Chap 1

20 5 0
                                    

Hari yang dingin. Cukup membuat Syana Elyna berasa sejuk yang teramat. Hari yang dihiasi dengan suasana yang sejuk kerana hujan yang tiba pada malam tadi . Nak mandi pun air nya seperti ais yang membeku. Tidak tahu mengapa hujan pada malam itu sangat lebat membuatkan Syana berasa sejuk. Harap harap tak sampai demam la.

Hari ini aku perlu bangun awal kerana cuti sekolah sudah habis dan inilah waktu untuk ku bangun dan mandi. Setelah sekian lama aku cuti,akhirnya aku dapat ke sekolah semula.

Selesai saja aku mandi,aku mengambil wuduk dan solat subuh .

Setelah siap aku solat subuh, aku mula menyiapkan diri dengan memakai pakaian seragam sekolah. Aku juga memakai parfum yang tidak terlalu kuat bau nya supaya tidak mengambil perhatian kaum Adam di sekolah nanti.

Aku mengambil beg sekolah, tasbih digital dan stoking.

aku mula menuruni anak tangga dengan berhati-hati kerana cuaca di waktu pagi masih gelap akibat hujan. Turun saja di bawah,aku berlalu ke arah dapur. Lampu yang ada ibarat tak ada kerana hujan lebat malam tadi .

"Selamat pagi Na." Hampir terkejut aku dibuatnya kerana mendengar suara dari tepi telinga ku .

"YaAllah,ma. Kenapa bisik bisik pula ni? Terkejut akak,dah lah baru bangun." Ujar ku sambil memandang mama ku.

"Ala..mama gurau sikit pun tak boleh ke? Selama ni kan kamu aja.." balas mama.

"Baik Puan Nasya. Saya salah." Ujar ku sebagai tanda mengalah .

"Oh ya,mama dah siapkan sarapan. Nanti kamu jangan lupa makan pula ya. Mama nak solat." Ujar mama lagi .

"Baik,ma." Balas ku dengan ringkas.

"By the way kan ma..hari ni memang sejuk ke apa? Syana macam nak beku dah ni." Tanya ku kepada mama. Kut kut aku je yang rasa sejuk sangat ni . Rasa sejuk hari ni berbeza sangat dari hari yang lain!

"Mama pun sejuk juga ni. Jarang jarang rasa sejuk dia ni sampai buat badan bergigil." Balas mama. Aku boleh agak juga yang mama berasa sejuk. Mana tak nya? Mama je dah pakai baju sejuk bagai pakai baju 3 lapis.

"Ingatkan Syana je yang rasa sejuk. Mama pun sama rupanya." Balas ku selamba. "Kita duduk serumah..mesti la rasa benda yang sama..apa lah kamu ni." sampai geleng-geleng kepala mama kerana ucapan selamba ku itu .

"Dahlah, kamu sarapan sana. Mama nak naik atas kejap." Ujar mama lagi .

Sewaktu aku mula menjamah makanan,baru aku teringat yang aku belum melihat telefon ku lagi . Biasa la,orang muda..tak lepas dari telefon .Aku berlari menaiki tangga dan mencapai telefon ku yang berada di atas katil empuk dan turun kembali ke meja makan. Aku mula la bersantai santai di meja makan sambil membuka telefon ku. Takut ada benda yang penting.

"Oh! Weh dah pukul pukul 7.00!!." Aku terlampau lalai main telefon sampai tak sedar dah waktu untuk ke sekolah. Aku mula menyuci cawan yang aku minum lalu berlari mengambil beg.

"Ma! Syana nak pergi sekolah dah! Assalamualaikum!." Jerit ku sambil memakai kasut lalu keluar ke rumah . Tak sempat untuk aku salam mama akibat panik terlambat ke sekolah . Aku hanya berharap yang baik-baik saja.

Aku berlari pergi ke garaj untuk mengambil motor sport milik ku. Nasib sempat aku cuci semalam,nampak la bersih dan cantik. Ni lah akibat dah lama tak kesekolah..sampai motor pun terbiar.

"Semart juga motor aku ni. Ryver era is back!" Kata ku sendiri sambil melihat ke arah motor sport ku atau lebih dikenali motor R15. Ryver itu nama terkenal aku. Dulu,aku minat dunia permotoran,tapi dah lama aku tinggalkan .

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
foreverWhere stories live. Discover now