01

21 7 6
                                    

"Mashiho! Hantar makanan ni dekat meja nombor lapan!" ujar Hyunsuk

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"Mashiho! Hantar makanan ni dekat meja nombor lapan!" ujar Hyunsuk.

Namun tiada sahutan, makanan yang berada di atas dulang itu pun masih disitu.

Hyunsuk mencebik "Mashiho! Nak kerja ke taknak?"

Pekerja yang lain hanya mampu menggeleng. Chef Hyunsuk ni, memekak je.

"Biar saya yang hantar" ujar Kim Dayeon seraya mengambil dulang makanan itu untuk dihantar.

Dayeon memandang sekeliling ruangan restaurant itu, mana pula Mashiho ni. Telefon bimbit dari poketnya dikeluarkan. Jarinya ligat menaip pesanan untuk dihantar kepada Mashiho.

"Kim Dayeon!"

Dayeon menoleh.

"Nak kerja ke nak main telefon? Cepat ambil ni pergi hantar dekat pelanggan" ujar Hyunsuk seraya menghulurkan dulang makanan itu.

Dayeon menyimpan telefon bimbitnya dan dengan cepat dia bergerak untuk menghantar makanan kepada pelanggan.

"Mashiho mana siak" Dayeon melihat pesanan yang dihantar kepada Mashiho sebentar tadi. Masih belum dibaca.

"Yah! Kim Dayeon!"

Dayeon menyimpan telefon bimbitnya lalu melangkah ke arah Hyunsuk.

"Chef Hyunsuk, diam sikit. Nanti customer takut" ujar Dayeon. Hyunsuk hanya membalas dengan jelingan lalu sambung memasak.

Lelaki yang tiba-tiba berada disebelahnya dilihat "Mashi, hantar order ni" ujar Dayeon seraya menunjuk ke arah makanan yang diletakkan di atas dulang.

Mashiho mengangguk dan menghantar makanan itu dengan segera.

Dayeon mengambil posisi dia yang sebenar setelah Mashiho datang semula. Tahu apa posisi dia? Dia tu cashier, nasib baik tadi belum ada orang nak bayar.

Dayeon melihat jam di dinding. Pukul 9 tepat. Sikit lagi kerja dia nak habis. Lepasni boleh lah rehat rehat, baring baring. Aduh, nyamannya.

.

*ding dong*

"Food panda! Makanan dah sampai"

*ding dong*

Loceng rumah ditekan sekali lagi. Disebabkan tidak dibuka, Yedam dah malas nak tekan. Dia ketuk je pintu tu.

*tok tok tok*

"Wei! Makanan dah sampai!"

Yedam menghela nafas, dah lah makanan ni COD. Baru nak merasa pegang duit.

"Aduh, kena scam ke" katanya perlahan. Bungkusan makanan yang berada di tangannya dilihat, makanan ni nak buat apa? Dah lah duit pun tak dapat, siapa nak bayar?

"Hak alah, dah order makanan lepastu tak buka pintu" pintu rumah orang itu ditendang oleh Yedam, biar lah nak kemek ke nak pecah ke.

Yedam turun dari rumah apartmen itu dengan muka yang bengang.

"Yedam-ya"

Yedam menoleh.

"Kenapa? Nampak marah je" soal Yoshi, dia kan security guard terhangat di situ.

Yedam cuba untuk tenang "Customer tu dah order makanan lepastu dia tak buka pintu rumah pula"

Yoshi tersenyum "Alah, biasa lah customer macam tu"

"Ye lah sekarang dah anggap biasa dah, padahal menyusahkan orang"

"Jangan lah marah marah, nanti rezeki tak masuk" ujar Yoshi.

Yedam mengangguk "Saya pergi dulu lah hyung, elok elok buat kerja kat sini"

Yoshi mengangguk sambil tersenyum.

.

"Mashi hyung"

Mashiho menoleh "Yedam, kenapa?"

Yedam menunjukkan bungkusan makanan di tangannya "Ni makanan daripada kedai ni, tuan rumah tu tak buka pintu"

Mashiho mengangguk "Pergi bagi Hyunsuk hyung"

Yedam menggeleng "Taknak, hyung lah pergi bagi dekat dia"

Mashiho juga menggeleng "Hyung banyak kerja, Yedam je lah pergi bagi kat dia"

"Mashiho!"

Mashiho menoleh. Ha, kan si Hyunsuk tu dah panggil.

"Buat kerja, jangan sibuk berborak" pesan Hyunsuk sebelum sambung memasak.

Mashiho menoleh Yedam semula "Dengar tu, dia dah bising dah. Yedam pergi lah hantar" ujar Mashiho sebelum sambung semula kerjanya.

Perlahan-lahan, Yedam menghampiri Hyunsuk. Yedam tidak berkata apa-apa, dia cuma berdiri disitu.

"Yedam"

Terus tersedar lamunan Yedam.

"Nak apa? Mana ada pesanan COD dah. Ke kau nak makan? Nak makan pergi kat kaunter sana. Kaunter ni bukan kaunter. Ni tempat letak makanan untuk dihantar" ujar Hyunsuk tanpa melihat Yedam.

"Bukan nak order makan. Order COD ni tadi, tak ada orang buka pintu"

Hyunsuk menoleh ke arah Yedam "Kau ni pun satu, sangkut je lah kat pintu dia, tu pun susah"

"Ni kan dia nak bayar waktu COD, siapa nak bayar?"

"Kau lah bayar. Habistu hantar dekat sini nak buat apa? Takkan aku pula yang nak makan. Nak buang, membazir. Tak ada untung kedai ni kalau macam ni"

Yedam menggaru kepalanya, sebab tu lah dia malas nak bercakap dengan Hyunsuk ni.

Yedam menoleh Mashiho, tengah buat kerja lah pula. Yedam menoleh Dayeon pula, Dayeon tengah duduk termenung tengok jam.

Yedam melangkah ke arah Dayeon "Dayeon"

Dayeon menoleh "Apa?"

Bungkusan makanan yang berada di tangannya ditunjuk "Ni, nak buat apa?"

Dayeon mengangkat bahunya "Entah"

"Entah?"

"Ish! Kau pergi je lah letak kat depan muka Hyunsuk tu, geram pula aku tengok dia lama lama" ujar Dayeon.

Yedam letak makanan itu di atas kaunter. Pandai-pandai lah Dayeon settlekan.

TBC

-cashier restaurant-

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

-cashier restaurant-

𝐖𝐡𝐨'𝐬 𝐓𝐡𝐞 𝐊𝐢𝐥𝐥𝐞𝐫? || 𝙏𝙍𝙀𝘼𝙎𝙐𝙍𝙀Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang