CHAPTER 3 - [i n g a t a n]

47 9 0
                                    

"MAWAR dah balik." Aku menutup pintu. Suasana rumah sunyi sahaja. Aku mula mengatur langkah mencari kak Kaseh.

'Pelik. Selalunya sekarang kak Kaseh tengah memasak.'  Aku bergumam di dalam hati. Tangga didaki lalu bilik kak Kaseh aku tujui.

Lampu bilik yang terbuka membenarkan firasat aku. Dah agak dah, mesti kak Kaseh tidur petang.

"Aka-" Aku buka sedikit pintu namun terhenti apabila mendengar suara seperti sedang saling memarahi di dalam talian.

"Aku tak nak tahu. Yang pasti, jangan sampai perkara ni berulang lagi. Dia tak boleh dekat seinci pun dengan Mawar." Panggilan dimatikan. Begitu juga dengan aku. Terasa bagai otak mati seketika.

Tiba-tiba pintu bilik dibuka dari dalam. Terkejut kak Kaseh melihat aku termenung di muka pintu.

"Mawar? Ma-Mawar buat apa depan bilik akak ni?" Aku tersentak. Aku memandangnya dengan wajah bingung.

"Hah?"

"Mawar buat apa depan bilik akak?" Kak Kaseh mengulang pertanyaannya. Aku menggaru kepala yang masih tersarung tudung.

"Mawar cari akak. Selalunya akak ada saja dekat dapur. Tapi tadi tak ada pula. Itu yang Mawar cari dekat bilik akak." Kak Kaseh masih kelihatan tidak berpuas hati.

"Mawar dah lama ke duduk depan bilik akak?"

"E-eh tak. Mawar baru sampai. Tengok-tengok akak dah bukak pintu dulu." Aku cuba menayangkan senyuman manis. Apa yang aku dengar tadi aku tidak ceritakan.

Kak Kaseh hanya mengangguk. Pintu biliknya ditutup sebelum bahu aku dirangkul.

"Hari ni kita makan luarlah. Akak teringin nak makan dekat Pak Mat Western." Walaupun hairan, tetapi aku tetapi mengiyakan. Dalam fikiran, banyak benda aku nak bertanya namun aku diamkan.

"Jom."

𝙚 𝙩 𝙚 𝙧 𝙣 𝙖 𝙡 𝙢 𝙚 𝙢 𝙤 𝙧 𝙞 𝙚 𝙨 || 𝙝 𝙚 𝙧 𝙝 𝙪 𝙨 𝙗 𝙖 𝙣 𝙙

"Mawar." Aku berhenti makan serta merta. Panggilan kak Kaseh kali ini agak tegas.

"Ya?"

"Mawar, betul ke pergi pasar gadis hari ni?" Okey, benda ni boleh jadi isu kalau aku tak jawab betul-betul.

Sudu dan garfu aku letak ke tepi. Relaks Mawar, kak Kaseh tak akan marah punya.

Namun semuanya tampak tipu. Cara dia memandang aku cukup membuatkan jantung aku hampir gugur di medan perang. Sumpah seram!

'Mesti ada kena mengena dengan panggilan tadi." Sempat aku mengomel dalam hati.

"Okey, niat utama memang nak pergi pergi pasar gadis. Itu, memang sumpah Mawar tak tipu. But something happened, so i change my mind and go to the book cafe. Just that."

Kak Kaseh hanya diam. Aku melirik makanan aku dan kak Kaseh bersilih ganti. Nak makan, tapi tengah kena marah. Nak makan, tapi tengah kena marah.

"Makan jelah." Kak Kaseh menjeling aku. Menyampah agaknya lihat kepala aku dan macam hendak teleng.

Tanpa aba-aba, terus aku capai kembali sudu dan garfu dan sambung makan. Kak Kaseh merenung aku. Lama.

Apabila aku angkat sahaja kepala, mata aku dan dia bertembung. Aku tidak faham apa yang cuba dia sampaikan melalui tatapan matanya namun yang pasti, dia ada sembunyikan sesuatu daripada aku.

Hello, Aiman Al-Qays [Hiatus 2025]Where stories live. Discover now