L.H. Black Rose's 18

1.9K 83 2
                                    

Villa Istana Melaka.

Jantung berdegup kencang sedari tadi. Tangan menggigil dan sedikit kesejukan. 3.2.2024. Hari dia dan Luth akan disatukan dengan ikatan yang sah. Rasa berdebar dihati semakin laju.

Tokk..
Tokk..
Tokk..

Lissa segera berpaling ke arah pintu bilik. "Masuk!" Laungnya kuat. Puan Khadijah masuk ke dalam bilik sambil tersenyum manis ke arah Lissa. Lissa tersenyum lebar melihat Puan Khadijah.

"Macam tak percaya pulak mama, anak mama sorang ni dah nak kahwin. Tinggal berapa jam je lagi. Abang pun tak gerak lagi." Ujar mama sambil tergelak kecil. "Mama nii... Jangan buat Lissa menangis." Ujar Lissa sambil mencebikkan bibirnya.

Lissa memeluk lengan mamanya itu. Dia tahu dalam gelak mama nya itu terselit duka nya juga kerana raut wajah mama nya, dia sudah dapat tangkap. Puan Khadijah seraya tersenyum kecil dan mengusap kepala anaknya yang sudah ditutupi dengan tudung dan veil.

"Lissa..."

Lissa mengangkat muka untuk melihat. Lysandra. "Ahahaha again. Aku tak sangka kau nak kahwin dah.." Ujar Lysandra sedikit sebak. "Aku doakan kau supaya urusan rumah tangga kau dipermudahkan, dijauhkan daripada orang ketiga dan semoga Allah berkati rumah tangga kau sehingga akhir hayat." Ucap Lysandra. Perasaan sebak mula menghampiri. "Aamiin Terima kasih kak..." Jawab Lissa. Badannya bergerak sedikit kearah Lysandra dan memeluk susuk tubuh itu.

。⁠◕⁠‿⁠◕⁠。 。⁠◕⁠‿⁠◕⁠。 。⁠◕⁠‿⁠◕⁠。 。⁠◕⁠‿⁠◕⁠。 。⁠◕⁠‿⁠◕⁠。

Dia memandang ke dalam cermin. Betulkan ini dirinya? Berpakaian baju kurung berwarna putih dan dipadankan dengan veil yang labuh meleret. Jujur dia kata, ini adalah kali pertama dia nampak seperti lain dari yang lain. Cantik lah juga.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Lissa jom turun. Semua dah tunggu dekat bawah tu." Lysandra mengetuk pintu bilik. Hati dan jantung semakin berdebar. Dengan lafaz bismillah, dia keluar dari bilik dan menurun kebawah dengan penuh sopan santun. Dihadiahkan senyuman kepada para tetamu. Photographer tidak henti-henti mengambil gambar.

L.H. Black Rose's [COMPLETE]Where stories live. Discover now