Special Chapter II

1K 44 0
                                    

Lissa melihat ke arah jam telefon miliknya yang sudah menunjukkan pukul 2 petang. Meeting dia bersama orang luar telah pun selesai 3 jam yang lalu. Dia membetulkan urat pinggang nya yang terasa kebas.

Terasa semakin sibuk kerja di syarikat nya. Sewaktu mengandung kan anak sulung mereka, dia memang duduk di rumah sahaja. Tapi disebabkan atas permintaan dan ingin capai cita-cita yang diingini selama ni. Dia berjaya menubuhkan sebuah syarikat atas namanya sendiri.

Selepas saja dia selesai berpantang anak pertama. Dia terus mulakan operasi syarikat. Alhamdulilah semuanya diberi kemudahan.

Impian yang dia idamkan selama ni telah pun tercapai. Impian yang kita menunggu dengan penuh kesabaran pasti akan ada jalannya untuk berjaya. Ianya mungkin cepat atau lambat, kita sebagai seorang hamba Allah. Kita perlu bersabar dan menerima dengan takdir yang telah diaturkan.

Jika sekarang bukan rezeki kita, mungkin satu hari nanti akan terselit rezeki untuk kita bersama. Untuk memudahkan proses berjaya adalah sentiasa percaya dengan takdir dan jangan pernah mempersoalkan takdir hidup. Terima dengan tenang dan sabar, Dan insha'Allah semua proses itu akan berjalan dengan lancar.

Sedang dia leka termenung. Secara tiba telefon bimbit miliknya berdering. Dia terus mencapai dan mengangkat

"Hello.."

"...."

"Okay abang. Terima kasih."

"...."

"Byee! Love you abang.."

Panggilan telefon terus diletakkan. Dia terus berdiri dan mencapai beg tangan sebelum dia bergerak keluar dari pejabat.

"Puan...Puan nak balik dah ke?" Soal Naisya ketika Lissa berjalan dihadapannya.

Lissa tersenyum dan mengangguk. "Saya datang sebab meeting je. Saya nak balik dah ambik anak saya dekat rumah mak mertua." Balas Lissa.

Naisya mengangguk dan tersenyum manis. "Jaga diri Puan. Anak ketiga menunggu masa nak keluar." Ujar Naisya bersama tawa kecil.

Lissa tergelak mendengar bicara Naisya. "Baik la. Saya minta diri dulu. Jangan balik lambat sangat. Jaga diri. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam." Naisya menghantar pemergian Lissa dengan matanya. Dia tersenyum kecil apabila Lissa melayani dirinya tidak seperti pekerja. Malah seperti adik beradik. Terlalu baik Lissa dengan semua pekerja disini. Semoga Lissa terus berjaya dunia akhirat.

。⁠◕⁠‿⁠◕⁠。 。⁠◕⁠‿⁠◕⁠。 。⁠◕⁠‿⁠◕⁠。 。⁠◕⁠‿⁠◕⁠。 。⁠◕⁠‿⁠◕⁠。

"Assalamualaikum mummy.." Lissa membuka pintu rumah yang tidak berkunci itu perlahan-lahan.

"Waalaikumsalam.."

"Mummy, mana Hayden dengan Luthfan?" Soal Lissa. Matanya melilau mencari kelibat dua orang anaknya itu.

"Hayden dengan Luthfan d
tengah tidur. Penat sangat kot main dekat belakang rumah tadi." Ujar Puan Siti.

"Lissa, jom makan dulu. Dah makan tengah hari belum?" Soal Puan Siti. Dia memandang wajah Lissa.

Lissa senyum nipis dan menggeleng. "Tak sempat nak makan. Kerja banyak sangat tadi. Lepas siap kerja je, Lissa terus datang sini nak ambik Hayden dengan Luthfan." Jelas Lissa sambil mengikuti langkah Puan Siti ke meja makan.

Puan Siti menggeleng mendengar penjelasan dari menantu kesayangannya itu.

"Ya Allah, lepas ni jangan kerja kuat sangat. Jaga waktu makan tu penting. Lissa kan tengah mengandung. Jangan lupa pulak!" Pesan Puan Siti risau.

L.H. Black Rose's [COMPLETE]Where stories live. Discover now