Kolam "best keep secrets"
Menoreh getahSetiap hari di awal pagi sebelum matahari terbit abang Abu dan kak Besah isterinya turun menuju ke kebun getah mereka menaiki motosikal C70 untuk menoreh. Dalam perjalanan mereka akan singgah sekejap menunggu jiran rapat mereka Harun bersama isterinya Munah yang juga akan turut menoreh getah di kebun bersebelahan menaiki skuter. Rumah abang Abu dan kak Besah terletak di atas sebidang tanah seakan sebuah pulau di kelilingi oleh sawah padi yang luas saujana mata memandang di bahagian belakang rumah mereka yang mana penginapan tersebut terletak jauh dari rumah- rumah penduduk lain kecuali rumah Bedah tonggek terletak tidak jauh dari rumah beliau. Untuk abang Abu sampai ke simpang empat jalan raya utama menghala ke bandar, abang Abu pasti akan menempuhi simpang kecil ke kiri terletak kediaman Bedah terletak di atas sebidang tanah juga seakan sebuah pulau dan kemudian pula akan sampai simpang kerumah Harun dan isterinya Munah yang terletak di arah kanan tidak jauh dari rumah abang Abu juga terletak di atas sebidang tanah seumpama sebuah pulau sebelum sampai ke pinggir dusun dimana bermula nya kawasan sawah padi. Dari simpang empat utama untuk masuk ke kediaman Harun, Bedah dan abang Abu terdapat jalan raya kecil hanya muat untuk kereta berselisih dan penghujung nya terdapat dua bidang tanah dusun milik abang Abu dan Harun. Dari situ terdapat pula satu lorong kecil terbina di atas permatang sawah hanya boleh di gunakan oleh kenderaan dua roda seperti motosikal. Terdapat satu kawasan lapang sebagai parkir untuk meletak kan kereta pada akhir jalan dari simpang empat utama menghala jalan permatang itu. Kawasan lapang ini adalah untuk kegunaan tetamu abang Abu dan kak Besah yang datang untuk mendapatkan khidmat mereka berdua. Sebagai bomoh dan tukang urut yang di kenali ramai, mereka adalah bomoh dan pengurut handal terkenal di kalangan golongan elite yang tinggal di ibu kota.
Untuk sampai ke rumah Harun, Bedah dan abang Abu, mereka perlu menggunakan jalan sempit hanya muat untuk kenderaan motosikal sahaja. Untuk sampai ke kebun getah pula abang Abu dan Harun serta isteri-isteri terpaksa menyeberang jalanraya utama melalui simpang empat menghala ke atas ke arah kebun getah di satu kawasan yang berbukit. Seratus meter dari simpang empat arah ke bandar terletak penempatan pusat aktiviti ekonomi penduduk kampung ini. Terdapat deretan kedai-kedai, rumah-rumah, dan bangunan komuniti lain seperti sekolah-sekolah dan dewan orang ramai.
Abang Abu, kak Besah, Harun dan isterinya Munah memulakan kerja mereka menoreh dalam keadaan hari masih gelap. Dengan bantuan lampu suluh yang terpasang yang di letakkan di atas kepala mereka, kerja-kerja menoreh getah dapat di lakukan dengan sempurna. Pertengahan pagi lebih kurang pukul sembilan, mereka pada kebiasaanya dapat menyelesaikan kesemua kerja menoreh. Mereka berhenti untuk bersarapan di tepi anak sungai di atas binaan wakaf sederhana besar yang dibina oleh abang Abu dan Harun sendiri. Bersebelahan wakaf ini pula mengalir anak sungai merentasi kebun mereka yang mengalir diatas sepanjang sempadan kedua kebun-kebun ini.
Anak sungai bersebelahan binaan wakaf
YOU ARE READING
Koleksi Cerpen Pengeras Dan Bayarannya
Historia CortaMengesahkan satu kehidupan yang agak liar di satu penempatan perkampungan jauh di pendalaman. Tidak ada had dan batasan dalam melakukan hubungan intim diantara ahli-ahli kumpulan ini yang pada mulanya terbentuk secara "ad-hock" ujud dan berlaku di...