CHAPTER 7 - [b i l i k]

28 11 0
                                    

AKU menghempaskan badan di atas katil. Telekung masih belum ditanggalkan. Aku mengeluh perlahan.

Fikiran menerawang memikirkan setiap satu perkara yang berlaku pada tahun ini. Sedikit sebanyak, aku mula mempersoalkan tentang masa lalu.

'Betul ke kak Kaseh kakak aku?'

'Mana mak dengan ayah?'

'Aku kerja apa sebenarnya sebelum ni?'

'Dah ada kekasih ke belum?'

Aku menjerit sepuas hati sebelum berguling-guling di atas katil seperti orang gila.

"Bunga, abang dah datang sayang."

Gulingan aku terhenti. Badan seakan kaku. Cepat-cepat aku duduk dari pembaringan dan memandang sekeliling.

Kosong...

Aku memegang kepala. Jantung berdegup kencang sebelum tangan memukul pada bahagian itu berkali-kali. Tanpa sedar, aku menangis.

Menangisi semua kehilangan yang aku sendiri tidak pasti bagaimana hendak aku temui.

"Kenapa... kenapa setiap kali suara kau datang, dekat sini..." Aku menepuk dada. Semakin lebat tangisan aku. Suara menjadi semakin serak.

"...dekat sini sakit. Sakit sangat. Kau siapa... tolonglah. Tolong bantu aku ingat semula siapa aku sebenarnya. Tolong..." Aku meraung. Tangan naik menutup muka.

"Sakit ya Allah, sakit..."

"Bahu aku ada untuk kau menangis, bunga."

"Tak ada, kau tak ada sekarang. Aku perlukan kau..." Semakin lebat air mata yang gugur. Sesak dan sakit kepala bercampur. Dengan tangisan yang masih belum mereda, aku mula terbatuk-batuk. Dada ditepuk semakin kuat.

Sesak tidak terkata. Sedikit udara pun aku tak mampu hirup waktu ini. Semakin aku mencuba untuk bernafas, semakin sakit kepala aku. Dalam satu masa, suara dari pelbagai situasi kedengaran.

"What if I called you bunga? Mawar dan bunga. Gorgeous."

"Panggillah aku abang. A-B-A-N-G."

"I love your lips, bunga. Rasa strawberi."

"I'll protect you until my last breath. Me, as your knight, will always be by your side."

"Kau jangan degil bunga. Makan ubat tu."

"Kau cantik macam bunga api. Apa-apa yang berkaitan dengan bunga, will always reminds me about you."

"Diamlah penipu, DIAM!" Aku menekup kedua-dua belah telinga. Mata aku kian memberat. Nafas aku mula menjadi perlahan namun suara itu tetap bergema. Aku tak mampu mendengar apa-apa lagi yang suara itu bicarakan tetapi sebelum mata tertutup sepenuhnya, 'dia' berbicara lagi.

"Sleep well, Mrs. Qays."

𝙚 𝙩 𝙚 𝙧 𝙣 𝙖 𝙡 𝙢 𝙚 𝙢 𝙤 𝙧 𝙞 𝙚 𝙨 || 𝙝 𝙚 𝙧 𝙝 𝙪 𝙨 𝙗 𝙖 𝙣 𝙙

Buka sahaja mata, cahaya terang menembusi kornea mata aku. Perlahan-lahan aku cuba bangkit dari pembaringan. Mata meliar memandang sekeliling. Masih dalam bilik yang sama dengan posisi yang sama serta... bertelekung.

Aku memegang kepala seraya mengeluh berat. Pening. Mata mengerling ke arah jam dinding.

8.09 pagi.

Mata aku terbeliak. Aku terus melompat turun dari katil dan berlari menuju ke arah bilik air.

Subuh gajah mak!

Hello, Aiman Al-Qays [Hiatus 2025]Where stories live. Discover now