L.H. Black Rose's 3

2.8K 161 1
                                    

Lissa melihat Luth Hayder yang tenang duduk di kerusi itu. "The heck macam mana dia boleh duduk kat kerusi tu?! Bukan CEO jeke?" Soal Lissa didalam hati. Matanya masih lagi memerhati Luth Hayder yang duduk di kerusi.

"Ye, aku CEO dekat sini" Kata Luth Hayder secara tiba-tiba seolah mengerti apa yang Lissa ingin sampaikan kepadanya.

"By the way sila perkenalkan diri kau terlebih dahulu.."

"Oh, nama saya Lissa Haeryn binti Zanif" Jawab Lissa.

"Tu je??" Tanya Luth.

"Habistu nak apa lagi? Saya mana tahu awak nak apa. First time interview kot, agak-agak la." Balas Lissa dengan sedikit mengeluh.

Luth menggelengkan kepala melihat Lissa sebegitu. Pertama kali dia jumpa orang interview sebegini.

"Nama penuh, results Spm, baru habis belajar dimana dan ambik course apa waktu belajar." Ujar Luth satu persatu dingin.

"Oh cakap la. Results SPM saya 8A, saya baru habis belajar di University of Oxford dalam beberapa bulan yang lepas dan saya ambik course business sepanjang saya belajar disana." Jawab Lissa dengan tenang walaupun agak gementar sedikit.

Luth mengangguk perlahan. " Izinkan aku perkenalkan diri aku. Nama aku Luth Hayder bin Mikael, aku CEO dekat LH Holdings ni and aku harap kau selesa bekerja disini bila kau diterima untuk kerja disini." Ucap Luth panjang lebar.

"Kau boleh balik nanti dalam beberapa hari syarikat aku akan hantar surat ke rumah kau sama ada diterima atau tak." Halau Luth secara halus. Lissa mencebik apabila mendengar itu. Nak halau la tu. Tanpa banyak kata dia terus keluar dari pejabat itu.

Beberapa hari kemudian..

"Lissa!!" Jerit Puan Khadijah Jazeera dari ruang tamu.

"Yee mama!" Balas Lissa dari atas. "Ni ada surat untuk kamu" Jerit mama nya lagi. Dia melangkah turun ke ruang tamu.

"Surat? Surat apa?" Soal Lissa pelik. "Ish mana la mama nak tahu surat apa tapi dekat surat tu ada cop LH." Beritahu mama.

Terbeliak biji mata Lissa apabila mamanya beritahu itu. "Iye kee?! Mana surat tu?! Mana mana!!?" Ujar Lissa dengan teruja. "Ish apa kamu ni. Tu ada dekat atas meja sana." Ujar Puan Khadijah. Dia menggeleng kepala melihat perangai anak nya itu.

Lissa dengan teruja dia berlari ke meja ruang tamu dan ambik surat itu. Dia mengambil surat itu dan membukanya. Perlahan-lahan dia baca dari atas hingga kebawah.

"ARGHHHH!! YESSS!! AKU DAPAT!!" Jerit Lissa riang di ruang tamu itu. Puan Khadijah yang berada didapur untuk masak ketika itu, terkejut apabila mendengar jeritan Lissa di ruang tamu.

"Lissa!! Yang kamu dok jerit-jerit kat situ dah kenapa?! Mari tolong mama masak!" Jerit Puan Khadijah balik. Entah apa-apa la yang terjerit-jerit sangat macam orang gila tu.

Tersengih Lissa apabila mama marah dirinya balik. Alamak. Dia berjalan menuju ke dapur dan membawa sekali surat yang dipegang olehnya itu. "Mama! Lissa dapat kerja dekat tempat yang Lissa interview haritu!" Kata Lissa dengan penuh rasa teruja.

"Alhamdulilah" perli Puan Khadijah sambil mata menjeling Lissa yang berada dihadapannya itu. Lissa tersengih menampakkan giginya yang tersusun cantik. "Alhamdulilah" ucap Lissa dengan penuh rasa syukur.

"Jauh ke tempat kerja tu dari rumah?" Tanya Puan Khadijah. "Takdelah jauh mana dalam 20 minit sampai la" Balas Lissa. Sambil-sambil itu dia menolong mamanya memasak sekali. Puan Khadijah mengangguk.

"Dah boleh bawak keluar makanan yang ada kat island table tu" Tunjuk Puan Khadijah. Lissa mengangguk. Dia melipat surat itu masuk kedalam poket seluar sebelum mengangkat makanan ke meja makan.

"Assalamualaikum" Jerit Amsyar yang berada dimuka pintu. "Waalaikumsalam, bagi salam pun nak jerit-jerit ke? " Perli Lissa kepada abang sulungnya. Amsyar menjeling Lissa yang berada di meja makan itu. "Suka hati aku lah" Jawab Amsyar kerek.

Lissa mencebik bibir melihat perangai abang sulungnya itu. Kalah perangai Aryan adiknya. "Mana mama dengan papa?" Tanya Amsyar. Dia mengorak langkah masuk ke dalam rumah dan menuju ke meja makan. "Mama ada dekat dapur, papa belum balik lagi.." Balas Lissa.

Amsyar hanya meng'oh'kan saja. "Aikk, Aryan tak balik lagi ke?" Tanya Amsyar lagi. Sudah pukul 5.40 petang takkan masih belum balik. "Dia study ngan kawan dia" Ujar Lissa sebelum mengorak langkah ke dapur semula. Amsyar hanya sekadar mengangguk. Cucur ikan bilis dan cucur bawang dihadapannya itu diambil dan makan.

"Amsyar! Kamu makan ni dah basuh tangan ke belum?!" Sergah mama secara tiba-tiba. Tersedak Amsyar dibuatnya.

"Uhuk uhuk.. Mama ni terkejut Amsyar" Balas Amsyar bersusah payah. Puan Khadijah hanya memandang anaknya itu. "Hehe, Assalamualaikum mama ku yang tercintahhh.. mintak salam" Ucap Amsyar panjang lebar dan tangan dihulur untuk salam. Puan Khadijah menyambut salam itu dan memukul bahu anak nya itu. Degil!

"Awhh sakit la mama" Kata Amsyar dengan manja. Eleh mana ada sakit. Anak lelaki kot. "Mengada! Pergi basuh tangan dulu baru makan" Ujar mama tegas. Amsyar mencebikkan mulut tanda protes.

"Apoo kau ni bang, pergi jelah basuh tangan" Selit Lissa secara tiba-tiba dan tangan memegang dulang air untuk minum petang. "Diam ah ko" Amsyar bangun dari tempat duduknya dan bergerak ke dapur. "Kalah Aryan perangai ko ni" Ujar Lissa. Amsyar menjeling tajam wajah adik nya itu. Lissa pula membalas jelingan itu. Kesah apa aku!

"Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam"

Dato Zanif dan Lysandra Xandria berjalan masuk ke dalam rumah itu. "Papa!" Panggil Lissa manja. Dia memang rapat dengan ayah nya sejak waktu kecil lagi.

Lissa menghulur tangan kepada Dato Zanif untuk salam. Dato Zanif menyambut salaman anak nya itu. "Aku ni kau taknak salam ke?" Tanya Lysandra, tangan dihulurkan kearah Lissa. Lissa hanya memandang Lysandra yang menghulur tangan kepada nya itu. Dia memandang untuk seketika dan kembali duduk dimeja makan.

Lysandra tercengang apabila Lissa hanya mengabaikan huluran nya. Dasar adik tak reti hormat!

Amsyar keluar dari dapur dan salam papa nya. "Jemput makan papa" Pelawa Amsyar. Dato Zanif hanya mengangguk.

"Lissa, kamu dah dapat kerja ke?" Tanya Dato Zanif. Lissa mengangguk. "Dah papa, dia baru je hantar surat dekat Lissa tadi" Jawab Lissa. " Iye? Syarikat nama apa tu?" Soal Dato Zanif lagi. " Syarikat LH Holdings" Balas Lissa senada. "Lahh yekee.. Tu tempat kerja kawan papa tu, tak silap papa anak lelaki dia yang jaga sekarang. Lissa ada jumpa ke dengan anak lelaki dia?" Ujar Dato Zanif panjang lebar.

"Anak dia? Luth Hayder ke?" Tanya Lissa balik. "Ha ye Luth Hayder sebab kawan papa ada sorang je anak laki." Jawab papa semangat. "Ohh Lissa ada interview dengan dia haritu.." Kata Lissa. "Sah! Jodoh kau dik.. Habis la kau, dahla mama ngan papa kenal mak ayah dia" Usik Amsyar. Lissa mencebik bibir tanda tidak suka. "Eiii taknak aku dengan dia tu, dahla dingin nak mampos" Balas Lissa geli. Memang tak laa dia nak kahwin dengan Luth Hayder tu..

"Elehh taknak-taknak pun nanti jodoh jugak tu. Aamiin" Amsyar mengaminkan kata-kata nya sebentar tadi. Lysandra disebelah pun turut mengaminkan juga. Lissa membuat muka tanda tidak suka. Puan Khadijah dan Dato Zanif tersenyum dalam diam. Dan mereka juga turut mengaminkan kata-kata Amsyar sebentar tadi.








Jangan lupa vote awaknyaa!! Byee terima kasih kerana sudi baca, maaf jika ada typo atau sebagainya..

L.H. Black Rose's [COMPLETE]Where stories live. Discover now