Qaisara berjalan-jalan di luar halaman rumahnya bsambil bermain buai disana. Seketika Qaisara menghentikan kegiatannya setelah melihat Eimir berada dilaman tanamannya.
"Dia buat apa dekat situ?" Seketika Qaisara berniat jahat untuk mengganggu Eimir yang sedang bersantai-santai itu.
Perlahan-lahan Qaisara menghampiri Eimir yang sibuk memainkan telefonnya. "BAA!!" Niatnya ingin mengejutkan Eimir, tetapi Qaisara yang kena terlebih dahulu. "AAH!!" Eimir tertawar puas setelah melihat Qaisara terduduk.
"Salah oranglah kau nak mempermainkan." Ucap Eimir, kemudian dia sambung memainkan telefonnya. Qaisara berasa geram, kemudian dia berdiri sambil menjeling-jeling kearah Eimir.
Disaat Qaisara ingin pergi, Eimir memanggilnya. "Nak apa?" Tanya Qaisara dengan suara malasnya. "Macam tu ke seorang perempuan menjawab?" Tanya Eimir.
Bertambah menyampah rasa ini pada lelaki itu. "Iya encik Eimir Aqashah, ada apa panggil saya?" Jawab Qaisara dengan tersenyum terpaksa.
"Aku nak apa eh tadi, oh! kau tolong bawakan aku secawan teh kesini please." Kata Eimir sambil tersenyum kepada Qaisara. Mahu tak mahu Qaisara harus menurut perintahnya. Qaisara kembali lagi sambil membawakan secawan teh.
"Nah." Qaisara menyerahkan cawan itu kepada Eimir. Kemudian Eimir mengambilnya sambil tersenyum. Disaat Qaisara ingin pergi, Eimir memanggilnya lagi.
"Nak apa?" Tanya Qaisara.
"Tak ada pape, saja panggil." Jawab Eimir selamba. Qaisara memutarkan bola matanya kemudian pergi meninggalkann Eimir seorang diri.
"Bencinya aku!! Mentang-mentang kau lagi tua dari aku! Tak pasal-pasal mama suruh aku respect kau macam abang aku sendiri!" Bebel Qaisara. Datang puan Hajah bersama Tuan Haji menghampiri anak perempuan mereka.
"Qai, jaga diri tau. Mama dengan papa ada urusan sekejap, mungkin balik esok." Ucap Puan Hajah. "Baik ma." Jawab Qaisara sambil tersenyum.
Setelah kedua orang tuanya pergi, Qaisara mempunyai niat jahat lagi terhadap Eimir. Langit bertukar gelap. Eimir hairan Qaisara langsung tak turun makan bersama.
Dia tidak terlalu peduli soal gadis itu, malah Eimir makan seorang diri. Selesai sahaja makan malam, Eimir berniat untuk berehat sahaja dibiliknya. Eimir mengunci pintu kemudian berbaring diatas katilnya.
Tiba-tiba lampu bilik Eimir mati. Lelaki berbadan besar itu sedikit berasa takut dan cemas. Dia mula panik, Eimir berlari kearah pintu biliknya. "Apahal tak boleh bukak pulak ni." Dia lupa yang dia mengunci pintu tersebut.
"Eimir.."
"Siapa tu?!!!"
"Eimir.."
"Tak kelakarlah!!! QAI KE TU!!!" Dia semakin cemas apabila suara bisikkan itu semakin kuat. Eimir berasa hairan keranasuara itu hilang tiba-tiba. Da merasakan ada sesuatu dibelakangnya. Perlahan-lahan Eimir memutarkan badannya.
"BAA!!!!"
"AHHHH!!!!"
Lampun pun terbuka. Terlihat Qaisara yang tertawa puas setelah menakut-nakutkan Eimir. Eimir menatap wajah Qaisara dengan tatapan tajamnya. "Tak kelakarlah!!" Marah Eimir.
"Tak sangka pula kau ni penakut eh." Kata Qaisara. Eimir memandang tak puas hati pada Qaisara yang masih ketawa terbahak-bahak itu. Secara tiba-tiba rumah merek black out.
Secara jujur, Qaisara takut akan kegelapan berbanding Eimir. Qaisara terduduk dan menutup kedua telinganya. Eimir memasang cahaya dari telefonnya. Dia melihat Qaisara ketakutan seperti dia sedang trauma akan sesuatu.
YOU ARE READING
Dear Captain || MINGYU
FanfictionSofea Qaisara, setelah sahaja dia kembali semula ke air tanahnya, Qaisara ingin meneruskan kehidupannya seperti biasa di Malaysia. Sehingga dia bertemu dengan seorang pilot bernama Eimir Aqashah, tanpa dia sedari bahwa Eimir adalah anak kenapa kawan...