Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Dayeon, buang sampah ni dekat tong sampah luar sana" ujar Hyunsuk.
Dayeon yang sedang menyapu menoleh Hyunsuk "Chef, pergi lah suruh Matthew tu buang, ingat pekerja dekat sini saya je ke? Semua saya nak kena buat" Dayeon menoleh Matthew, orang lain sibuk nak tutup kedai, dia boleh santai main game.
"Kau ni berkira lah Dayeon, kau pergi buang sampah sekarang. Matthew ni dah penat, dia dah basuh pinggan, mangkuk, cawan, kuali, semua dia dah basuh. Bagi lah dia rehat"
Dayeon mengerutkan dahinya "Bukan yang basuh-basuh ni semua Gaeul ke yang buat" ujar Dayeon perlahan.
"Kim Dayeon, pergi je lah. Nanti bising pula Hyunsuk tu" kata Mashiho dengan perlahan.
"Iya lah" penyapu yang berada di tangannya dilepaskan tepat di kepala Matthew. Kesannya, Matthew mengusap kepalanya.
"Sakit lah!"
"Kisah apa aku sakit ke tak sakit, kau pergi menyapu sekarang. Kerja main game je" ujar Dayeon sebelum melangkah keluar untuk membuang sampah.
Matthew menjeling Dayeon sebelum penyapu tadi diambil.
"ARGHHHHHHHHH!" kedengaran jeritan Dayeon dari luar.
Hyunsuk menggaru kepalanya "Apa lagi lah masalah minah tu. Gaeul, pergi tengok kat luar tu kejap. Ada apa memekak tu"
Gaeul mengangguk dan letak kain lap meja ditempat asal sebelum kakinya melangkah ke pintu belakang restaurant.
"Dayeon, kenapa?" Gaeul mendekati Dayeon yang sudah berada di tanah.
Dayeon menunjuk sesuatu yang berada di tanah. Mata Gaeul membesar. Telefon dari poketnya dikeluarkan dan dengan cepat jarinya mendail nombor polis.
.
"Kau dua orang ni kenapa? Dah macam orang nampak hantu dah" soal Hyunsuk sebaik sahaja Gaeul dan Dayeon masuk semula ke restaurant.
"Nak tau pergilah tengok sendiri dekat belakang sana" ujar Dayeon. Namun diabaikan oleh Hyunsuk, malas dia nak kebelakang.
"Dayeon, ada apa?" soal Mashiho perlahan.
Dayeon menggeleng "Tunggu je lah"
Mashiho mengerutkan dahinya, tunggu apa?
Kelima lima manusia di restaurant iaitu Hyunsuk, Mashiho, Dayeon, Gaeul dan Matthew terdiam dan terkaku setelah mendengar bunyi siren polis.
"Yah, kenapa?" soal Hyunsuk dengan kuat namun tiada balasan.
*tok tok tok*
Hyunsuk menuju ke belakang untuk membuka pintu yang diketuk.
"Saya detektif Jihoon" ujar Jihoon seraya menunjukkan kad identitinya.
"Kami menerima laporan bahawa mayat dijumpai disini" ujar Jihoon.