ini mengikut kehendak keinginan dan kemahuan mereka. Ini telah membuat kan golongan profesional ini memilih untuk menjadi ahli resort. Rata- rata golongan ini mengutamakan kemudahan beriadah berhibur dengan melakukan gaya hidup seks bebas dan juga dapat menggunakan perkhidmatan pembersihan jiwa dari dosa yang sengaja atau berlebihan ketika berhibur secara melampau. Di resort ini juga telah di sediakan perkhidmatan tambahan pembersihan rohani selari mengikut fahaman yang mereka kehendaki dan seiring dengan jiwa mereka. Kemudahan untuk berlibur dalam suasana private dan kemudahan untuk memenuhi keperluan jasmani beriadah dan juga keperluan mengisi keperluan hubungan seks tanpa batas menjadi agenda utama ahli-ahli yang berdaftar. Resort ini juga menyediakan kemudahan spiritual perjumpaan sebulan sekali setiap malam Jumaat terakhir setiap bulan berbincang sambil membuat pengakuan keatas kesalahan dosa yang telah mereka lakukan sepanjang bulan itu secara beramai- ramai dan kemudian melakukan upacara membersih diri dari dosa. Upacara membersihkan dosa ini akan di kendalikan oleh keempat pengasas kumpulan keagamaan tarikat baru yang di asas kan oleh pasangan suami isteri; tok Mahir, abang Abu, abang Mat dan Harun. Kini mereka mengelar diri mereka sebagai empat imam mewakili bani Tamin dari Asia jauh penghujung Asia tenggara. Acara membersih kan diri dari dosa di lakukan di wakaf utama melakukan upacara membuang dosa secara zahir sentuhan badan di wakaf utama dan berakhir dalam kolam semula jadi melakukan pembersihan batin dengan air.
YOU ARE READING
Koleksi Cerpen Pengeras Dan Bayarannya
Short StoryMengesahkan satu kehidupan yang agak liar di satu penempatan perkampungan jauh di pendalaman. Tidak ada had dan batasan dalam melakukan hubungan intim diantara ahli-ahli kumpulan ini yang pada mulanya terbentuk secara "ad-hock" ujud dan berlaku di...