A new day, a new journey.
Bunyi alarm ku mula berbunyi pada pukul 5:00 a.m. dan membuat aku yang masih di alam mimpi tersedar . Aku yang masih mamai hanya mampu meraba telefon ku yang berada di atas meja kecil.
Hari ini aku memutuskan untuk bangun awal. Mungkin terlalu excited sebab dah lama tak bercuti dengan kawan kawan. Tak sabar untuk aku pergi ke Perak!
Aku pula sudah lama tidak ke Perak. Terakhir,aku pergi waktu berusia 5 tahun. Itu yang aku ingat la.
Tanpa basa basi,aku mencapai tuala di persidaian lalu bergegas masuk ke bilik air dengan sedikit mamai. Aku mengambil masa selama 10 minit juga di bilik air itu. Segar rasanya mandi pagi pagi. Cikgu kata boleh pakai baju bebas tapi menutup aurat juga.
Aku memilih kain berwarna hitam dan sweatshirt berwarna putih. Tudung pula,aku memilih untuk pakai shawl. Aku ingin memakai bawal,tetapi lupa untuk gosok. Jadi,terpaksalah aku memakai shawl. Sempat aku mengambil botol minyak wangi yang tidak terlalu mahal dan aku semburkan di pergelangan tangan dan tubuh ku.
Selesai saja aku mengayakan tudung,aku mengambil beg dan turun ke bawah. Agak lama juga aku pakai tudung. Maklumlah,pakai shawl memang susah. Tanpa sedar,sudah pukul 6:15 a.m .
"Awal kamu bangun? Ni mesti excited sangat nak pergi Perak." Ujar mama yang melihat aku sudah bangun terlebih dahulu.
"Hehe. Betul la tu," Balas ku sambil tersengih mendengar ucapan mama.
"Awal kau bangun," Ujar abang . Keajaiban apakah ini? Selalunya abang ku bangun lambat .
"Mesti lah! Kau ni pun... tiba-tiba je bangun awal?" Sindir ku pula .
"Mama suruh aku hantar kau pergi sekolah. Kalau bukan sebab mama,aku pun tak nak hantar kau tau." Balas abang .
"Eh,sudah sudah. Korang ni, pagi pagi dah gaduh. Jom, sarapan." Sampuk mama ku . Pasti letih seorang ibu ni kalau lihat anak dia pagi pagi dah ajak gaduh.
Manakala Qhayfir...
"Hari ni aku nak pakai baju ape eh?" Tanya ku sendiri.
Aku membelek belek setiap baju yang berada di dalam almari. Sampai aku terlihat sepasang baju kemeja berwarna putih dan sudah bersiap dengan seluar hitam dan dicapai oleh ku. Mungkin ini boleh jadi outfit hari ni.
"Hensem juga aku pakai baju kemeja." Puji ku . Seorang lelaki kena ada confident yang dia hensem.
Selepas saja aku melihat tubuh ku yang sudah dipakai baju dan seluar,aku terus pergi ke cermin besar untuk mengambil gambar. Dah hensem,kena la ambil gambar .
Gambar pertama di ambil.
Gambar kedua diambil.
"Aku ni nak pergi bercuti dengan membe ke nak ambil gambar? Haduh." Ngeluh ku sendiri kerana asyik mengambil gambar .
"Qhayfir Syakir!!!" Kedengaran suara jeritan oleh mama dari bawah. Pantas aku terus berlari dan mengambil beg. Tergopoh-gapah aku berlari.
Sesampai saja di sekolah,murid murid sudah beratur sebelum masuk ke dalam bas.
"Fi amanillah fi hifzillah,Sya." Ujar abang.
"Baik,bang." Balasku lalu menyalam tangan nya dan keluar dari kereta. Bag tarik ku yang berada di bonet,aku keluarkan.
Hari ini ramai yang memakai baju warna hitam. Macam rombongan nak ziarah orang sakit dah,haduh. Kerana hari ini aku memakai baju biru cair,aku terlihat menyerlah di situ. Ditambah lagi dengan aku yang memakai cap.
"Uish. MasyaAllah,cantik siak kau harini!" Ujar Maira.
"Hadza min fadhli rabbi (semua ini adalah kurniaan tuhan ku)." Balas ku sambil tersenyum manis.
Dari jauh pula,terlihat seorang lelaki yang memakai baju kemeja putih dan seluar hitam. Handsome!
Dan lelaki itu bernama...Qhayfir Syakir."Wow!" Ujar seorang pelajar perempuan. Mula dah perangai gatal nya tu muncul.
Tak lama selepas itu,kami sudah boleh mengambil tempat duduk di dalam bas. Aku mengambil tempat 2 seat. Sahabat sahabat ku pula di barisan belakang. Nak tak nak aku kena pilih tempat dulu.
"Mana diaorang ni...," Ngeluh ku sendiri.
"Ehem. Aku duduk sini boleh?" Tiba-tiba sahaja Qhayfir bertanya."Er...sorry jaga ikhtilat." Balas ku selamba.
"Oh." Balas Qhayfir. Malu la tu sebab aku kata jaga ikhtilat. Nak menggatal je kerja dengan anak dara orang.Akhirnya,muncul pun sahabat sahabat aku. Faira dan Syirah duduk berdua di belakang ku dan Maira duduk di sebelah ku.
Perjalanan Johor nak ke Perak agak jauh juga. Lebih lebih lagi naik bas.
Sepanjang perjalanan tu aku hanya mendengar lagu,scroll tiktok,tidur. Itu aja. Tadi saja sudah berhenti di 2 tempat rnr. Sekejap lagi bas akan berhenti di rnr teluk intan.
Sesampai saja di sana,masing masing-masing mencari tandas. Pelajar lelaki mengambil wuduk untuk solat maghrib. Waktu solat maghrib hampir habis. Jadi masing-masing gelabah mengambil wuduk. Perempuan yang tidak boleh solat berada di bilik air untuk mengambil gambar .
Manakala aku hanya duduk di bangku yang berada di luar surau itu. Aku masih mamai,maklumlah baru lepas bangun tidur.
Terlihat beberapa murid lelaki dan cikgu termasuk Qhayfir sudah keluar dari surau. Boleh pula aku sorang saja perempuan yang tak boleh. Jadi,aku sorang saja duduk di luar. Surau agak sempit kerana bilangan murid ramai...jadi aku memutuskan untuk duduk di luar saja. Para wanita masih belum keluar lagi dari surau.
"Eh,Syana? Kamu nak tunggu sini ataupun ikut kami pergi makan?" Tegur cikgu Rizal sambil menunjukkan tempat makan di rnr itu.
"Er...boleh lah." Balas ku. Daripada aku duduk sorang-sorang dekat luar surau ni lebih baik aku makan. Perut dah kebulur dah sebab lapar sangat.
Qhayfir pula hanya memandang wajah polos ku. Mungkin dia tahu aku lapar?
Lantas aku berjalan mengikuti mereka untuk pergi ke tempat makan di sini .
Tak lama selepas itu,baru lah kelihatan para pelajar wanita dan cikgu datang ke tempat duduk ku. Tak kan la aku nak duduk dekat dengan lelaki kan? Jadi,aku duduk sorang je la.
"Kau makan apa?" Tanya Syirah.
"Aku order nasi ayam." Balas ku.
"Ohh,ok ok." Ujar Syirah.
Selepas makan,kami masuk ke dalam bas semula. Dan,aku pula sambung tidur. Yang lain lepas makan pun terus dah masuk alam mimpi.
Setelah beberapa jam,akhirnya...sampai juga kami di Seri Iskandar,Perak! Tapi masing-masing sudah tiada tenaga kerana perjalanan nya agak jauh. Selepas check out bilik, masing-masing mungkin mandi dan solat isyak lalu tidur sambil dibuai mimpi. Badan semua sudah sakit sakit,tapi esok bakal menjadi hari yang terbaik kerana banyak aktiviti dan tempat kami ingin menjelajah!
YOU ARE READING
forever
RomancePada awalnya,mereka hanyalah sekadar sahabat dan mempunyai hobi yang sama . Tetapi pada akhirnya,mereka berakhir di pelamin yang indah berseri . "Will you stay until my last breath,abang?" - Syana Elyna . "I promise I will stay with you forever, say...