TIADA seorang pun antara kami yang mahu mulakan perbualan. Kedua-duanya asyik dibuai menungan. Baik yang sedang duduk di tempat duduk penumpang mahupun yang sedang membawa kereta.
Aku mengetap bibir. Mata dipejam rapat. Bayangan kejadian tadi kembali bermain di minda namun cepat-cepat aku tepis. Malu woi malu!
"Kau kenapa dok menepis-nepis depan muka kau? Halau setan?" Laju mata aku menikam wajah dia. Bombastic side eye.
Aiman menjeling aku sekilas sebelum kembali memandang jalan raya. "Apa?"
"Mulut tu kalau boleh celupar lagi. Kau kalau dia datang malam ni, biar dia kacau kau!"
"Dia mesti tak nak aku. Dia mesti nak budak yang suka muntah merata." Sarkastik. Lengkap. Padat. Pedih.
Auch.
"Tak, apahal kau bawak aku pergi mamak yang jauh-jauh ni? Kalau tidak mesti sampai petang. Ini masuk maghrib dah." Aku mengomel. Telefon yang langsung tak dipegang sejak pagi tadi mula dibuka.
Mata aku terbeliak besar.
700+ message not read.
217 missed call.
Damn, I'm gonna die.
"Kau okey tak? Menggigil semacam tangan kau." Aiman menoleh beberapa kali ke arah aku namun aku biarkan soalannya dibiar sepi.
Aku yakin, kak Kaseh pasti mengamuk sakan bila aku balik nanti.
Teringat kejadian yang pernah berlaku sebelum ini sehingga aku pernah hampir ditikam oleh kak Kaseh. Aku menelan air liur. Buku roma terasa berdiri tegak.
Aku cuba memberanikan diri. Aiman disebelah yang fokus membawa kereta dipandang. Aku menggengam erat kedua-dua belah tangan. Rasa malu cuba diusir.
Walaupun perkara ini nampak gila, sebenarnya memang pun. Tetapi terpaksa, tolonglah. Sehari saja...
Telefon aku matikan sebelum kembali diletakkan kembali di dalam beg.
"Aku nak balik." Mendatar sahaja nada yang aku gunakan. Otak aku memang dah kosong. Tak mampu fikir apa-apa dah. Hanya fikir kemungkinan yang bakal menanti bila sampai di rumah saja nanti.
"Aku memang tengah bawa kereta nak bawa kau balik, Mawar. Kau kenapa ni?"
"Tak, aku nak balik rumah kau."
SRETTT!
Kereta diberhentikan secara mengejut.
Sedikit sahaja lagi badan aku nak terbang kedepan. Nasib baik sebelah tangan Aiman laju menghalang.
Jantung aku terasa nak terkeluar dari badan saja. Aku menoleh memandang Aiman yang membatu di kerusinya.
"Kau gila ke!" jerkah aku. Kalaulah ada kereta dekat belakang tadi, naya je eksiden disebabkan dia.
"K-kau kata apa tadi?" Mukanya pucat tak berdarah. Matanya seakan bergetar memandang wajah aku untuk meminta kepastian.
Aku diam tidak membalas. Mata dipejam rapat. Ikutkan hati, memang nak nangis dekat sini. Tahan Mawar, tahan.
"K-kau nak apa tadi?" Wajah aku terasa membahang.
"Tumpang rumah kau." Perlahan sahaja aku membalas. Terdengar sebuah keluhan berat dilepaskan oleh lelaki itu. Semakin bawah aku menunduk.
"Mawar, look at me. Your eyes, show me your eyes." Lambat-lambat aku mengangkat kepala. Mata masih kekal memandang bawah.
"I said, look at me," tegas suara itu memberi arahan. Dengan itu, mata pula aku dengan lambat-lambat dihadapkan ke arah anak mata Aiman. Wajah lelaki itu kelihatan garang.
YOU ARE READING
Hello, Aiman Al-Qays [Hiatus 2025]
Romance[SECOND STORY OF 'HELLO' SERIES] Penipuan yang berpaksikan rasa bersalah, tetap akan dibenci. Sebuah niat yang ikhlas ternyata menerbitkan rasa kesengsaraan dalam diri seseorang. Dia mangsa, dia tersepit diantara masa silam dan masa akan datang. Sia...