CHAPTER 5 - [t r a g e d i]

28 8 0
                                    

AKU menggigit bawah bibir dengan kuat. Lantaklah luka nanti, tapi luka dekat kaki sekarang ini lebih sakit.

"Sekejap ya cik. Ada lebih kurang lima lagi serpihan kaca yang terbenam dalam tapak kali cik. Kami tengah usaha keluarkan. Tahan ya?" Aku tak mengangguk mahupun menggeleng. Pandang pun dah tak mampu.

Kepala ditoleh ke kiri. Hasilnya, mata aku bertembung dengan mata Aiman. Lelaki itu menjongketkan sebelah keningnya.

"Sakit ke?"

"Eh taklah. Geli." Rasa sakit mula digantikan dengan rasa geram. Kalau tak memikirkan kaki tengah kena pegang dengan doktor, dah lama aku sekeh kepala mamat ni.

"Kau ni tak padan dengan sakit. Menjawab je kerja."

Baru aku buka mulut untuk membalas, satu serpihan kaca dikeluarkan secara kasar dari tapak kaki aku menyebabkan aku terjerit kecil. Refleks tangan menarik baju lelaki di sebelah aku.

"Maaf cik, maaf!"

"Please, be careful." Tegas Aiman memberi arahan. Matanya mencerlung tajam ke arah perawat tersebut.

Perawat itu mengangguk kecil. Tangannya sedikit gementar. Sebelah kening Aiman terangkat. Takut sangat tu.

"Sakit..." Terkeluar air mata wanita aku. Semakin erat aku menggenggam baju Aiman. Tak tahulah reaksi dia macam mana.

Fokus Aiman kembali kepada aku.

"Sikit lagi. Lepas ni aku hantar kau balik." Hanya anggukan kecil aku berikan. Sedikitpun aku langsung tak angkat muka. Jatuh air muka aku kalau dia tengok muka hodoh aku tengah menangis.

Dalam masa lebih kurang satu jam, semua sesi pencucian dan pengubatan akhirnya selesai. Sedikit terhinjut-hinjut aku jalan. Aiman cuba memberi pertolongan namun aku menolak. Gila kau nak bagi yang bukan mahram pegang?

Cukuplah dia dukung aku masuk dalam kereta. Yang lain aku dah trauma!

"Kau ni degillah. Meh sini aku tolong." Aku menggeleng. Habis semua benda di sekeliling aku raba untuk dijadikan sebagai alat penahan badan aku daripada jatuh.

Aku memandang benda yang paling dekat dengan aku. Ada meja sebelah pintu keluar. Dan yang paling menariknya, meja tu jauh.

Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum dilepaskan. Boleh Mawar boleh!

Baru satu tapak melangkah tanpa berpegang pada apa-apa, semangat aku hilang. Kaki aku seakan terkena sengatan lebah. Sakit dia zzup! Sampai ke otak.

Rasa ringan sahaja badan pada waktu ini. Aku siap sedia menutup mata. Sekurang-kurangnya kalau jatuh nanti boleh terus buat-buat pengsan. Tak adalah malu sangat.

Tapi macam lama pula badan aku nak jatuh. Aku membuka mata aku sedikit. Aiman memandang aku dengan wajah cemas tetapi apabila mata kami bertembung sahaja, terus sahaja riak wajahnya berubah.

"Kau sebenarnya sengaja pura-pura nak jatuh, kan? Iyalah, nanti ada putera kacak nak sambut."

Dia mengoyak senyum sinis.

Tangan aku pantas memukul dadanya.

"Eee, perasan. Aku tak suka lelaki perasan." Muka sehabis baik cuba control walhal dalam hati dah macam tengah buat persembahan dangdut.

Aiman tetap dengan sengih nakalnya. Tiba-tiba dia mula membuat aksinya semula. Aku terkejut beruk habis.

"Aiman! Turunkan aku!" Aku berbisik keras sebagai amaran namun cepat-cepat aku sorokkan muka apabila pesakit yang sedang berada di ruangan menunggu tersebut semua memandang ke arah kami. Wajah aku terasa membahang.

Hello, Aiman Al-Qays [Hiatus 2025]Where stories live. Discover now