L.H. Black Rose's 41

1.3K 48 3
                                    

"Arissa..."

Wajah Arissa yang pucat itu dipandang sayu.

"Mama..."

Arissa memanggil perlahan. Perlahan-lahan dia berjalan mendekati tubuh tua itu.

Tubuh wanita tua itu dipeluk erat sebelum air matanya terjatuh. Puan Nadhirah mengusap lembut wajah Arissa dan melepaskan ciuman di dahi Arissa.

"Maafkan Rissa ma.. Rissa derhaka pada Mama dan Papa. Ampunkan Rissa. Rissa minta maaf Mama." Pelukan semakin dieratkan dan tangisannya semakin kuat.

"Shhhh... Mama sentiasa maafkan anak mama. Mama sayang anak mama." Pujuk Puan Nadhirah. Wajah Arissa yang dipenuhi air mata itu dilap.

Secara tiba-tiba ada susuk tubuh seseorang masuk ke dalam bilik.

Aurelia berjalan menuju ke katil. Baju kakaknya yang belum siap kemas. Dia tolong kemas. Hari ni kakaknya sudah dibenarkan untuk pulang.

Puan Nadhirah yang melihat semua baju itu terasa pelik.

"Kenapa bawak luggage besar besar? Baju pun bawak banyak sangat dah kenapa?" Soal Puan Nadhirah pelik.

Tubuh Arissa yang berdiri sebelahnya dipandang. Arissa melepaskan keluhan.

"Tanya la Kak Rissa. Ini semua barang dia, bukan barang Fieya..." Balas Aurelia sambil tangannya lincah memasukkan baju ke dalam beg roda tersebut.

"Arissa..." Panggil Puan Nadhirah meleret.

Arissa senyum tawar sebelum pipi Puan Nadhirah dikucup lembut.

"Maafkan Rissa ma.." Ujar Arissa perlahan namun masih boleh didengari.

Terhenti pergerakan Aurelia. Jantungnya berdegup kencang. Peluh mula turun. Penghawa dingin seakan-akan tidak berfungsi.

Arissa menarik nafas sebelum dihembus perlahan.

"Arissa dah buat keputusan. Arissa akan pergi. Seperti apa yang disuruh oleh Papa. Maafkan Rissa sebab dah kecewakan hati mama papa. Izinkan Rissa untuk mulakan hidup baru dengan anak Rissa. Rissa janji, Rissa takkan ganggu keluarga ni dan takkan calarkan maruah keluarga ni... Itu janji Rissa ma, Fieya.."

Terkaku Puan Nadhirah dan Aurelia. Ke mana Arissa hendak pergi?

"Kak Rissa nak pergi mana?" Soal Fieya dengan suara yang bergetar.

Arissa menarik nafas dan hembus sebelum tersenyum nipis.

"Ke mana saja Fieya... Asalkan tiada siala tahu kewujudan akak lagi. Akak nak besarkan anak akak tanpa gangguan. Akak nak hidup anak akak bahagia, suci dan bukan dipenuhi dengan dosa seperti akak..." Ujar Arissa dengan suara bergetar.

Kakinya berjalan menuju ke katil. Baju yang belum dilipat diambil dan dilipat sebelum dia zip beg roda tersebut.

Puan Nadhirah dibelakang masih lagi terkaku dibelakang. Matanya memerhati setiap gerak geri si Arissa.

Beg roda itu diambil dan menarik mendekati tubuh Puan Nadhirah yang masih diam berdiri.

"Maafkan Rissa sekali lagi mama. Kirim salam, rindu dan maaf Rissa pada Papa. insha'Allah kalau Rissa dah bersedia untuk berjumpa dengan semua. Rissa akan balik Malaysia..."

"Mama tak izinkan!" Bantah Puan Nadhirah keras. Matanya yang berkaca dipandang tegas kepada Arissa.

"Rissa nak mulakan hidup baru mama. Dengan anak Rissa. Rissa nak jaga anak ni. Dia tak berdosa mama..."

"Mama boleh jaga cucu mama dengan anak mama!" Ujar Puan Nadhirah. Nada suaranya bergetar semasa menyebut perkataan 'Cucu'.

Arissa senyum kecil. "Terima kasih mama. Tapi tolong izinkan Rissa untuk mulakan hidup baru di luar sana. Rissa perlukan suasana yang baru. Izinkan Rissa ma..." Rayu Arissa.

"Fieya, tolong hantar akak ke airport boleh? Flight akak pukul 3 petang nanti." Tubuhnya dipusing menghadap Aurelia yang berdiri statik disebelah katil.

Fieya hanya diam mengangguk kecil.

"Maafkan Rissa semua..."

。⁠◕⁠‿⁠◕⁠。 。⁠◕⁠‿⁠◕⁠。 。⁠◕⁠‿⁠◕⁠。 。⁠◕⁠‿⁠◕⁠。 。⁠◕⁠‿⁠◕⁠。

"Assalamualaikum!" Jerit Hareez sebelum dia merempuh masuk kedalam bilik pejabat Luth.

Levine yang sedang duduk di sofa tersentak dengan kehadiran Hareez itu. Luth menggeleng kepala. Sakit otak dia dengan Hareez ni. Namun, keduanya menjawab salam Hareez didalam hati.

"Bagi salam tu dah bagus. Tapi kau tak boleh ke ketuk pintu dulu? Main rempuh masuk je! Kau ingat ni pejabat kau?!" Marah Luth. Matanya merenung tubuh Hareez yang selamba duduk di kerusi dihadapannya.

"Rilek laa. Macam tak biasa pulak. Emo betul member kau ni Levine." Ujar Hareez sambil menjeling Levine yang sedang duduk bersama dengan laptop di sofa tersebut.

Levine hanya hiraukan jarinya lincah menaip sesuatu di dalam laptop.

"Ini pun sama. Aku tengah bercakap dia, dia boleh pulak palau aku. Haish!" Dia menjeling wajah Levine.

Keadaan dalam pejabat menjadi sunyi untuk seketika sebelum ada yang merempuh masuk tanpa memberi salam.

Luth mendengus kasar.

"Eh bodoh!" Maki Luth dihadapan muka Hareez.

"Bukan aku la setan! Ameer gila!" Dia pulak yang dipersalahkan.

Ameer berjalan laju ke meja Luth dengan wajah yang serius.

"Hayder, pejabat kau dekat New York dipecah masuk oleh anak buah Dylan. Mereka dah ambil semua fail fail penting kau. Aku ada tengok melalui CCTV. Mereka ada berjalan ke bilik rahsia tapi mereka tak masuk kerana sistem kawalan pintu bilik tu terlalu ketat. Jadi mereka hanya mengambil fail fail tu sahaja." Ulas Ameer panjang. Serius sahaja wajahnya ketika menyatakan perkara itu.

Luth mengetap gigi kuat sehingga terbentuk rahangnya.

"Fail yang isi tentang syarikat di Malaysia ke?" Soal Hareez.

"Mungkin. Sebab aku ada suruh anak buah kita yang ada dekat sana untuk check fail apa yang takde. Mereka cakap fail dari malaysia dah takde dekat rak. Tapi ada fail lagi yang hilang dan masih belum dapat dikenal pasti lagi." Terang Ameer serius.

"Bodoh! Kau main kotor dengan aku Dylan! Kau memang menempah maut dengan aku!" Maki Luth.

"Arahkan beberapa orang anak buah kita dari Malaysia pergi ke sana malam ni! Pastikan esok aku dapat tahu fail apa lagi yang mereka ambik!" Arah Luth tegas dan garang.

Marahnya semakin membuak buak dengan perangai Dylan.

"Aku dapat rasa kan yang dia dah mulakan langkah dia. Please beware dengan keadaan sekeliling.

L.H. Black Rose's [COMPLETE]Where stories live. Discover now