L.H. Black Rose's 2

3.1K 176 5
                                    

L.H. Holdings

Sampai sahaja dibangunan itu, matanya mencari bilik interview. "Aduh mana bilik dia ni" Ujar Lissa perlahan sambil matanya melilau mencari bilik interview.

"Haih sumpah tak lawak do, aku dah lambat ni. Baik aku pergi tanya dekat kaunter dah lambat kot sekarang ni" Jam ditangan ditilik. Sudah 8.08 minit pagi! Membulat matanya melihat jam itu. Laju kakinya berjalan kearah kaunter yang berada tidak jauh darinya.

"Err cik.." panggil Lissa.

"Ye saya. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Soal wanita yang sedang menjaga kaunter itu.

"Erm sebenarnya saya ada interview harini, tapi saya tak jumpa la bilik interview tu dekat mana. Boleh saya tahu tak dekat mana bilik tu sebab saya dah lambat ni" Ujar Lissa ramah.

"Ouh ada interview, bilik interview tu ada dekat tingkat 25" Balas wanita itu lemah lembut .

"Ouh terima kasih ye" ucap Lissa dengan senyuman sebelum dia mengorak langkah pergi ke bilik interview.

Sedang leka dia berjalan. Dia dirempuh oleh seseorang.

BUKK..

"Aduhhh" Lissa mengaduh sambil memegang bahu yang baru sahaja dirempuh oleh seseorang.

Seorang jejaka yang tinggi lampai dan kacak dengan muka yang ada mix italy dan memakai blazer hitam dan kemeja putih didalam membuatkan aura lelaki itu lebih kacak.

"Ehem" Jejaka itu berdehem sedikit kuat membuatkan Lissa tersentak di alam nyata.

"Tahulah aku handsome tapi takkan nak tenung aku sampai esok" Kata Jejaka itu dengan sinis.

Naik merah muka Lissa apabila jejaka itu seolah-olah memerlinya. "Awak yang langgar saya!" Bentak Lissa kecil.

Ternaik sebelah kening jejaka itu. "So? Who cares about that?" Balas jejaka itu tanpa nada. Jejaka itu terus masuk kedalam lift tanpa membantu Lissa.

Lissa memerhati lelaki itu dengan penuh geram. "Kau nak masuk lift ke tak?" Tanya Jejaka itu kepada Lissa. Lissa mendengar itu langsung bangun untuk masuk kedalam lift.

Sungguh memalukan dirinya betul harini. Langkahnya secara mendadak berhenti apabila melihat hanya jejaka itu sahaja didalam lift itu.

"Kalau aku masuk dalam lift ni nanti. Aku berdua dengan di jelah? Ish taknak aku" Bisik Lissa dalam hati.

Baru sahaja ingin berpusing terasa beg tangannya ditarik masuk kedalam lift itu. " Jangan buang masa aku, babygirl" bisik jejaka itu ditepi telinganya yang dilindung disebalik tudung.

Naik bulu roma Lissa apabila jejaka itu berbisik begitu kepadanya. "Babygirl?! Euww geli siot. Dia ingat aku ni girlfriend dia ke nak ber baby-babu dengan aku!" Ujar Lissa dalam hati. Tak mampu nak cakap depan-depan :)

Dia melihat butang lift itu sudah ditekan ditingkat 25." Aikk? Takkan lelaki ni pun nak pergi interview jugak, tapi pakaian macam bukan orang biasa-biasa ni." Bisik Lissa hairan.

Tingkat 25

Sampai sahaja ditingkat 25 dia terus keluar dari lift itu. Semua orang memandangnya pelik apabila sebaik sahaha dia keluar dari lift itu. Dia ada buat salah ke? Dia memandang kearah lift itu. VIP LIFT?!!

Membulat matanya apabila melihat papan yang dilift itu. Macam mana dia boleh naik lift itu.

Lelaki yang merempuh dirinya tadi! Takkan lelaki tu CEO sini kot! Matanya melilau cari jejaka itu kembali. Hampa, seperti sudah hilang dari radar. Kaki terus berjalan mencari bilik interview.

Apabila sampai dihadapan pintu bilik interview. Dia melihat nama tentera dipintu bilik itu. Luth Hayder. "Not bad jugak nama dia" Kata Lissa perlahan.

Dia memulas tombol pintu. Ramai jugak yang nak interview. Dia melihat ramai yang beratur mengikut giliran. "Kenapa masih ramai orang?" Tanya Lissa pada orang sebelah yang ingin interview juga.

"CEO ni datang lambat itu yang masih ramai orang" Balas perempuan itu. Lissa mengangguk faham. Haishh bernasib baik la juga dia harini kerana CEO tu lambat juga.

Dia mengambil tempat duduk terlebih dahulu sebelum gilirannya tiba. 22 minit dia menunggu gilirannya dipanggil.

"Lissa Haeryn" kedengaran nama nya sudah dipanggil. Kakinya melangkah masuk kedalam bilik itu. Selangkah dia masuk kedalam dia melihat figura lelaki yang duduk di kerusi mengahadap tingkap di belakang.

"Lissa Haeryn?" Tanya figura lelaki tersebut disebalik kerusi yang dipusing menghadap tingkap.

"Ye, saya Lissa Haeryn." Jawab Lissa gugup.

"Duduk" arah lelaki itu sepatah.

Lelaki memusing kerusi kearah Lissa yang berada dihadapannya. Terbeliak biji mata Lissa apabila melihat figura lelaki itu. Terkejut Lissa apabila melihat lelaki yang merempuh dirinya tadi duduk di kerusi itu.

"Awak?!!" Ujar Lissa dengan riak wajah terkejut. Mungkin tak percaya kot yang lelaki langgar dia tadi..

"Yes, it's me... Why?" Soal lelaki itu sinis. Terasa mahu pengsan saja apabila melihat lelaki itu.














Maaf lambat semalam saya busy sikit utk upload, so bab 2 sy dah up. Jangan lupa vote tauu!! Semoga jari korang ringan untu menekan button vote 😌

L.H. Black Rose's [COMPLETE]Where stories live. Discover now